Tuesday, July 17, 2012

3# Merapu Meraban

Best Blogger Tips

Assalamualaikum stalkers dan peminat semua. Rindu titew? Dah agak dah... ;-))
Bertemu kita sekali lagi dalam entry gedik, 3# Merapu Meraban.
Yeayyy!! Tepuk cepat! Tepuk!! Kuat lagi, KUAT! HAHAHA!
*Sampai dah angin sewel dia...

Lama kan tak hupdate. Sebulan jugak rasanya. Haa... banyak benda sebenarnya nak citer nih. Tapi tak tercite-cite. Semuanya gara-gara busy study (typical reason), angau, kesok, tacing, termenung, kuat tidur, mengelamun, kepala masuk air, bengong, diet, pergi gym, jogging, masak sendiri dan entah pape. 
 
Bila lama tak menulis, mood dia macam dah lari gitu. Menyepilah diskodansa untuk seketika. Tapikan tapikan nak dijadikan cerita. Beberapa hari yang lalu (lama sebenarnya) mak tersayang, Normah Binti Jemaat, telah mesej anak buntatnya ini berbunyi begini 

Mak   :   Apa nama blog Idil?
Titewdiskodansabergumbira.blogspot.com
Mak Tadi mak cari-cari tak jumpa. Lepas tu Maisarah (cucu) yang tolong carikan   dapat pulak jumpa. Itu semua cerita baru ke lama?
Titew :   Mak, cerita baru. Boleh tengok tarikh-tarikh entry ye mak. Ada kat atas tu.

Haaa kan dah... itu tandanya dia suruh update letew. Dia nak tahu sangat perkembangan terbaru anak comel, ensem tapi ketak dia nih (sweetlah mak ni stalk-stalk blog anak dia). Secara tak lansung anak buah aku tu pun join baca diskodansa. Mana nak letak muka pak ucu dia nih yang perangai entah hape gila sengal. Dalam blog meraban entah hape. Malunya... LARI!!!

I miss both of you. rambut aku macam jimban.
Tapi aku still malas jugak nak update sampailah aku terbaca kat ruangan komentor sebelah kanan tu ada komen  dari Syu: Aidil… update la blog. Lepas baca teruzzzz aku menaip kau. Mood nak menaip time tu tak feel sangat sebab aku tengah tacing, angau dan sasau. Aku teruskan juga menaip apa yang terlintas. Bila review balik, tengok-tengok semua ceritanya tacing-tacing belaka. No No No…!! I tak suka tacing-tacing sedih-sedih dikhlayak ramai. Hilang macho.

Aku sangat mengharamkan sesi tacing menacing sedih menyedih dalam blog ini. Setiap entry mesti kena ada gelak-gelak, gelek-gelek, goyang-goyang. Nama pun diskodansa mestilah kena happy diskodansa. Kalau boleh korang semua mesti baca sambil joget-joget ey, baru feel gitu.

Lagikan aku yang macho lagi ketak +hensem +comel ini bila tacing menacing kang ramai pulak yang kesian, ramai pulak yang sedih. Efek pulak mood pembaca semua. Tak pasal-pasal kang ramai yang menawarkan diri menjadi gilfrend titew. Tak naklah camtu. Janganlah obsess-obsess dengan titew. Titew maluuu… tutup muka sikit.

Khas buat mak tersayang. Bermisai dan jerawat di dahi.
Kalau ada entry aku yang sedih-sedih sila beritahu, dengan segera aku akan delete terus. Blog ini adalah koleksi istimewa sepanjang aku bergelar pelajar perubatan. Setiap memori yang terpilih akan ku tuliskan disini. Ini juga khazanah buat anak-anak aku nanti nak tau macam mana daddy dia ni dulu. Betapa sempoi zaman muda-muda dia berambut panjang, ketak-ketak, traveling, ramai kawan, ramai skandal, ramai peminat, sempoi orangnya dan baik. Ehemmm!

Dah sedia semua? Kita mulakan dengan …

Minggu drastic!
Dalam beberapa minggu yang lepas termasuk minggu ini, macam-macam benda yang aku tak jangka telah berlaku. Ianya berlaku dengan drastik sekali dan boleh kata timing itu agak cantik tapi berserabut dan bercelaru. Cuma semuanya masih samar-samar dan penuh tanda tanya. Pasal apa yer. Hohoho… itu rahsia okeh.


Tambah pulak last minute baru aku tau yang sebenarnya aku tersilap beli flight ticket. Sepatutnya from Gold Coast to Sydney tarikh dia 4/9/2012 tapi aku beli 5/9/2012. Lambat sehari dari flight Azhar dan Saiful. Tak pasal-pasal kena perabih duit dalam RM 120 beli tiket baru sebabnya Jetstar Airways takde sistem tukar-tukar date. Lu silap beli padan muka lu. Pergi beli tiket baru.
*Ke aku tak habis explore lagi? Entah.

Pengembaraan akan bermula tidak lama lagi. Weehhuuu!!
Studyweek
Kau paham apa itu studyweek? Studyweek itu bermaksud minggu untuk study. Kalau dah nama pun minggu study, kau kenalah study betul-betul sungguh-sungguh. Jangan nak gatal buang masa buat benda tak berfaedah macam studyweek Selanjar 1 dulu yang kau pergi Mumbai semata-mata nak beli clearance stock ZARA tapi bila sampai semuanya dah habis pastu kau pergi beli kasuk CK. Ada paham? Jangan jugak kau gedik nak angau benda yang kau tak sepatutnya angau (tapi kalau terangau jugak cane?) Lu pikirlah sendiri budak gemuk!

Kehendak yang tidak kesampaian.
Selanjar 2 semakin menghampiri. Persediaan untuk exam for surelah tak bersedia sepenuhnya. Banyaklah hoi nak kene cover. Ada 4 blocks kau tahu tak. Setiap block minimum 40 diseases (agaknyerlah). Kena faham dan hafal setiap disease dari definition sampailah management. Kalau dah 4 blocks kau darab sendiri yer pemalas. Banyakkan? Kesiankan abang Aidil nak kena struggle demi mencapai cita-cita menjadi doktor yang baik, ensem, macho dan ketak! 

Itulah orang suruh jadi kerani tak nak, sibuk nak jadi doktor. Tak pasal-pasal kau kena belajar tingg-tinggi struggle macam nak gila. Kelayakan kerani asal ada sijil SPM jer.

Inilah timetable exam. Doakan kami yer.
Perjalanan nak capai cita-cita ni jauh lagi. Ada 3 tahun lagi. Baru dua tahun aku lalui sudah macam-macam terjadi. Dari happy, sedih, kesok, angau, gila, bengong semua ada. Semua ini adalah liku-liku sepanjang bergelar pelajar perubatan. Kalau hidup kita asyik happy jer tanpa ada sedih maka tiada warna warni gitu dalam perjuangan. Kita memerlukan cabaran dan dugaan dari segi rohani dan jasmani bagi memastikan iman kita ini still berfungsi dan wujud.

Setiap dugaan dan cabaran yang Allah bagi bukan saja-saja nak susahkan kita tetapi dia nak uji iman kita ni dah cecah level mana. Andai kata kita mampu lalui ujian itu, naik iman kita satu level. Andai kata kita mengalah dan berputus asa, maka iman itu masih ditakuk lama atau menurun. Ujian dan dugaan itu perlu bagi mematangkan diri.
* ni kenapa dia bagi tazkirah pulak nih?

Takuttt nak exammm...
Untuk studyweek ini, aku berdoa sungguh-sungguh agar Allah pelihara hati ini dari sebarang kegelapan hati, kesedihan, kekusutan, kesengsaraan, penderitaan dan kegembiraan yang melampau. Sebaliknya Dia memberi aku cahaya ilmu dan keimanan untuk terus berjuang sungguh-sungguh dalam peperiksaan yang mendatang. Tarik nafas… Dengan lafaz BISMILLAH aku bertekad nak fokus sungguh-sungguh pada exam Selanjar 2.  Fokus betul-betul pada exam.
Ku berlindung dari payung rahmatMu Ya Allah. Bantulah hambaMu ini, dan berkatilah usahaku ini. Amin…
Kepada mak abah, Idil berjanji akan usaha sedaya yang mampu untuk exam yang akan datang. Air yassin yang mak suruh buat, Idil dah buat. Just topup-topup jer. Nanti nak renew buat yang baru. Minyak ikan yang abah post tu pun dah makan dah. Nak habis dah pun. Nak beli baru kat sini tak berani sebab risau kalau guna gelatin babi or lembu yang tak sembelih betul.

Mak abah doakan Idil yer. Semoga apa yang benar-benar faham, ingat dan hafal sahaja yang akan keluar dalam exam nanti. Idil tau mak abah selalu doa buat solat hajat baca yassin semua. Terima kasih mak abah. Kiss sikit. Muahh!!
*tacing pulak dia nih.

Doctors to be.
Diet makin kelaut
Seday la siottt… punyalah mangat sebelum ni aku diet tak makan nasi berminggu-minggu (okeh! tipu) aku telan brown rice, buat ayam kukus, bakar ayam grilled, takde dah makan minyak-minyak lemak-lemak. Siap gua beli microwave gua cakap lu. Kami 11 orang telah berkongsi duit berghibu-ghibu membeli microwave dan letak dibilik aku (yang ini aku paling suka). 

Tadaaa... Microwave baru.
Kalau lapar jer aku akan selongkar peti sejuk then jumpa sosej, nugget, burger saper entah. Aku bedal jer masak. Takde kerja nak goreng-goreng bagai. Lemparkan ajer dalam microwave, tunggu 5 6 minit terus telan. Bila dah makan kenyang barulah tercari-cari tuan empunya burger sambil mesej beliau “ Fiq, tadi aku bedal 3 bijik burger kau. Nanti elaun masuk aku ganti 20 bijik terus ey” Kahkahkah!

Peti sejuk aku tu penuh dengan binatang laut mahupun darat disamping tumbuhan (I benci sayur) yang tidak dituntut setelah sekian lamanya (tapi suatu ketika dulu). Bila semua dah busuk hancur lebur, dengan baik hati akan aku kasik clearance stok dalam tong sampah. Budak-budak ni semua tumpang barang. Tapi apa salahnya. Guna jela kan. Senang-senang dapat pahala free tolong orang. Untung sebenarnya korang ada senior baik hati macam titew ni kan. Ehemmm!

Bilik aku kerap kali dijadikan tumpuan openhouse. Pencapain terbaik seramai 15 orang tetamu.
Nak citer lagi nak citer lagi… Bila dah start stress nak exam, selera makan secara serta merta akan membuak-buak berombak-rombak. Asal stress jer aku terus call Zaika, call Momos, call Amjad. Order bukan kemain banyak pulak tu. Agak-agak nak angin kasi hilang stress sikit aku pergi makan luar di Kabab House sesowang (nampak sangat forever alone. Nak ajak junior dorang semua nak exam).

Inilah dia maggi Amjad. Harap-harap bakal isteri aku nanti pandai masak. Tak sanggup dah makan gini.
Memang memang memang kalau aku stress aku suka makan, tapi kalau aku sedih aku takde selera makan. Ingat lagi masa aku patah kaki dulu berbulan aku sedih memikirkan nasib dan masa depan. Badan aku susut kurus la gila. Dari bagak ensem ketak dan macho gaya budak rugby terus jadi slimfit macam model Topman kau tahu. So kalau nak tengok aku maintain ketak, ensem dan macho sila jangan buat saya sedih okeh. Nanti susut luntur segala muscle yang telah dibentuk hampir 2 tahun ni.

Okeh dah kan gini. Kahkahkah!
Lagikan pulak aku dah angkat bendera putih awal-awal tanda kekalahan pada kawan-kawan seperjuangan yang sedang tunggu di Malaysia (mentang-mentang korang dah cuti) yang dorang challenge nak tengok siapa paling ketak. Kepada Loki, Stat dan Sabi, Ballak disini telah menarik diri dan dengan rela hati sanggup opentable belanja korang semua. Huuuuu…

Gym pun berminggu aku dah tak turun. Exammm!!
Jangan risau nanti kita opentable ramai-ramai. Yeahh!!
Homesick siot!
Comel tak kami :D
Bila dihitung lagi 2 minggu jer nak balik Mesia. 2 minggu ya hadoi...!! Haritu mak call, aku cakap “Idil homesick betul nih mak”. Mak jawab “Takpelah, sikit lagi nak balik tuh. Habiskan exam dulu. Kalau takde kedit nak call, miscall je mak. Nanti mak call balik”.
*kau ni sikit-sikit emak, sikit-sikit emak. Anak emak betul lah!

Ritu mimpi pulak kat anak-anak tu haa. Ya hadoiii… mimpi imban, mimpi ani, mimpi faiz main lari-lari pastu dorang hilang tinggalkan pak ucu sesorang. Seday beb. Sedayyy…
*eleh, saje jer dia nak tunjuk yang dia tu suka budak-budak. Padahal dia benci betul budak-budak. Anak bongsu katakannn….

Manalah aku tak sawan. Comelnya yayam nih. Tunggulah nanti. Grrrr...
Aku sebenarnya nak skype satu family. Lama betul aku tak skype-skype nih. Maklumlah mak aku tu bukan reti sangat techno-techno. Lagikan pulak tenet sini kemon slow nak ma***S. Nasib baik sekarang Alin dah ada BB (hoho..laki dia hadiahkan tu). Senang sikit aku nak updates pasal family. Terbaru kteorang main exchange gambar-gambar. Dia send gambar anak-anak ngan emak then aku send gambar terbaru aku yang bermisai dan berjanggut yang tak seberapa ini. Maklumlah darah kacukan Korea. Ehemmm…


Lagi kau nak aku cerita apa, nak aku cerita apa? Haaa okeh…

Bilik menjadi ruangan motivasi

Kami gedik!!
Kau tahu sejak bermulanya studyweek untuk Profesional Exam for juniors, bilik aku ni hampir setiap malam didatangi oleh juniors meminta nasihat, guidelines dan semangat. Tak pun menjadi lokasi istirehat dan tidur untuk dikejut seawal 3 4 pagi. Tak perlu aku sebutkan siapa orangnyer. Aku seronok berbual bagi nasihat dan semangat kat budak-budak ni. Rasa macam diperlukan gitu.

Aku ni pulak suka bebenor berbual. Kalau dah start bersuara memang payah kau nak carik titik noktah. Cara terbaik adalah kau bukak pintu senyap-senyap pastu keluar. Nanti pandailah aku paham-paham sendiri bila tengok takde orang.

Bila tensen kita jamming dikir barat sikit.
Walaupun aku ni takdelah hebat sangat bab pelajaran tapi dari segi nak dapatkan guidelines, motivate or boost up semangat orang rasanyer boleh la kot. Padahal dorang tak tahu masa aku bercakap tu aku tengah stress or sedih pasal certain things, tapi sebab sayangkan budak-budak ni tak sanggup tengok dorang stress  memanjang macam zombie. Aku luangkan jugak masa, ketepikan kegelisahan diri demi melihat sinar kegembiraan diwajah mereka. Baik kan baik kan. Hahaha!

Lagikan pulak apabila kita motivate orang lain secara tidak lansung aura tu datang kena pada kita jugak. Habis hilang semua stress aku bila tengok ada yang senyum gelak bila berbual dan tacing sesame. Orang yang banyak memberi nasihat ni dugaan dia lebih besar daripada mereka yang mendengar kerana dia bercakap berpandukan pengalaman dan pengetahuan. Dan dia kena cakap serupa bikin.
*eleh nak cakap dia tu berpengalaman dan berpengetahuan luas letew. Nyampah!!

Jangan risau aku ikhlas bagi talk kat korang semua. Aku nak tengok korang  semua happy datang sini, nak tengok korang semua lepas Pro Exam dengan senyuman.
*lepas ni aku nak mintak sekor-sekor belanja Niyaz or Zaika. Boleh?

Aktiviti bulanan. Sambut birthday.
Juniors 3rd batch bakal masuk
Yang ini aku suka, yang ini aku suka. Lepas ni makin ramai dan bersepahlah calon-calon yang boleh dipilih. Kalau yang ini tolak, ada yang tu standy, kalau yang tu tolak ada celah sana pulak standby. Tiada kegelisahan lagi. Yeaayyyy!!!


Haritu dah kumpul semua gambar-gambar girls masa photoshoot. Nanti balik aku lambakkan semua depan mak aku suruh dia pilih berkenan yang mana satu. Habislah korang semua gambar-gambar korang yang gedik-gedik tu semua mak aku nengok nanti. Ayooo ayooo tak tahu. HAHAHAHA!
* tak tak jangan risau, Aidil ni amanah orangnyer. Dia hanya tunjuk certain-certain orang jer yang mana dia berkenan kat mak dia. Okeh boleh camtu? Ahaks!

Kepada bakal juniors yang datang nanti. Selamat datang la yer Abang Aidil ucapkan (abang Aidil terusss). Yer saya tahu banyak juga mesej dan komen anda saya tak balas (yeke? ada ke orang komen). Bukan apa rasanyer sekarang ramai dah seniors 2nd batch yang bersemangat waja macam saya dulu nak promote program ni. Entry-entry pasal USMKLE pun korang masih boleh tengok selagi blog ini wujud. Cuba tengok angka pageviews belah atas kanan, mencecah 48000 yek dek non oii. 

Haaa…ini semua hasil support dari korang semua. Dalam masa 2 tahun mencecah angka itu memang boleh tahan la yer fewmesnyer. Saya tahu saya semakin femes tetapi percayalah saya ini low profile, pemalu dan merendah diri orang nyer. Ehem…


Penutup!
Amacam? Okeh puas ke tak dengan cerita-cerita merapu meraban kali ini? Ke nak lagi? Cukup jangan nak mengada. Aku ni dah takde masa sebenarnya nak hupdate-hupdate selalu. Tapi kesiankan pembaca yang dah ketagih angau sangat tu, aku gagahkan juga menaip.

Sebagai balasan bukan balasan tetapi pertolongan, aku memohon agar kalian semua mendoakan kejayaan aku dan rakan-rakan semua dalam exam Selanjar 2 yang akan datang. Doakan kami semoga tempoh studyweek ini kami diberi daya kefahaman yang tinggi agar mudah faham, mudah serap ilmu, mudah ingat dan mudah recall ilmu-ilmu ini supaya dapat jawab soalan exam dengan yakin dan tepat. Kena pulak exam kali ini jatuh pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan berkat InsyaAllah usaha pun dapat keberkatan.


Dengan ini aku berjanji pada diri yang aku akan berusaha sungguh-sungguh dalam exam Selanjar 2 nanti. InsyaAllah berkat doa mak abah, kawan-kawan dan korang semua pembaca yang disayangi, akan mudah untuk aku jawab semua soalan exam nanti. Amin…

Semoga apa yang aku benar-benar faham, benar-benar ingat dan benar-benar yakin sahaja yang akan ditanya dalam soalan exam Selanjar 2 nanti. Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha hambaNya ini. Amin Ya Rob Bal Alamin…

p/s: Kepada juniors dan seniors semua aku doakan semoga kita dipermudahkan menjawab exam masing-masing. Kepada juniors, aku yakin korang semua 100% passed dalam Profesional exam nanti. Amin…

GOOD LUCK SEMUA!!!

Aku akhiri entry 3# Merapu Meraban kali ini dengan video music ini. My feveret dan penuh 1001 makna. Lagi syok kalau korang download acoustic version. Masyuk beb!