Wednesday, June 20, 2012

Portrait Photoshoot

Best Blogger Tips


Tak terfikir aku nak photoshoot ala-ala studio style yang jenis gaya retis havoc gitu. Disebabkan USMKLE bakal menghasilkan 1st magazine kami iaitu VARNA, aku telah dipelawa menjadi leader SIDRED photography team. Based on 2 tahun experience main camera, kira boleh tahan jugaklah hasilnya. Nasib baik aku simpan lagi koleksi  gambar segala event yang berlaku sepanjang tahun lalu. Dapat jugak aku sumbang untuk magazine ni.

Tujuan photoshoot ini adalah untuk dimuatkan dalam column student year book. Usually kita biasa nampak untuk final year student jer. Tapi dah kami ni baru 2 batch jer, celah mana kau nak cari final year. Taram sajalah buat untuk semua. Next year maybe dah tak buat kot. 
Apa yang nak dicerita adalah pengalaman sepanjang sesi photoshoot portrait. Teruja sebenarnya diberi peluang buat benda ni. Photoshoot ini membabitkan 127 orang student USMKLE 1st and 2nd batch. Kerja ni memang MasyaAllah penat. Tapi berbaloi dan aku enjoy. Ni pengalaman baru. Teknik photography aku yang masih ayam-ayam ni sedikit sebanyak jadi upgrade la jugak. Dapat belajar benda baru. Contohnya macam mana nak amik gambar portrait dari angle yang mantap. Lighthing nak kena gini baru gambar Aummm! Edit kena kasik macam gitu baru nampak Pheewwiit! (aku memang noob dalam mengedit gambar). Aku menggunakan Adobe Lightroom for editing sebab simple, easy and fantastic. Hanya perlu adjust colour, contrast, brightness etc. 

This is how I do.
This is the result. Before & After.
Tipulah kalau aku tiba-tiba terus power tangkap portrait, berbekalkan pada ilmu kelas photography dulu bersama Mr Amrut kira berguna jugak ilmu-ilmu tu. Okeh, untuk setting camera aku telah berguru dengan Adib, arfengwork.com. Hasil seni dia memang wow. Aku suka angle dia. Mantap siot. Dia ajar aku teknik-teknik lighting dan setting. Aku belajar pun thru whatapps dan fesbuk. Share gambar kat album then suruh dia komen. Kalau gambar contrast kurang dia suruh adjust itu ini. Untuk pengetahuan semua Adib jugak merupakan official photographer wedding aku nanti. “Haritu kita dah bincang hargakan dib? Harga membe-membe ey?” Kahkahkah!

Apabila dah diberi tanggungangjawab kenalah buat even busy dengan study dan exam. Actually ini first time aku amik gambar model. Aku lebih gemar amik gambar banggunan, landscape, candid and scenery. Tapi untuk portrait cabaran dia berbeza coz kau kena pastikan setiap gambar tu sharp and reaksi model tu menarik. 

Untuk dapatkan reaksi atau mimic muka mereka yang perfect kau kena sabar dan sentiasa standby. Dia buat muka jer kau snap, dia buat gaya jer kau snap, dia gedik jer kau snap. Kena cepat coz model tak semua boleh bertahan buat gaya mimik muka posing comel lama-lama. Tapi ada jer yang pandai posing. Yang itu memang senang kerje aku. Satu click, satu gaya. Lagipun girls malu-malu la kan bila jantan yang amik. Mane yang malu aku suruh budak perempuan snapkan. Kalau boys senang ajer.


Gambar Fakih kena besar. Comel sangat. Geram aku. Macam GARFIELD.
Yang syok tu bila kau nak snap gambar mereka yang selama ni kau tak expect gedik tapi tergedik jugak bila dah depan camera. Nasib baiklah aku ni fleksibel, tak kisah kau nak taram gaya apa, keje aku snap jer. Padahal dalam hati. HAHAHA! Sengal betul budak-budak nih. But be profesional dude.
Yang tak menahan tu bila nak mengedit. Memang bantai gelak jer. Sambil menyambil edit aku layan lagu Jazz minum air nescafe tiba-tiba gelak mengilai pagi-pagi buta. Jiran bilik semua ingat aku dah gila ke hape. Mana taknyer, aksi dorang semua memang MasyaAllah pengsan aku dibuatnyer especially girls. Gambar mereka tak boleh aku share, gambar lelaki jer aku share yer. Tak baik buka aib orang, nanti Allah bukak aib kita kat akhirat nanti. Kuikuikui.
*Tapi untuk gambar Najwa, Zai dan Syahira aku dah mintak izin dah. Dorang tak kesa. Korang memang sempoi. :D
Untuk portrait kau kena pakai lens camera yang aperture dia serendah f1.8. Certain lens sahaja yang boleh capai tahap ni. But the most sharp and good lens for portrait adalah Nikon 50mm f1.8. Lens ni aku dah beli dari last year. Tapi jarang pakai sebab tak tahu nak amik gambar saper. Kalau ada bini boleh jugak aku ajak dia honeymoon ke Goa sambil menyambil photoshoot di sana. Alaaa… macam dalam cerita Lagenda Budak Setan tu Farid Kamil pergi outing dengan Lisa sambil photoshoot. Setiap mimik muka ayu, senyum manja, marah dan sedih Lisa semua dia snap. Aku suka simpan reaksi-reaksi wajah orang tersayang contoh wajah mak dan abah. Teringin aku photoshoot dengan bini gaya-gaya gitu. Then cetak buat frame besar-besar letak kat rumah kami. So sweet… (dia dah mula da).
Okeh, sambung balik… lens ini jugak murah (paling murah dalam range lens Nikon), berharga RM400 siap dengan UV filter Hoya. Beli kat flipkart.com. Ini pun Adib yang rekemen suruh beli. Untuk photographer, lens ini adalah wajib ada. Kegunaan dia selain portrait adalah untuk candid in low light condition. Yang tak syok tu dia ni prime lens, tak boleh nak zoom. Kau yang kena bergerak untuk dapatkan jarak dan angle yang menarik. Setting aperture adalah f2.8. Shutterspeed >125, depends on light condition, lagi tinggi lagi bagus. Gambar jadi sharp! ISO 200-400.
Dalam portrait photography lighting amat penting. Aku telah  pinjam speedlite SB900 dari Azam. Nak beli tak mampu woo. Almost 2k, nanti-nanti la kan 2 3 tahun lagi InsyaAllah aku beli bila teknik photography dah mantap duit pun kepuk. Kemudian aku gunakan background dinding putih dan kebetulan pulak dekat reception girls hostel ada satu ruang partition yang totally kosong and lampu fluorescent kiri kanan belah atas. Memang dah smart dah tu. 

Nak tambah lagi lighting biar kasik mantap aku gunakan 3 lampu study putih dan satu lampu study kuning supaya gambar ada nampak natural sikit. Lagikan ada speedlite jadi lagi jelas semuanya. Adib ajar gunakan teknik off camera and CLS. Flash menggunakan trigger dari build in camera utk trigger speedlite yang aku tembak dari aras kanan belah atas. Korang mesti tak paham kan?

Asal boleh. D.I.Y
Lupa nak roger. Sepanjang sesi photoshoot ini aku telah dibantu oleh Shi, Deeba, Sya, Mimi, Dayah, Shikin dan Akhyar. Sedikit sebanyak aku telah ajar mimi dan dayah teknik-teknik tangkap gambar portrait. Dorang pun berminat nak belajar and aku pun perlukan bantuan untuk snap gambar girls yang malu-malu bila Abang Aidil yang snap. Opss!!

Kau nengok menyempat Shi curik tulang masa bekerja. Huhu.
Kemudian kena pulak tangkap gambar semua lecturer from each department. Yang ni kan memang syok. Dengan slumber ayam aku boleh suruh Prof KJ, Director dan lecturer semua buat gaya freestyle. Dia anya aku nak freestyle tu macam mana. Aku jawab, buat gaya peace and good. Dorang ikut la pulak.! Adoyaii!! Comel memang comel. Sempoi betul lecturer kami ni. Kemudian photoshoot jugak untuk each batch.

(sila click untuk resolusi besar).
Seniors, 44 (sila click untuk resolusi besar).
Juniors, 83 (sila click untuk resolusi besar).
Kat sini nak buat geng camera agak susah sikit coz ramai yang ada DSLR tapi tak semua pandai guna setting yang sedia ada. Nak tak nak kena belajar sendiri kat internet tanya kawan-kawan. Neway, aku pun takde masa sangat nak pergi outdoor photoshoot amik gambar bagai. Hanya sesekali jer bila backpacking ke Goa, Mumbai, Kashmir or kemana-mana saja barulah aku snap. Itu pun dah naik bosan dengan suasana India. Camera D90 ni dah jadi lunyai wa cakap lu. Waduh! Sedih aku nengok. Hadiah dari mak ni.

Seperti yang sedia maklum, tahun ini aku ada plan backpacking besar punya ke Australia bulan 8 nanti bersama-sama Azhar dan Saiful. Kami pergi under Voyage Project (ciptaan kami dari sport and cultural bureau). Untuk Voyage aku akan cerita dalam next entry k.
Weehhhuuuu!! tak sabar nak ke Aussie. :D
Dan untuk trip ini jugak aku berharap sangat kalau ada rezeki nak tambah lens wide-angle Tokina 11-16mm f2.8 harga 2k. Waduh!! Mana nak cekau duit. Untung bisness kain ritu pun cukup-cukup jer untuk tampung perbelanjaan kat Aussie nanti. Nak menabung pun rasa macam dah tak sempat. Lagi sebulan lebih jer nak tamat sesi pengajian 2nd year ini. Elaun pun belum tentu masuk sebelum balik Mesia. Dah ler sekarang rupee jatuh teruk. 

Itu jela kot yang dapat aku kongsikan untuk entry kali ini. Enjoice tengok gambar-gambar yer :D

p/s: kesemua gambar-gambar ini dijual pada mereka yang berminat. Untung jualan akan didermakan kepada SIDRED bagi menampung dana penerbitan majalah VARNA. Tapi sampai sekarang masih tak settle jualan. Pada mereka yang nak, boleh PM saya yer. :D


Candid collection 
Queen control :(

Kami macho!
Jangan Gay sangat boleh? Kahkahkah!
Hamboi! Lentik.
Yang budak-budak ni tak boleh tak menyibuk kalau aku tengah keje. Dengan seluar tidurnya. Haha!


Thursday, June 14, 2012

Men are from Mars, Women are from Venus

Best Blogger Tips

Setelah sekian lama aku disuruh dan dihasut beli buku ni, akhirnya aku belilah jugak Mens are from Mars, Women are from Venus dekat Flipkart.com. Femes buku ni, International bestseller. Untuk pengetahuan semua, saya memang tak suka baca novel or buku-buku ilmiah especially novel English. Dah memang habit tak suka membaca dan lebih suka observe dan mendengar. Even buku pathology dan pharmacho pun baca skip-skip amik yang penting jer inikan pulak baca buku soal relationship. Adoyai…
Tapi disebabkan membe punya pasal. Yat mangat benor nak aku baca, bagus benor katanya. Elok untuk hang kalau nak kenal girls tu macam mana. Tahu macam mana nak approach pasangan yang lain jantina. Macam mana perangai wanita bila dia sedih or gembira. Reaksi lelaki yang sepatutunya terhadap situasi begitu begini. Macam mana nak kenal pasti perbezaan antara lelaki dan wanita untuk cari titik persamaan supaya dapat capai kebahagiaan dalam relationship.

Apa kejadahnyer aku kena fikir benda-benda macam ni? Awek pun takde, lagi mau fikir benda-benda gini. Kalau syok-syok sendiri berangan tu adalah sekali dua (padahal selalu). Mungkin Yat kesian tengok aku single lama sangat. Macamlah aku ni teruk sangat kan sampai perempuan pun tak nak. Hello!! I ramai peminat okeh! Cuma I jer malaz nak layan skandal-skandal yang ramai tu haa. I nak simpan cinta dan kasih sayang ini buat si bakal ISTERI yang bertuah nanti. (dah mula dah)

Mungkin juga input buku ini sebagai persediaan untuk terima juniors (girls) baru tak lama lagi. Yeayyy! (dah memang dasar lelaki). Mungkin sebagai persediaan untuk bertunang tak lama lagi. Ehem! Mungkin sebagai persediaan untk berumah tangga. Ehem ehem ehem! (Jangan berangan boleh?)

Buku ni actually dia bukan buku jiwang or untuk relationship semata-mata tetapi lebih kepada character building. Kira macam untuk inner self, ajar lelaki supaya low down your ego please and girls pliz stop crying, I’m here for you. Ego lelaki terletak pada competency, ego perempuan pula pada relationship.

"When men and women are able to respect and accept their difference, then love has a chance to blossom."
Actually semua ni common sense, kita boleh belajar sendiri melalui pengalaman tak perlukan panduan yang rigid. Cuma bagi sesetengah mereka yang kadang-kadang tak perasan benda-benda macam ni. Tak tahu nak jaga hati pasangan, tak bijak kawal ego dan perasaan. Mudah ikutkan perasaan. Sering kali memberontak soal cinta. Emo sana sini. Kejap-kejap tacing, mengajuk then baik balik. Alah... benda-benda biasa orang berkapel. Paham?

Bila baca nanti kau akan selalu "Owh yeke? Ey betul ke? Aaah laaa.. Patutlah... Aah ek, baru perasan." Bila bunyik-bunyik ni banyak keluar dari mulut dan otak kau, maknanya betulah tu kau faham mesej dia. Tapi tak semuanya betul. Ada macam tak berapa syok sangat, but mostly betul jugak mesej dia. John Gray ambil masa 7 tahun kaji pasal how to build long lasting relationship. So jangan sia-siakan usaha beliau. Cepat-cepat beli buku ni then apply pada pasangan memasing.
*praktikal hanya untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja, yang berkapel jangan nak menggatal okeh. BAHAYA!

Oleh itu, bagi mereka yang berkenaan belilah buku ini. Good for you and of coz good for me too yang bakal berumah tangga tidak lama lagi. Kehkehkeh! Juga bagus untuk mendidik diri ini supaya kawal sikit hormon tu. Jangan meliar sangat. Bijak sikit jaga hati wanita, jangan biasakan habit menganjing bergurau buat orang terasa sampai kesok sedih. Untuk mereka yang noob tak tahu nak approach perempuan, better kau beli buku ni.

Aku pun tak habis baca lagi. Baru habis chapter 4 dari 13 chapter. Weekend ni after endblock aku marathon habiskan baca cepat-cepat coz ada sesi book review bersama Yat. Juga ada sesi tazkirah cinta bersama Adib, Alan, Iwadh, Gan dan Afiq Aizat. Apalah gila semalam masa dorang lepak-lepak bilik aku ni, saje aku cakap nak share sumthing from this book. Then semua melayan. GILA. HAHAHA!
Tak bolehlah nak cerita lebih pasal buku ni sebab aku pun tak habis baca lagi. Next timelah kot. Cuma nak bagitau kat korang semua yang aku ni masih ada. Sebulan lebih jugak tak hupdate kan. Rindu ey?? Kesiannn… Sabar-sabar 2 3 hari lagi aku hupdate sikit sebanyak pasal benda-benda yang berlaku selama sebulan ni and nak share sikit pendapat.
*Menyampah! gaya macamlah ramai sangat orang baca blog dia. Huh!

p/s: Aku update entry ni dicelah-celah keletihan membaca buku hubungan etnik untuk exam MCQ esok hari (MCQ je pun).