Saturday, January 19, 2013

H.A.N.D.B.O.O.K of 2013

Best Blogger Tips




HEALTH

·         Drink plenty of water.
·         Eat Breakfast like a king, Lunch like a prince & Dinner like a beggar.
·         Live with the 3 E's-- Energy, Enthusiasm & Empathy.
·         Make time to pray.
·         Play more games.
·         Read more books than you did in 2012.
·         Sit in silence for at least 10 minutes each day.
·         Sleep for 7 hours.
·         Take a 10-30 minutes walk daily & while you walk, SMILE.

PERSONALITY

·         Don't overdo. Keep your limits.
·         Don't take yourself so seriously. No one else does.
·         Don't waste your precious energy on gossip.
·         Dream more while you are awake.
·         Envy is a waste of time. You already have all you need.
·   Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past that will ruin your present Happiness.
·         Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
·         Make peace with your past so it won't spoil the present.
·         No one is in charge of your happiness except YOU.
·         Smile and laugh more.
·         You don't have to win every argument. Agree to disagree.

SOCIETY

·         Call your family often.
·         Each day give something good to others.
·         Forgive everyone for everything.
·         Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
·         Try to make at least three people smile each day.
·         What other people think of you is none of your business.

LIFE

·         Do the right thing!
·        ALLAH heals everything.
·         However good or bad a situation is, it will change.
·         No matter how you feel, Get up, Dress up & Show up the best is yet to come.
·         When awake in the morning thank GOD for it.
·         Your Inner most is always happy. So BE HAPPY.



Thursday, January 10, 2013

Awesome Australia Part 3

Best Blogger Tips

Kali I just nak share video interview kawan-kawan disana mengenai cabaran mereka selama bergelar pelajar overC. Actually trip kami ritu sebenarnya under program university yang diberi nama Voyage Project (sila klik).  Program ini saya yang create bagi mengumpul mata international merit. Nak tahu details boleh usha blog kami (tapi dah lama betul tak update).

Neway, kami menyempat interview Mat Lutfi. Kebetulan dia tidur dirumah kawan I jugak, so sempat lepak sekali. Enjoy!

Tuesday, January 8, 2013

Awesome Australia Part 2

Best Blogger Tips


Assalamualaikum semua… 

Ketemu kita dalam entry sambungan Awesome Australia Part 1. Okeh! Kali ni kita cerita pula soal budget. Actually, kosong sebenarnya nak cerita apa. Taram sajalah. Ada selera ada tenaga kau baca, tak pun tengok gambar pun okeh. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan:

SOAL BUDGET (No MONEY, No Ticket!)

Menabung dari sekarang
Isu bajet memang problem besar. Kau plan gebang mana pun tapi duit takde memang tak jadi hape. Semua benda nak duit. Lu takde duit, lu senyap. Kalau dah plan nak backpacking, start saving dari sekarang. Jangan lagha, jangan bazir (padahal aku pun kuat bazir. Kuikuikui!)

Bab bajet ni kan, orang selalu cakap “Dil kau takpe kaya duit banyak boleh jalan sana sini” Padahal dorang tak tahu setahun aku saving duit tahan nafsu shopping. Duduk senyap-senyap tengok orang shopping baju, gadget, motor itu ini. Lagi pun kau duduk India (to be specific, Belgaum) apa sangatlah kau nak shopping. Nak beli baju cecantik pun keluar je campus berabuk kotor jugak baju kau (India kot!). Dress up kemain lawa tapi setakat terjah Maruti Galli. Apa benda! Tapi kekadang nak gak rasa hot. Iyelah, shoppinglah.


Lagi pun saya dah sampai North jadi nak jalan mana sangat pun.  Asal kau dah sampai Taj Mahal dan Kashmir (wajib) serta city-city yang femes macam Mumbai, Delhi, Chennai, Kerala dan Bangalore. Lengkap sudah koleksi India kau. Sebab itu aku dok racun juniors cepat-cepat habiskan travel India masa 1st year, then 2nd year kau pergi selain India sama macam saya. Ehem!!

Kalau nak harapkan duit lebih elaun memang berjanggut kau nak kumpul. Jadi mulakan bisness. Di India, bisness paling mudah dan lumayan adalah fabrik. Senang citer bab fabrik ni memang kau boleh borong puas-puas. Tapi kena ada skills, kena update dengan trend di Malaysia. Aku bab kain ni, bodoh senanyer. Kalau beli, aku akan ajak kawan pompuan yang pilih. Kerja gua hanya keluar modal dan pos ke Malaysia. Then akak gua akan settlekan segala jualan di Malaysia (thanx A.Tine yang telah menjadi best bisness-partner). Tak silap, bisness Herbal Life pun lumayan jugak. Hmmm… boleh difikirkan.

"Ni haa gua nak roger. Obama dah konpem jadi bisness partner gua. Lu caya tak ??!!"
For this year, jeng jeng jeng saya telah mengembangkan lembayung sayap bisness hingga ke Australia (sampai Aussie kauu!!)  Kini gua start bisness pinggan mangkuk Corelle bersama bestfriend gua, Gperd. Kepada makcik-makcik, bini orang dan suri rumah sekalian sekiranya anda mahukan set pinggan mangkuk Corelle dalam harga yang murah bolehlah pm saya. Juga boleh like page Facebook kami (entah bila aku nak buat. Haha!) Bisness ini berkemungknan tidak akan bertahan lama (setahun maybe) kerana member saya dah final year. Aku ni memang sesuai agaknya buat bisness emak-emak. Jual kain, jual pinggan mangkuk. Hahaha!
*Ini apa daaa kau pergi cerita pasal bisness-bisness kau??! Orang nak baca pasal Aussie!!

We gonna rock this city again!!
Total expenditure ritu approximately RM 6.5k. Including ticket flight (international and domestic), hotel, makan, topup, ticket fees, public transport, sewa kereta and shopping untuk 6 cities. Murah tak? Murah tak? Everyday aku akan buat memo and calculation. Memang takat tu jer abis. Rahsianya adalah kami menginap di rumah member. Inilah penyumbang utama kepada penjimatan bajet kami. Hehehe. 

Tentang makan
Food menjadi penyumbang kos paling tinggi. Makanan di Aussie mahal la siak. Average sehari kami habis dalam 25 AUD (RM 85) for lunch and dinner. Ajer giler! Itu pun makan yang paling murah untuk alas perut. Takdenya nak muntak kedarah. Rasa nak nangis bila tengok harga-harga menu. Lagi sedih bila kau convert, memang boleh menitik air mata. Aku boleh kata sanggup berlapar hanya nak jimat tapi dah dasar perut buaya memang kerja nak ngap. Tak dapatlah nak tahan sangat, kena pulak time Winter memang kreuk krekk perut aku ni haa. 


Makanan disini mahal kerana kos sewa tempat dan upah pekerja amatlah tinggi (jadi cleaner pun gaji dah ribu-riban). Padahal kalau kau beli raw material dan masak sendiri memang murah. Tapi celah mana kau nak masak, dengan terkejar-kejar timing nak cover semua tempat lagi. Bila di rumah member baru aku melantak nasi macam hape. Terima kasih kepada rakan-rakan yang masakkan untuk kami. Heuheuheu!

Menyempat picnic di Victor Harbour, Adelaide.
Gua ni pulak manusia jenis karnivor tak makan sayur tapi kat sana dengan sayur-sayur gua ngappp!! Berharga sangat portion sayur tu. Untuk portion sayur yang seciput tu harga lebih kurang RM 12. Memang membazir gila kalau tak makan eventho tak sedap rasa pokok. Haha! Untuk lebih jimat kami beli roti dan jus buah sebagai snacks. Bab makan memang sekadar alas perut jer. Kata backpackers, matlamat utama adalah nak jelajah dunia.


Di Melbourne sahaja kami makan luar paling banyak kerana tinggal di hostel.  Yem siap sediakan dinner spagehti lagi untuk kami. Ingat lagi, akulah orang first yang terjah makanan (dasar budak gemuk!) Semasa di Gold Coast pulak, kami siap bawak bekal breakfast dan lunch dari Sydney gua cakap lu (sini food mahal + tak sedap). Packing siap-siap dari rumah Gperd, bawak naik flight sampai Movieworld breakfast dulu dalam kereta sewa. Lunch melantak tepi taman after dah puas enjoy. Gaya dah macam orang masuk hutan nak kena berbekal bagai. Nak jimat punya pasal!

Nak jimat punya pasal. Berbekal bagai.
Ada certain-certain tempat yang kau kena prepare duit siap-siap untuk rasa special food dorang. Contohnya di Fremantle, Perth kau kena makan Fish n Chips dia yang super sedap dan berbaloi sambil menikmati live band dan pemandangan pantai yang sangat indah. Di Melbourne kau kena try Lord of The Fries kerana hanya terdapat disini sahaja. Di Sydney, kena try seafood apa entah, aku pun tak sempat try sebab rushing.

Fish n Chips sini kau kena try. Sedap dan berbaloi. Freemantle.
Lagi satu, sini banyak jugak restoran-restoran Malaysia dan Indonesia. Adelaide: Swinging Bowl Restaurant (Mangkuk hayun), Melbourne: Nasi Lemak House, Esteler Restaurant Jaguh Indonesia. Ini antara yang most famous di kalangan Malaysian student. Actually bersepah lagi restoran halal. Restoran kebab pak Arab pun bersepah-sepah. Kalau kau pakai handphone mahal, kau pergi download apps untuk tahu restoran halal sekitar big city.

Termenung tengok harga menu. Hmmm.
Malaysian food paling murah di Adelaide. Swingging Bowl Restaurant
Transport pulak
Ticket ke Aussie kau boleh usha Airasia. Kau lek je tunggu dia buat promo. Tak pun try Fly Scoot Airlines depart from Singapore (lagi murah katanya). Untuk domestic flight aku dah siap-siap beli 3 bulan awal. Masa tu ticket flight Jetstar tengah sale. Tentatif perjalanan semua memang dah siap construct sebulan awal sebelum beli. Bab-bab flight ni memang gua dah deal baik punya. Sampai memang terus naik jer. Saya memang suka merancang trip. Ehemm!


Untuk public transport ada sakit sikit. Taxi sini memang sumpah mahal nak mampus (tak pernah naik pun). Bus dan tram dorang memang super punctual and systematic (I’m impressed). Soal bayaran pulak memang mahal la jugak but reasonable. Aussie ni ada pelik sikit coz sistem public transport dia berbeza untuk setiap city. Contohnya di Perth dapat discount for students card. Kami pun pinjamlah membe sana jer. Di Sydney pulak kau kena beli token untuk 10x perjalanan, tiada single ride. Benda-benda macam inilah yang kau kena aware. Kalau tak terkial-kial nak faham bayar macam mana, bas ni lalu mana, berhenti dan tunggu kat mana. Kebiasaannya student kita yang belajar sini punyai kereta. Mana tempat-tempat yang jauh macam Caversham Wildlife, Perth kami pergi naik kereta. Minyak kereta bahagi tiga orang. Memang semua nak jimat jimat jimat. Hahaha!


Kalau takde member nak guide bawak jejalan memang lost kami dibuatnya. Hanya di Melbourne ada sedikit cabaran coz membe aku ada kelas tak sempat nak bawak jalan sepenuh masa. Menjajo jugak kami pusing sana sini. Tapi yang bagusnya dia ada free tram yang bawak pusing satu bandar. Kau kena pandai tahu dia turun celah mana nak tunggu area mana. Semuanya boleh refer pada city map yang boleh didapati di 7E or rembat dari mana-mana hotel.


Ingat lagi kerana nak save budget taknak naik tram, sanggup kami berjalan sejauh 10++ km dari hostel ke Victoria Market, terus ke Melbourne Uni, turun balik ke Melbourne Museum, checkpoint di Flinders Street then baru balik hostel. Dalam satu hari dari pagi sampai petang dok berjalan pusing city. Gila pancit la kau! Tak pasal-pasal aku dah hafal nama jalan sana. Pasni kalau datang lagi, gua dah boleh slumber jalan sendiri, takyah nak guide-guide dah (eleh takbur).


Di Gold Coast lain pulak ceritanya. Turun jer flight, aku dengan Gperd dok fikir celah mana nak amik direct bus ke Movieworld (konpemlah takde). Tengah sedap-sedap fikir, nampak pulak booth rental car. Okeh! Terus sewa kereta. Jalan semua guna GPS. Plan asal masing-masing nak merempat jer tido dalam kereta di Surfers Paradise, GC. Pastu Gperd cakap dia ada kawan di Brisbane tak jauh 2 jam dari Gold Coast. Okeh! Terus menuju ke Brisbane setelah puas berdisko dansa di Movieworld. Haaa itulah sebabnya destinasi kami menjadi 6. Sempat jugak aku melawat University of Queensland yang aku rasa sangat besar dan sosial! Hahaha! Aku kalau travel dengan Gperd memang jadi macam ni. Plan kemain cantik, bila dah sampai jadi lain. Lagi best lagi gila!
*jom Perd kita pergi Europe sesame.

Lepas ni memang aku plan nak sewa kereta jer datang GC.
Accomodation?
Macam aku cakap tadi, semua tempat kami tidur di rumah member kecuali di Melbourne menginap di YHA Backpackers Hostel. By the way, sini hotel memang gila mahal. Yang paling murah and convenient adalah backpacker hostel. Banyak pilihan hostel, among them the best boleh aku kata YHA. Facilities dia memang tip top dan selesa. Satu malam 99 AUD (RM 330) untuk 3 orang. Kami tinggal untuk dua malam. Jadi kau darab sendiri berapa. Itu baru hostel, kalau hotel kau agak-agak berapa rate dia. Konpem mencanak! Dan jangan lupa bawak sleeping bag! Mana tahu nanti kau kena merempat kat mana-mana, takkan nak tidur atas lantai kot. Standby.

YHA Backpacker Hostel, Melbourne.
Cuma last day di Melbourne kami di offer untuk tinggal di rumah Aizat (baru kenal) sebelum next flight ke Sydney. Kalau tidak memang plan nak merempat di airport jer sebelum tunggu flight 7 pagi ke Sydney. Syukur, Allah nak beri rezeki nak beri kemudahan. Last minute member insist suruh tidur di rumah dia jugak. Pastu offer makan, pastu offer nak hantarkan lagi ke airport pagi tu. Terima kasih kawan-kawan Melbourne. Inilah dia nikmat berukhuwah.

Memang bujang habisss. Haha!
Shoppingggggg!!!
Di Melbourne adalah tempat shopping paling puas paling banyak paling sedih (duit habis banyak). Kalau kau nak beli souveniers yang murah kau terus ke Victoria Market. Situ berlambak bersepah sourvenier kau boleh borong. Membe-membe semua rekemen kalau nak beli sourveirs memang sini tempatnya berbanding city lain yang agak mahal (siyes). Di sini kau boleh bargain lagi (kalau powerlah). Mostly peniaga di sini foreigner (Chinese dan mat-mat Indon). Kau bargain jer guna BM. Victoria Market tak bukak sampai malam, pukul 3 dah tutup. Aussie memang malam-malam takde pun kedai yang bukak. Kalau ada pun pub, disko and restaurant.


Hah! One more thing is Direct Factory Outlet (only in Melbourne). Sini memang sedap kau nak perabis duit. Discount bersepah-sepah (20-70%) for all branded items. Apa kau nak? CK, DKNY, Coach, Tommy, Fossil, Country Road dan banyak lagi brand yang boleh buat kau terkesima. Aku sempat bedal jam Fossil sebijik. Saiful dan Azhar menyempat borong tshirt and seluar. Aduh!! Tak tahan dow masuk tempat ni. Geram tahu tak gerammm. Nak beli lebih-lebih kang takut duit tak cukup. Jadi tahan jelah nafsu shopping. Gggrrr.
* barang hantaran kahwin nanti aku plan nak borong kat sini. Hahahaha!

Harbour Town, GC.
Direct Factory Outlet (DFO), Melbourne.

Lagi satu di Gold Coast ada Harbor Town ala-ala Johor Premium Outlet. Ini pun memang gila. Sama jer sale tak sudah. Haritu hampir-hampir aku nak terbeli kasut Lacoste, 60%. Hamik kau. Mengigil tahu. Tapi relax tahan dulu, tenang-tenang. Jauh lagi perjalanan banyak lagi duit nak pakai. Memang niat tak nak shopping sangat pun. Yang menjadi kemestian adalah aku beli tshirt untuk setiap city. Alaa baju yang I love I love tu. Kahkahkah!

Queen Victoria Market, Melbourne.
Freemantle Market, Perth.

Hadoii! Semput aku dok cerita pasal Aussie ni. Entah bermanfaat ke tidak. Nampaknya itu sajalah yang mampu aku share setakat ni. Kau tunggu jelah part 3 nanti aku cerita apa pulak
*bajet giler macamlah ramai sangat yang baca. Huh!

Yerr saya tahu saya hensem dan comel. Hikhikhik!!