Friday, August 17, 2012

Awesome trip to Australia (Intro)

Best Blogger Tips


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Puasa cukup ke tidak nih. Jangan tipuuu…

Genap  sebulan tak hupdate eventho cuti dah berhari-hari lamanya semuanya gara-gara laptop rosak hantar warranty after raya katanya siap. Raya ni manalah aku ada, kan nak pergi backpacking raya ke 5 nanti. Weeehhhuuu!! Nak tak nak kenalah jugak update, kang kesian pulak pada pembaca tu haa yang nanti rindu bila titew tak update lama lama. #kenyit mata sikit ;-)) Jadi aku cepat-cepat update mana yang mampu pinjam laptop akak. Tinggal berapa hari je ni. 
*ewah ewah ewahhhh macam pergi lama jer. Aussie je pon. 

Tanpa membuang masa mari kita cerita terus. Sebelum itu nak tanya amacam Ramadhan korang? Menarik? Banyak pengajaran? Ada perubahan? Makin beriman? Makin soleh/solehah? Untuk aku, Ramadhan kali ini benar-benar dugaan. Pelbagai situasi sukar dan dilemma aku hadapi. Dugaan itu cukup besar untuk aku harungi kerana ia membabitkan masa depan tetapi yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua tu. Allah beri kita dugaan dengan sebab. Okeh tak nak tacing nanti rosak entry. Mari kita sama-sama jadikan Ramadahan bulan berkat ini sebagai pengajaran supaya kita jadi lebih kuat, cekal dan tabah hatinya malah iman kita sentiasa upgrade.


"Don't run away from a challenge. Instead run toward it because the only way to escape fear is to trample it beneath your feet."


Okeh back to the real topic. Ikut plan asal actually tahun ini sepatutnya merancang nak backpacking ke Europe tetapi timing pulak tak masyuk. Mostly kawan-kawan di sana balik cuti raya yang kena pada cuti Summer. Kalau pergi pun nanti takde sape nak entertain kos pun akan meningkat takde tempat nak menginap. So kita shift plan ke Europe tahun hadapan. Dis year kita balun pusing Aussie dulu yang sepatutnya plan pergi tahun 3 nanti.

Cerita soal kos pergh!! memang mahal la gila. Lagi mahal dari Europe aku gase. Tapi tak risau selagi peruntukan masih ada, maklumlah businessman berjaya. Ehem! Kalau ikutkan kos penerbangan sahaja sudah mencecah 3k. Alhamdulillah AirAsia X buat promo tiket hanya RM 1540 (KL-Perth and Sydney-KL). Murah tak? murah tak? Kena bijak rancang perjalanan la yer.


Tanpa membuang masa meh sini aku story pasal backpacking yang akan kami pergi pada Khamis ini selama 15 hari bermula 23/8 sehingga 6/9.  Trip kali ini membabitkan 5 buah tempat iaitu KL-Perth-Adelaide-Melbourne-Sydney-Gold Coast-Sydney- KL. Meriah tak? Jeles tak? Dengki tak? Meriah meriah pun berghibu aku habis. Dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal bulu ketiak. Hamik kau hampir 7k jugak aku habis campur itu ini. Semoga trip kali ini berbaloi.

Alhamdulillah itu pun syukur aku ada ramai kawan disana. Hampir semua tempat kami akan menginap dirumah mereka kecuali di Gold Coast yang entah mana nak merempat. Tidur tepi beach jela kot. Bangun-bangun jer nanti waaaaa ggggg nommnommmnomm (dil, sila betulkan niat). Cerita pasal Gold Coast ni memang boleh buat aku nangis kejap sebabnya kos sangatlah tinggi. Tiket Movieworld sahaja dah cecah 99.99 AUD after convert dalam RM 330,  VIP Pass valid until 30 June 2013. Valid setahun pun apa gunanya kalau datang sekali jer lainlah kalau terjumpa crush disana bole jugak datang selalu. Kan biasa kalau backpackers yang single mingle pergi memana mesti akan berkenalan dengan sesiapa (dah mula dah berangan dia). Gperd dan Indera pesan nanti pinjam sahaja VIP pass membe-membe Sydney yang dah pergi Movieworld. Kat entry gate bukannya dia tengok sangat tiket tu. Idea bernas jugak, boleh jimat kos. Hmm, tapi tengoklah camne nanti.

Dok cerita cerita ni, lupa nak roger siapa teammate aku. Seperti biasa pengikut setia aku Azhar Che Omar dan yang baru mencuba nasib Saiful Ridzuan. Hehehe. Kau tak tahu macam mana dulu aku hasut racun budak-budak ni nak suruh follow. Berminggu jugak aku tanam racun dalam kepala dorang bagi tazkirah, aku tarbiyah sekor-sekor dan akhirnya berjaya jugak. HAHAHA! Macamlah tak kenal aku kan. Kalau tidak memang sorang jela aku pergi kali ni. Jangan risau kawan-kawan, aku akan pastikan trip kita ni AWESOME. Biarpun kita habis berghibu-ghibu bergebu-gebu tetapi sangat berbaloi. Sampai mati pun memori tu akan terpahat. Percayalah kawan-kawan. Percayalah…
*kau dah macam ahli politik pandai menabur janji yang membuat orang berasa keji.



Dah macam orang gila terkangkang-kangkang tu haa. Bukan apa, HAPPY sangat :D
Untuk tempat lain trip perjalanan semuanya sudah dirancang oleh kawan-kawan disana. Oh lupa cerita di Perth kawanku adalah Ahmad Muzhaffar (bakal berkahwin), di Adelaide Indera Zakaria (masih mencari kot), Melbourne Nassier Lim (tak pernah pulak aku tanya), di Sydney Ahmad Fuad (yang masih keliru katanya). Semua ni adalah kawan-kawan Samura, Shahputra dan High School. Syukur jugak ramai kawan-kawan yang belajar overC. Senang nak berjalan sana sini. Kebetulan pulak dorang tengah cuti or sengaja mencutikan diri untuk membawa kami berjalan. Terima kasih you all. Penginapan dan makanan semua ditanggung beres oleh mereka. Yeke? Siapa cakap? Okehlah kami bayar jugak nanti masak sama-sama. Siyes aku usha Aussie makanan mahal la gila. Waduh! Memang sehari sekali jela aku makan asal kenyang sudah.

Kemudian nak menjimatkan masa dan tenaga, semua trip disana kami gunakan domestic flight, Jetstar Airways. Tq kepada Kitem coz awal-awal ritu dia dah roger masa Jetstar buat sales flight ticket from Perth to Adelaide. So kau paham la kan yang trip ini melibatkan 7 penerbangan. Kalau dulu jakun benor bila dapat naik flight, kini tidak lagi. (poyo pulak kau).

Nak cerita details pun aku tak tahu nak taram apa sebabnya sampai pun tak lagi. Juz bole roger gegitu jer nak kasik korang jeles. Ahaks!

Harapanku semoga trip kali ini kami amik inisiatif untuk explore dunia luar. Tengok people kulit putih pulak. Selama ini tenogk orang minyak ajer. Opss!! Kemudian aku nak betul-betul tenangkan diri, relax-relax, lupakan masalah dan enjoy puas-puas jumpa kawan-kawan lama story-mory sebelum mengharungi tahun 3 yang penuh cabaran dan struggle yang sumpah dapat aku rasakan cukup meng‘stress’kan. Trip kali ini kami jalankan under Voyage Program. Apa itu Voyage? Kau boleh usha sini (sila click). Kemudian trip ini juga aku nak bertenang dan menyendiri buat seketika. Lupakan segala masalah dan kita ENJOYYYY yawwww!!!


Kepada kawan-kawan yang membaca doakanlah semoga trip kami ini diberkati dan selamat pergi dan pulang, kaya dengan pengalaman yang mengujakan. Auwww! (tak menahan statement). Nanti of cozlah aku akan share dalam next entry. Macam backpacking North India dulu-dulu. Kepada kawan-kawan yang dok kirim itu ini haa silah berkirim dengan duit yer. Aku belum kaya lagi nak amik order semua orang. Meh sini bank in duit dalam akaun aku ok.

Selama dua minggu ini jangan windu-windu titew okeh. Kalau windu jugak selalu-selalulah baca entry lama titew. Stalk-stalk fb titew ke tengok twitter titew ke. Itu pun kalau titew online la kan. Kalau tidak. Hmmm..kesiaaannn. Hahaha!
Sekian~

DENGAN KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s: Tiada gambar baju Melayu nak diupload sempena ucapan raya. Jadi aku upload jela gambar weeding akak aku ritu. Saje amik semangat  nak nikah awal. Maybe.