Monday, November 5, 2012

Salam AidilAdha 2012

Best Blogger Tips

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah, genap sudah seminggu kita menyambut Hari Raya AidilAdha. Jemaah haji pun sudah mula berangkat pulang ke tanah air masing-masing. Kali ni saje nak share sikit pengalaman menyambut hari raya haji di Belgaum, India. Actually ini 2nd time menyambut raya haji di sini, kali pertama (1st year) tak berapa nak meriah sangat kerana jumlah kami masih sedikit tak berkempatan nak solat raya berjemaah sesame students (hanya di masjid) dan tak join aktiviti korban local people (masih baru). Last year pulak aku gedik balik Msia atas urusan bisness. 


Apa yang best beraya haji disini adalah solat raya outdoor. Cuaca pulak tu suam-suam kuku tak sejuk tak panas just nice, dah nak masuk winter. Lepas tu dia ada rasa semangat ukhuwah gitu sebab after solat kami berpeluk-pelukan sambil bermaaf-maafan. Kat Msia ada kau nak peluk jemaah-jemaah masjid lain yang tak berapa kau nak kenal tu, padahal ini sunnah untuk bermaaf-maafan (itu kau jer tak peluk). Disini kerana kami semua kenal antara satu sama lain so dia ada sesi tacing-tacing, gedik-gedik, terkinja-kinja semua ada. After solat raya barulah rasa sedih sebab kan takde lauk raya yang sedap-sedap macam ketupat, rendang, lodeh dll yang dimasak oleh mak. Oleh mak!! Huwwaaaa!!

Aku pagi raya tu sempat masak sup ayam jer coz sunnahkan after solat raya kita makan-makan. Dah aku bukak fridge hanya haiwan tu jer yang ada dan sup jelah paling mudah, aku balun jer. Alhamdulillah ada girls yang sudi menghulurkan sedikit lauk pauk raya kepada kami. Dapatlah jugak menambah juadah. Kebetulan paste kuah satay Brahim’s yang dah setahun tak guna tu ada lagi. Hah! Apa lagi balun jer makan. Sedaplah pulak. Lepas makan call family pulak. Halamak tacing lah pulak dengar suara family semua berkumpul ramai-ramai di rumah. Hmm… sedih.

 

Pastu pergi korban. Okeh 1st day korban aku tak join sebab pergi tempat lain ada urusan. Hahaha! Esoknya ahad baru aku join. Hah! Meh sini aku nak bagi fakta sikit pasal India. Korban lembu disini dianggap illegal oleh masyarakat setempat. Memang kalau raya haji ni kalau tak betul jaga memang boleh jadi rusuhan kaum. Kenapa? Kerana lembu adalah tuhan agung, suci dan moksya dorang. Kadang-kadang aku terfikir, jika lembu adalah ikon tuhan suci dorang tapi kenapa dia dibiarkan berkeliaran sekitar bandar sambil berak secara slumber merata tempat? Respect others religion. 

Jadi kami korban dikawasan Muslim area Azam Nagar. Area ni memang otai-otai Muslim handle tarahal punyer. Kalau kat area Manipal dorang nak korban polis kena berkawal dow. Kau jangan main-main tak pasal-pasal Hindraf India berpusu-pusu datang bawak parang. Bergasak rumble apasemua sampai mati-mati. State-state lain benda ni memang terjadi (tapi aku taktau state mana). Kau jangan main-main.

Hah! Lagi kau nak aku cerita apa? Blank sudah. Okeh cukup! Kau tengok jelah gambar-gambar yer. Haaaa lupaa, malamnya kami ada dinner makan ramai-ramai daging korban disamping price giving ceremony untuk aktiviti riadah War Game and Running Women yang dianjurkan oleh Islamic Society USMKLE (ISOC).

Sekian~


p/s: InsyaAllah next entry aku nak cerita pasal Aussie. Tetiba rasa rindu gila kat Aussie selepas 2 bulan backpacking. 2 bulan dah??? Cepatnyer masa berlalu.