Friday, April 19, 2013

Exam is there!

Best Blogger Tips


Assalamualaikum semua,

Pejam celik pejam pelik hanya sebulan sahaja lagi sebelum tamatnya Tahun 3. Kemudian cuti panjang 3 bulan. Weehuuu!!! Jangan selesa dulu. Ada exam besar nak ditempuhi, Profesional Exam Phase 2. Lulus exam ini bermakna sudah half passed to become a doctor.

Kawan-kawan yang mana ambil course lain rata-rata sudah grad dan bekerja even dah kahwin. Tapi saya? Masih berjuang untuk 2 tahun lagi. Dah ini jalan yang dipilih. Tahun 3 dugaannya lebih. Betul-betul menguji kesabaran, ketabahan dan keimanan. MasyaAllah.

Walau perit, terbaring, tersungkur, terkehel, ter ter ter… saya janji pada diri akan tetap berusaha sehabis baik untuk lulus dengan cemerlang. Niat dan matlamat utama datang ke sini akan sentiasa diutamakan. Yes, to become a doctor.


Profesional Exam Phase 2 ini sakit sebenarnya kerana perlu cover all topics from 2nd year till 3rd year. Dua tahun punya belajar compress within one examination (like SPM). Beratus disease dan treatment perlu difaham, ingat dan hafal. Subhanallah banyak. Redha.

Ya Allah, permudahkanlah jalan Ilmu ku,
Ya Allah, permudahkanlah jalan Agama ku,
Ya Allah, permudahkanlah jalan Dakwah ku,
Bantulah aku dengan cara yang kau Redhai.


Untuk motivate diri yang kadang-kala down, saya selalu ingat kata-kata Abah. Tanggal 15 March lalu, saya call Abah sempena birthday dia yang ke 67 (Tua dah kan. Yelah saya anak bongsu). Actually ini 1st time saya wish secara call, kalau dulu sms jek (Kami kan lelaki. Saya segan. Heuheuheu).

Then dia cakap Idil sekarang dah tahun 3. Jadi 2 tahun lagi InsyaAllah bakal jadi doktor. Kalau umur panjang, ada rezeki dapatlah Abah tengok Idil jadi doktor” Pergh!! Nak berderai air mata dengar dia kata gitu (tapi control macho lagi) “InsyaAllah Abah, semoga Allah permudahkan urusan ini”.

Lepas letak phone, menitik air mata ini. Betapa besarnya harapan Abah. Oleh itu, janganlah disia-siakan harapan orang tua kita. Biar berpenat bersusah sedikit asalkan kita dapat balas jasa mereka selagi mereka masih hidup. Do your very best!!!

Sheila selalu berpesan “Dell, kau habiskan sekolah dulu, jangan nak main-main sangat enjoy tak tentu hala. Kesian mak abah tu. Dia nak sangat tengok kau jadi doktor tau. Nak sangatttt”. Once again. Berderai.

InsyaAllah, Abah.
Semoga kalian semua mendoakan buat kami, pelajar tahun 3 USMKLE, dipermudahkan dalam menghadapi Profesional Exam Phase 2. Diberi segala keberkatan atas ilmu yang dipelajari. Berlapang dada, tenang, fokus dan sepenuh hati semasa menjawab. InsyaAllah. Exam inilah penentu masa depan kami. Seperti mana dulu kami pernah berjaya, akan kami buktikan sekali lagi. Passed 100%. Amin.

Saya janji akan berusaha sehabis baik. Kalau terpaksa berhempas pulas tak tidur semalaman terbaring terbongkang kepenatan saya sanggup asalkan saya teruskan usaha.

Ya Allah, peliharalah hati ini dari perkara-perkara yang melemahkan isi hati,
Ya Allah, peliharalah jiwa ini daripada pujukan dan godaan hawa nafsu dan syaitan,
Ya Allah, peliharalah diri ini disaat aku lalai mahu pun ingkar,
Bimbinglah daku pada jalanMu Ya Rahman Ya Rahim.

Jika cemerlang exam ini Alhamdulillah memang cuti 3 bulan akan lega selega-leganya. Nak rancang aktiviti pun jiwa tenang. Tiada nak fikir untuk repeat year (Nauzubillah). Saya akan pastikan cuti 3 bulan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi membina diri. Tak mahu dok saja lagha tak tentu hala. RUGI. First month cuti sudah plan baik punya. Ehem ehem! (akan dicerita later). 2nd month, Ramadhan, duduk rumah pertingkatkan ibadah. 3rd month dipenuhi dengan openhouse dan majlis kahwin family dan member yang tak sudah. Yer! Aku mesti datang nak amik berkat tadikkk…


By the way untuk beberapa bulan yang lalu, suatu pengajaran besar saya perolehi. Selagi mana kita meletakkan ALLAH dalam setiap urusan kita, kemenangan pasti milik kita. Selagi mana kebergantungan kita pada Allah itu kukuh disertai sifat tawakal, sabar dan berlapang dada selagi itulah ketenangan milik kita.
Sesungguhnya ujian itu adalah kurnian bukan bebanan. Ia sebagai latihan diri, hati dan akal supaya kita sentiasa meletakkan Allah didalam hati dengan Ikhlas dan Istiqamah. InsyaAllah.

Jagalah diri. Sekian.


p/s: 29th-3rd May kami ada Clinical Long Case Examination. Contribute 10% for Pro Exam 2. Berderet sungguh exam bulan nih. Don't forget to pray for us.