Sunday, May 13, 2012

Happy BUFFday Aidil Yusof (22)

Best Blogger Tips


Seminggu sudah titew menyambut HAPPY BIRHTDAY. Yeaayy...!!! Opss.. Syukur ALHAMDULILLAH. Secara officiallynya titew sekarang dah berumur 22 tahun, dah besar dah boleh kawen. Tarikh birthday titew jatuh pada tanggal 6 May yang lalu (ingat tau jangan lupa). Fakih cakap “Dil, jangan tulis “birthday” tapi “buffday” sebab kau memang betul-betul besar dah sekarang” (bukan setakat besar je Fakih, ketak pun yer. Ahaks!)
*Apa titew titew ni? Gelilah...


Ini 2nd time aku menyambut buffday diperantaun. Memang saja aku hide tarikh buffday kat fesbuk coz tak syok orang wish buffday sebab fesbuk dan bukan sebab dia betul-betul ingat. Setakat ini ada 3 orang kawan (selain family) yang memang betul-betul ingat besday titew  dan mereka akan wish on time punyalah (sayang dorang semua). Family semua wish awal lagi dah. Bila dah besar ni nak celebrate besar-besar ada kek segala bagai macam segan-segan gitu. Cukuplah sekadar bersyukur yang umur dipanjangkan. 

Tapikan, tapikan, tapikan... Titew nak bagitau sumthing tau (dah mula dah gedik dia). Apa yang spesel pasal Buffday titew kali ini kan adalah.....

Tadaaaa!!!
Tadaaa!! Flight ticket pergi balik ke Australia selama 15 hari. Weeehuuuu!!! Syoknyerrr!!! Trip backpacking ini membabitkan 6 destinasi iaitu Perth, Adelaide, Melbourne, Canberra, Sydney dan Brisbane (Gold Coast). Yang best tu Airasia X memang tau-tau jer yang 6 May ni BUFFday titew. Pastukan dia buat pulak promo selama seminggu bermula 30 April – 6 May ke Aussie. Pergi balik RM 1339. Murah kot!! Apa lagi la kan. Mestilah beli. Tq Airasia “Now, everyone can fly”

Pakai duit siapa?? Mestilah guna duit titew. Penat tau titew bersusah payah kumpul duit bisness kain semata-mata nak backpacking tahun ini. Details trip akan titew cecite dalam entry akan datang. Saje nak bagi you all jeles okeh!
*Gedik betul budak nih.


Pastukan, pastukan.. apa yang best lagi pasal BUFFday titew kali ni kan, kita sambut di Goa bersama Geng Singham. Syoknyerr...!!! Macam-macam drama lawak yang boleh terbaring tergolek gelak kalau dicerita. Dari awal bertolak sampailah lastday memang tak henti-henti bergelak sakan (pergi Goa memang selalu macam ni). Neway, last year pun sambut di Goa jugak, tapi dalam bas (on da way). Kali ni titew sambut betul-betul di Goa. 


Lagi tacing tu kan, bila budak-budak nih request kat live band di Souza Lobo Restaurant  untuk nyanyikan lagu hepi besday untuk titew. Tapi slek masa dia nyanyi titew takde, pergi ATM cucuk duit. Request kena tulis atas kertas dulu and tunggu giliran baru dia akan nyanyikan. Ngam-ngam time titew pergi ATM dia nyanyilah pulak (spoiled betullah). Sempat Zharif rekod orang tu nyanyi. Yang tak menahan tu, wish budak-budak nih untuk titew adalah “Stay cute and muscular forever”. HAHA! Sengal! Ini semua Hafiz punya kepala.

S.I.N.G.H.A.M   Auummmm!!!
Inilah dia hadiah dari Goa. Hamik kau sunburn. Itulah akibatnya nak tayang sangat biceps. HAHA!
Yang paling syok tuh makan seafood. Pergh! Puas la gila. 7 bulan di India tak pernah aku makan seafood heaven macam nih. Lagi syok tu, Zharif belanja lobster sempena buffday titew (again... lobster okeh!). Nabil pulak belanja prawn, aku topupkan sekali squids. Yang lain semua share ikan bakar, nasi, air dll. Memang puas la gila. Wehhuuu...!!

Malam tu semua hepi. Puas bebenor makan seafood.
Balik saja dari Goa, ada small celebration kat Mess (mess jek??) bersama budak-budak sengal (juniors). Haha! Sweet tau... dorang buatkan kek spesel untuk titew bentuk beruang. Tak dapat nak share gambar kek tu sebab terdelete pulak. Aish! Pape pun kek tu memang sedapp!! Lain kali, buatlah bentuk biceps ke, triceps ke, 6 packs ke. Ahaks!

Pada mulanya Zai kononlah nak buat surprise malam 6 May tu. Dia call suruh turun mess kejap. Aku dapat hidu dah ni mesti nak surprise sumthing. Tapi sorie laa... time tu aku dalam bas on da way nak balik. Nak turun apa nyer. Pukul 10 baru sampai Belgaum. Kami shift celebrate keesokan malamnya. Dah tak jadi surprise dah pun. Titew pun memang tak biasa surprise-surprise nih. Kami just lepak-lepak makan kek, makan puding dan pulut. Sambil menyambil gossip mengossip menambah dosa. HAHA!

Pastukan dorang semua hadiahkan titew drumstick acoustic Pro-Mark Viper Rods. Titew suka!! Titew suka!! Tak sabar nak try drumstick nih. Next year memang kena beli drumset la gamaknya. Ada pulak tuh dorang bagi kad birthday “To a wonderful Brother. Happy Birthday!” ayat tu kena betulkan sikit, sepatutnya “To a wonderful, beautiful, cheerful, baikful, ketakful and comelful Brother. Happy Birthday!” haaa...gitu. 

Itu diaaa... acoustic drumstick.
WISH KALI INI
Harapan saya sempena buffday tahun ini  adalah semoga cepat jumpa jodoh isteri solehah? Eyh tak tak, itu wish titew yang ketiga.

FIRST: Semoga saya menjadi lelaki Muslim yang beriman, berakhlak dan berwawasan. Fikiran dan sahsiah diri semakin matang selaras dengan umurnya ini. Sentiasa berusaha sungguh-sungguh untuk jadi baik dari hari ke hari. Menjadi contoh teladan pada rakan-rakan semua. Tak boleh nak gegila macam muda-muda dulu (tapi aku nengok makin gila sengal adalah). HAHA!

Nampak brader-brader tak?? Haha!
Tengah maen Frisbee nih. Macho kan?
SECOND: Saya berharap sangat mudah-mudahan saya habis study medic on time (ini pesanan wajib Sheila setiap kali kami chatting). InsyaAllah!! Pejam celik pejam pelik, lagi 3 bulan jer nak tamat 2nd year. Semoga semangat dan cita-cita saya menjadi Cardiothoracic surgeon tercapai. Amin... (cepat semua amin. Cepat!)

Inilah dia harapan mak abah dan family :D
THIRD: Yang tadi titew citer tula. Nak cepat jumpa jodoh isteri solehah , kawen dan terus buat baby. HAHA!
*
Kau pun tak matang lagi, macam manalah nak jaga anak. Eyhhh.. Luar nampak jer tak matang, dalam tak tengok lagi. 

FOURTH: Saya nak sangat kumpul duit banyak-banyak then nak habiskan travel 2/3 dunia sebelum kawen or kalau terkawen dulu nak travel cecame dengan wife. Hehe! (untung siapa jadi wife saya, jalan jer kita nanti honeymoon selalu).

Last year, Alhamdulillah selesai jelajah India. This year InsyaAllah jelajah Aussie. Next year jelajah Europe pulak. 4th year buat umrah dan jelajah Middle East. Final year, kumpul duit kepuk-kepuk nak kahwin. Ngee... Semoga long term goal saya ini tercapai selama 5 tahun bergelar pelajar medic. Amin.. 

Dah lama tak backpacking macam nih. Kita tunggu raya nanti...
Akhir sekali, saya ingin memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T diatas limpah kurnianya saya diberi rezeki kehidupan, ilmu, kesihatan, keluarga dan kawan-kawan yang serba baik. Thank you Allah.