Wednesday, July 24, 2013

Europe aku datang! Part 1

Best Blogger Tips

Alhamdulillah. Genap sudah dua minggu pulang ke tanah air setelah puas jelajah sakan di Europe. Yerrr, saya tahu ramai yang geram-geram, jeles-jeles, dengki-dengki tengok gambar saya yang asyik keluar dalam news feed fesbuk masing-masing. Nak like segan, nak comment malu, nak add friends takut tak approve. Nanti nampak sangat terhegeh-hegeh?! HAHAHA! Album Europe aku datang! memang saja biar public kasik semua tangkap leleh menahan jeles indirectly termotivate untuk travel jugak.

Baiklah. Memandangkan ada balance cuti lebih kurang dua bulan. Bolehlah nak merajinkan diri merapu meraban dalam blog. Cukuplah dua minggu bermanja-manja dan bermalas-malaskan diri untuk update. Kerja asyik tidur jer sampaikan dah bosan tidur. Maklumlah bulan puasa kann.
*Hah! Itulah dia kalau tak reti-reti lagi nak manfaatkan bulan Ramadhan bulan berkat.

Lepas tu teruja bila nampak Woww! Dah 100000 pageviews??? Boleh tahan. Entah apalah yang korang suka sangat baca blog ni. Hmm… (kau tak payah nak merendah diri sangatlah). 

VENICE. Sistem pengankutan 95% menggunakan air. Unik tempat ni.
Okeh cukup dengan mukadimah meraban diatas. Kita teruskan cerita. Banyak sangat benda nak share. Takpe slow-slow dehh. Setakat ni, Eurotrip lah trip paling bermakna berbanding trip-trip yang lain. Of course la kan. Europe kot. Tapi dia punya penat MasyaAllah. Sampai demam-demam sepanjang 24 hari tu. Iyelah di London, Belgie, Holland, Austria cuaca sejuk masuk Italy cuaca panas then masuk Swiss sejuk balik sampai Paris panas balik. Ajer gila! Mana tak rosak badan. Tapi gagahkan jugak. Beribu dah habis ni. Demam tak deman. Lenjankan ajer.

Its Collaseo. Selama ni belajar jer sejarah. Sekali depan mata la kau.
Honestly in term of enjoyment, kurang berpuas hati kerana tergesa-gesa untuk cover 8 countries within 16 days (Kelana Convoy). Tak dapat nak betul-betul hayati keindahan ciptaan Ilahi. Contoh, di Austria. Two hours to explore Innsbruk?? What? Rushing sangat, tak puas nak explore. Gambar pun tak dapat nak snap yang ngancam-ngancam. Silap jugak ritu banyak habiskan masa di Swarovski sape suruh.

Switzerland memang heaven. Speechless bila sampai sini. Especially Lauterbrunnen.
Geram tau bila tengok kiri kanan jalan ada gunung-ganang yang dilitupi salji. Padang rumput yang luas terbentang sampai ke hujung sana tuh beserta sebijik rumah comel di tengah padang. Nak jer suruh bas berhenti, nak turun pergi tengah padang nak guling-guling gedik-gedik lari-lari ala-ala cerita Hindustan lepas tu nanti ada orang belakang kita pakai saree pun turut sama berjoget reramai sambil nyanyi. Ahaks! But okehlah dah nama pun tour budget. Paling tak menahan masa on the way nak ke Swiss from Italy. View dia pergh!!! Ngancam gua cakap lu. Selalu tengok dalam tv, kali ni betul-betul depan mata la kau. Heerrrr!!!

On the way nak ke Innsbruck from Fussen. Cantik bangat view dia.
Dan saya nasihatkan bagi yang backpacking sampai dua tiga minggu tu better allocate one day to fully recharge yourself. Pilih pada pertengahan trip. Kalau 15 hari, biar hari yang ke-8 kau duduk senyap-senyap atas katil rehat puas-puas. Ramai backpackers mat salleh yang buat camtu. Dia relax ramai-ramai sambil minum beer borak-borak . Malam dorang barbeque. Bila dah segar keesokan harinya dorang teruskan journey. Baru seronok! Relax and steady. But kalau kau ikut trip. Nope, you can’t.

Kalau kau bantai lenjan straight 15 hari nanti akan super penat. Bila badan dah penat apa pun tak jadi. Kepala saru. Kau tak enjoy, tambah serabut jer. Itu belum lagi kalau tetiba batuk sampai demam. Waduh! Batuk ni yang jahatnya bila sampai buat kita tak lena tidur. Badan dah penat lepas tu asyik terjaga batuk. Kecewa! 

Yes, kesihatan sangat penting. Kalau mampu better kau ambil juga vaccine. London tu actually is the centre of Tuberculosis in Europe. Ramai sangat immigrant. Dah tak macam London. Bersepah pak arab, Paki, bangla, Algerian and Asian. Kalau naik TUBE memang bersesak-sesak especially bila peak hour. Air borne disease memang senang sangat merebak. Itu belum lagi train Paris. Waduhh!!

Cuaca di Europe ni tak menentu kejap panas kejap sejuk pastu tetiba hujan. Ingatkan summer ni memanjang panas terik. Tapi tidak. Saya ni pulak dah terbiasa cuaca India yang dingin-dingin manja dan Malaysia yang selalu panas bila sampai sana macam terkena kejutan badan gitu. Tapikan sejuk-sejuk dorang tu best tau. Di Amsterdam, Austria dan Swiss saya relax jer pakai tshirt maklumlah badan kita ni gemuk lemak bergumpal. Free insulator. Yang best tu kan, matahari terik tapi suhu dingin, angin bertiup sayup-sayup lembut jer. Syahdu gittew. Hah! Di Europe ni kalau demam  kau makan paracetamol tak efektif. Dorang suggest Ibuprofen. Mak aih! NSAID terus? 

Hew hew hew!!
Saya nak sangat kalau ada rezeki nak pusing Europe bawak family naik motorhome. Tengoklah camne nanti kalau ada rezeki ada peluang dapat sambung specialist di Glasgow, German or any European country. Nanti nak round balik tempat yang tak puas jalan. Honeymoon sekali dengan anak bini, pastu pastu nak lepak kat Volendam sewa homestay depan laut. Bila senja tengok sunset sambil makan fish n chip, malam pulak lepak bistro tengok live band. Pastukan pastukan nak photoshoot sepuas-puasnya. Ada duit lebih nak sewa kapal layar depan Volendam tu. Pastukan pastukan pastukan. Errrr...
*Kau ni tak sudah-sudah berangan. HAHAHA! Amin…


Bab makanan pun macam biasalah kan. Memang mahal. Syukurlah bila ikut trip KC soal makanan tak perlu risau. Semuanya telah disediakan kecuali ada beberapa tempat, lunch kena makan kedai. Food paling mahal adalah di Interlaken, Swiss. Kau bayangkan burger halal yang seciput besar hamburger McD tu RM16. Ajer giler! Mahal siot! Dah lapar aku ngap ajer. Destinasi lain soal makanan senang. Restoran halal banyak, cuma kena tahu lokasi. Biasanya bedal kebab jer. Kalau nasib baik boleh dapat baryani. Betullah immigrant paki dan bangla ni memudahkan urusan fardhu kifayah umat Islam sekitar Europe. Sebabkan doranglah banyak restoran halal, wujudnya masjid-masjid kecil. 

Inilah fish n chip paling sedap pernah aku makan. VOLENDAM.
AMARAN! Penjagaan mata sepanjang Eurotrip pada musim Summer sangatlah perlu yer adik-adik sekalian. Walaupun saya tahu ianya sangat susah. Habuan jamuan mata itu terlalu indah dan terbuka. Eh! Indah?! HAHAHA! Jagalah matamu leklok dehh. Selama ni yang kau tengok dalam movie tu semuanya berlaku depan mata. Budaya sosial dorang ada yang okeh ada yang tak okeh. Mat salleh ni kalau malam memang kaki mabuk, kaki clubbing and random sex. Di Venice ritu MasyaAllah. Tak nak describe macam mana.

Dan aku pelik mat salleh ni, 22˚C dia kata “It’s hot”. Itu suhu aircond kot. Bila dah hot memang betul-betul hot dorang dressing. Ahaaa! Disinilah peranan iman dan kawalan nafsu itu perlu. HAHA! Bagi mereka yang mata keranjang memang suka pakai sunglasses yang betul-betul gelap legam semacam. Kepala tegak tengok depan tapi anak mata dok meliar usha sana sini. Ngaku cepat!!
*sunglasses saya colour brown boleh nampak anak mata lagi. Saya baik saya jujur. Ehem! 

Ginilah dia bila summer. Berlambak semua depan Eiffel Tower sampai malam.

Aku respect kawan-kawan yang belajar di UK, US, OZ, NZ or mane-mane negara omputeh. Yer betul, cabaran dorang besar. Kalau tak betul-betul kuat, mudah sangat tersungkur. Tarikan jahiliyah tu ada dimana-mana. Dengan persekitaran yang macam ni. Tinggal kukuh tak kukuh jer iman kau. Anytime jer boleh terjebak. Lagilah kalau kau berada ditempat yang you’re the only Malay and Muslim yet you still can survive. MasyaAllah, aku respect. Sampaikan ada yang aku tanya dorang cakap “Hmm, dah lali dah. Tak rasa apa. Dah memang culture dorang macam tu. Asal aku tak terjebak sudah”. No wonder jalinan usrah di UK sangat hebat. Tarbiyah kawan-kawan disini sangat dahsyat. Belajar engineering, medic, accountancy dalam masa yang sama ilmu agama juga tinggi. Boleh bahas bagi talk di masjid. Mahir arab lagi. Hebat dorang ni. Tak dinafikan ramai jugak yang tersungkur dan lalai. 

InsyaAllah. Ada rezeki kita ketemu lagi. Tq akhi-akhi sekalian atas layanan superb.
Okeh, cukup setakat ini. Nantikan entry akan datang. Ikut sedaplah apa nak taram aku taram. Or maybe korang boleh komen dibawah untuk sebarang persoalan.
*macamlah orang kisah. Haha!

Selamat Berpuasa semua. Jangan lupa manfaatkan 10 Ramadhan terakhir.

Salam...

Amacam? Jeles bukan?? Haha!
Juga baca:
Europe aku datang! Intro