Friday, December 28, 2012

Awesome Australia Part 1

Best Blogger Tips

Setelah hampir beberapa ketika berkabung (berkabunglah sangat) baru kini terasa semangat nak update trip Awesome Australia pada cuti Aidilfitri yang lalu. Aku asyik cakap nak story tapi tak muncul-muncul jugak entry nya. Benda lain yang aku update. Salah satu sebab kenapa aku malas gila nak update padahal tangan bergigil-gigil nak taip adalah terlalu banyak pengalamannya (poyo!). Ditambah pulak total gambar ada lebih kurang 8000++ keping. Malas gila nak pilih satu per satu, rasa nak upload semua jer, cantik bangat.

Opera House, Sydney.
View from Sydney Tower.
Somewhere around Perth.
Victor Harbor, Adelaide.
Flinder Street, Melbourne.

Okeh meh sini aku cerita. Actually cerita ni makin basi bila lama sangat terbiar (4 bulan kot). Idea pun jadi kosong. Masa di sana everyday aku tweet segala benda rare yang aku nampak contohnya “Fuiyoh, gua skang kat negara omputeh la siak!"; "Teraturnya city dia"; "Eh ada jugak omputeh yang kencing tepi jalan?" (Tipu! India je kencing bersepah); majunya negara ni; mahalnyer harga tiket, bla bla bla. Segala benda aku tweet sampaikan member naik nyampah. 

Tujuan tweet adalah sebagai reminder untuk update blog. Kira macam point-point penting gitu (padahal semuanya meraban). Tetapi aku silap, that time tweet aku baru 4 ribu lebih, sekarang dah masuk 6 ribu. Ajer gila aku nak kene scroll carik balik satu satu. Takde keje!  Jadi terkuburlah semua idea. Kalau Azhar ni bagus, dia siap bawa notebook. Setiap hari dia buat journey’s summary. Sebab itulah kalau kau nak tahu details setiap perjalanan kami, kau usha blog dia (klik sini). 


Mari kita mulakan dengan Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas limpah kurnianya dalam usia muda sebegini aku diberi peluang backpacking ke Australia (eleh!! Aussie jer pon). Dulu rasa macam berangan lebih nak travel sana sini. Iyelah kita ni student. Dah ler belajar pun guna duit rakyat ada hati nak pergi Aussie yang jauh tu haa. Pastu bajet perjalanan pulak makan ribu. Syukur rezeki itu ada. 

Untuk pengetahuan korang saya dah sampai Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney, Gold Coast and Brisbane. Setiap big city for each states saya dah sampai kecuali Tasmania dan Northern Territory. Yeaaayyyy!!!


Dalam entry kali ni aku tak nak cerita sangat pasal review tempat-tempat menarik di Aussie. Korang semua boleh google sendiri. Tak pun kau usha blog Azhar. Aku just nak share apa yang aku dapat sepanjang trip ini, kiranya macam pengisian dirilah gitu (poyo agi!) Nak cerita yang sempoi-sempoi , gedik-gedik jer. Ke cane? Ke nak yang skema-skema jugak??
*kau tak payah nak bajet sangatlah budak gemuk!

Fremantle, Perth.
 PERANCANGAN

Sejak dulu lagi saya dok heboh tak sudah nak jelajah 2/3 dunia selagi bergelar student. Saya gerenti bila dah jadi doctor nanti takkan ada peluang saya nak enjoy berjalan sana sini. Kehidupan saya mungkin akan dihabiskan di hospital dan rumah. Itu belum lagi kalau saya bercadang nak sambung specialist. Memang takde masanye untuk saya enjoy sebagaimana student life dulu. Ia akan bertambah busy sekiranya saya seorang surgeon, belum tentu lagi ada masa untuk family dan anak-anak. Dan sebab itulah kita kena cepat-cepat kawen time belajar ni. Hahaha!
* ni kenapa nak saya saya nih?!


Jadi bila ada peluang, kita gunakan sebaik-baiknya. Peluang belajar di OverC menjadi tiket nak capai impian ni. Kita lebih independent, bijak mengurus diri, di luar comfort zone, punyai passport dan elaun yang mencukupi (kalau bijak berjimatlah). Cuma nak tak nak jer kau capai. Ingat, tidak semua peluang datang 2 kali. And maybe kalau aku still belajar di Malaysia, susah kot nak travel sana-sini, dengan bajetnya tak cukup, still depends pada parents, passport pulak takde (tapi sekarang passport murah jer kan).


Kenapa aku mangat sangat nak berjalan? Sebabnya dah memang HOBI. Aku jadi serabut kalau ada cuti panjang tapi tak buat apa dok saje. Thats why masa 2nd year lalu, dari awal tahun lagi aku dah set target yang cuti final nanti aku akan ke Europe or Australia. Jadi mulalah sesi mengumpul duit (start bisness), do research, gegar kawan-kawan Aussie mintak guidelines, usha flight ticket dan plan berapa hari nak travel apa semua. Tadaaa inilah hasilnya. Tamat 2nd year aku dah sampai Aussie. Tamat 3rd year aku nak buat apa pulak? Jeng jeng jeng, masih dalam perancangan. Hahaha!

Gua kat Aussie yawww!!
Bila backpacking, kita akan dicabar untuk bersikap independent, bijak dan berani. Honestly, I gained self-confidence to interact with people thru travelling. Nak tak nak you have to communicate with them. Eventho English kau sampah tapi apa adahal asalkan mereka faham. I feel alive when go backpacking. Backpacking to North India dululah yang banyak mengajar aku erti sabar dan confidence. Lagilah perangai Indian yang entah pape. Gggrr. From that, aku semakin yakin nak jalan kemana-mana. Tahulah sedikit sebanyak selok-belok merancang perjalanan. Bila di Australia, lain pulak ceritanya. Sangat sistematik dan teratur. Jauh beza dari India (for sure lah). Itu yang best tu bila kita dapat lihat dan hayati kehidupan mereka serendah-rendah kehidupan hingga setinggi-tinggi kekayaan. Itulah hikmah kembara. Terbuka minda.


That’s why kalau boleh jangan pergi under travel agent. Rancang sendiri, research sendiri, decide dan plan perjalanan korang. Sediakan plan A, plan B. Pastu pergi jangan ramai-ramai, max 4 orang. For this trip, kami pergi 3 orang. Baru masyuk. Tapi masa di Aussie ritu ramai member tolong sebenarnya. Syukur ramai member belajar overC. Kalau takde dorang mungkin melambung bajet kami haritu. Tidur makan semua rumah dorang, cuma di Melbourne je kami tidur di Backpackers hotel. Sebab itulah aku kena cepat-cepat plan ke Europe either year 2013 or 2014 kerana masih ada member yang belajar disana. Europe menjadi kemestian especially UK (impian tak kesampaian).  Europe, aku datang.

UWA, Perth.
Mengikut plan asal kami sepatutnya cover New Zealand sekali. Disebabkan cuti yang tak berapa nak panjang dan kena pulak musim raya memang rasa serba salah kalau korbankan raya semata-mata nak berjalan. Jadi kami decide pergi pada raya ke 5. Total 15 days. Kalau ada extra lagi seminggu cuti memang aku balun NZ jugak. Dah alang-alang dekat dan tiket from Aussie pun murah, plus ada member di sana. Aku calculate just tambah around 700 AUD dah cukup! Takpe kita pergi next time masa honeymoon. Kuikuikui…

Neway, aku bersyukur sangat this year aku ke Australia dulu sebabnya kebetulan tahun ini jugak final year bagi kawan-kawan yang belajar disana. Kalau next year, for sure tak dapat nak reunion membe-member di Aussie. Tapi siyes beb, membe gua yang dah 8 tahun tak jumpa (High School Batu Pahat) boleh pulak kami reunion di Adelaide. Banyak betul benda nak sembang. Macam-macam old stories di ungkit kembali. Nostalgia dulu kala. Lagipun actually kawan-kawan kita semua ada interlink. Kalau kau budak SBP or MRSM memang mesti ada bau-bau bacang punya. Itu belum lagi yang sama tempat preparation. Inilah yang dinamakan nikmat ukhuwah. 

Best Friend Forever.
Nampak tak sebelah gua siapa? Mat Lutfi la bro!!
Menyempat pergi openhouse yaawww!!

 Okeh cukup setakat ini. Nantikan entry Awesome Australia Part 2 pula.
*Entah-entah agi berapa  bulanlaa dia  baru hupdate. Kahkahkah!


Thursday, December 6, 2012

Allah is the best PLANNER.

Best Blogger Tips
 

Dalam hidup ini kita sentiasa merancang. Kita tahu apa yang ingin dicapai malah kita telah letakkan target untuk semua itu. Berbekalkan azam, kesungguhan, dan tindakan yang betul kita berusaha untuk capai semua itu. Namun tanpa disedari, tidak semua yang dirancang akan tertunai. Walau seindah mana impian kita, sehebat mana kesungguhan kita kalau Dia kata tidak, maka dengan sekelip mata impian dan perancangan itu akan terkubur. Dan sekiranya kita perolehi nikmat itu, jangan sangka ia akan berkekalan, dengan sekelip mata sahaja segala nikmat bahagia, gembira dan kesenangan itu akan ditarik balik. Setiap yang ada di dunia ini bersifat sementara dan hanyalah pinjaman semata-mata. Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Ujian dan dugaan yang datang itu semuanya bersebab. Takkan ada satu manusia pun yang mampu hadapi setiap dugaan selagi mana Allah beri padanya ujian. Allah Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah is the best planner.

Mungkin dulu kita dikurniakan nikmat dengan segala apa yang dirancang itu menjadi kenyataan. Dan mungkin juga kita bakal diajar supaya menerima sebarang kemungkinan yang mendatang andai kata setiap perancangan itu gagal walhal kita telah berusaha bersungguh-sungguh dengan cara yang cukup teliti, kemas dan teratur. Again, Allah is the best planner.
Sebab itu dalam Islam kita diajar bertawakal setelah berusaha. Konsep tawakal itu sendiri mendidik kita percaya pada qada’ dan qadar. Segala ketentuan ditanganNya. Usahalah selagi mampu kemudian kita serahkan 100% padaNya. Segala keputusan yang mendatang kita  terima dengan hati yang tenang dan redha.Sentiasa didik hati berlapang dada. Islam itu indah dimana semuanya bermula dari hati. Walhal mahu mendidik hati supaya ikhlas itu amatlah sukar. Walau sehebat mana dugaan itu selagi hati kita kuat dan yakin pada Allah selagi itulah kita akan berjaya. InsyaAllah.

Take one step towards Allah, and He would take two steps towards you. Sesungguhnya Allah tidak pernah jauh dari hambaNya cuma kita sahaja yang sering kali lupa dan sombong. Itulah lumrah hidup. Kita manusia biasa yang sering kali leka dengan duniawi. Selagi iman masih di dada, InsyaAllah, Allah ada dihati kita. Pertingkatkan amalan, perhiasi iman dan bersungguh-sungguh mengerjakan kebaikan.

Jangan sesekali regret dengan apa yang telah berlaku. Walau macam mana susah sekali pun terima segala kesilapan lalu dan cuba sedaya upaya perbaiki diri. Apa yang lepas itu sudah lepas. Belajar untuk harungi hari yang mendatang dan jangan jadikan kisah lalu sebagai igauan tetapi pengajaran dan semangat untuk kita lebih maju dimasa hadapan. Bertaubatlah bersungguh-sungguh sekiranya dosa itu sering kali menghantui diri. Yakinlah wahai sahabat bahawasanya Allah akan menerima segala taubat hambaNya walau sebesar dunia sekali pun selagi mana pintu taubat itu masih terbuka.

Dan janganlah pula kita judge mereka yang pernah melakukan dosa kesalahan itu seteruk-teruknya. Jika timbul rasa benci, pastikan benci itu pada perbuatan bukannya pada individu. Mungkin pada ketika itu mereka masih jahil. Kita haruslah sedar yang mana tidak semua orang “baik” seperti kita hanya kerana kita tidak pernah lakukan dosa kesalahan itu. Sedarlah yang kita tidak tahu pengakhiran hidup kita nanti bagaimana. Mungkin pengakhiran hidup mereka lebih baik daripada diri kita sendiri apabila mereka benar-benar bertaubat dan Allah terima taubat mereka. Sentiasa mendoakan taufiq dan hidayah buat mereka.

Dan janganlah sesekali merasakan dugaan dan ujian itu suatu bebanan yang berat atau tanda tidak sayang Allah pada kita. Walhal setiap ujian itulah sebagai tanda cinta dan kasih sayang Allah pada kita. Dia tidak sewenang-wenangnya menguji kita dengan sesuatu dugaan begitu sahaja. Ada hikmah disebalik semua itu, ada habuan yang menanti. Tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak. Jangan sesekali mempersoalkan setiap pengaturannya. Kita hanya hamba, sebagai hamba kita perlu patuh dan sentiasa taat padaNya. Ujian yang mendatang tidak lain tidak bukan untuk uji dan upgrade iman kita to the next level. Lagi kuat kita bersabar, lagi tekad kita harungi lagi tinggi iman kita. Lagi dekat kita padaNya. Lagi mudah Syurga bagi kita.
Seringkali cerminkan diri tanya "Siapakah diri kita? Apakah tanggungjawab kita?"

Walau sukar mana sekalipun sesuatu itu ingatlah Allah sentiasa berada disisi kita. Merintihlah padanya. Lakukan solat sunat, baca Al Quran, berzikir dan istighfar penuh khusyuk dengan hasrat Allah terima rintihan hati ini supaya beban dugaan yang kita alami itu berkurangan atau berbaloi untuk kita. Sudah tentu iannya berbaloi. Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambanya. Tanamkan dalam diri untuk sentiasa istiqamah dalam perkara kebaikan. Sentiasa perbaharui niat. Dan segeralah bertaubat atas dosa lalu. Sentiasa berusaha hijrah diri.


Kesimpulannya kehidupan di dunia ini hanyalah pentas untuk kita mencorakkan kehidupan yang kekal abadi di Akhirat sana. Setiap lakonan dan tindakan kita itulah yang menjadi hitungan dan bekalan di sana kelak. Lakonkan watak yang baik, lakukan tindakan yang betul berteraskan Al Quran dan Sunnah. Jangan sesekali lari dari tuntutan agama. Sesungguhnya Iman dan Amal itulah yang menjadi penentu kepada siapakah diri kita diakhirat kelak.

Salam~