Sunday, April 29, 2012

Acoustique Night 2012 Davengere

Best Blogger Tips


Baru-baru ini (21/4/2012) kami telah dijemput membuat persembahan akustik di Davengere. Maklumlah kami disini bertuah kerana punyai retis youtube, Deanna Reesha (sila click) dan juga Syahira Kamal (yang bakal meletup di utube tak lama lagi. Sukalah tu aku promote dia).

Aku ni bakat muzik kalau setakat ketuk-ketuk drum dan komen-komen muzik boleh lah. Tapi bila dorang nak buat acoustic, jadi macam bodoh sikit nak main percussion (Cajon) yang tak pernah aku main sebelum ni. Jadi terpaksalah main shaker. Cuba kau bayangkan badan ketak-ketak macam ni disuruhnya goncang shaker. Maka malu dan seganlah muscle-muscle aku nih dok atas stage just goncang-goncang shaker jer. Itu pun hanya main 2 lagu jer. Main salah pulak tuh. Hadoi!

Kami ambil masa dalam sebulan jugak practice itu ini. At first nak perform  sampai 5 6 lagu. Memang dah prepare apa semua, tapi disebabkan organizer cakap maximum 3 lagu total dalam 15 minit. Jadi dikurangkan kepada 3 lagu sahaja. Aku ni just penyibuk jer tengok budak-budak ni practice. Setakat main shaker apalah sangat. Tak perlu nak practice lebih sangat (dan sebab itulah kau main salah masa lagu Zombie. Hahaha! Soieee...)


Perjalanan nak ke Davengere mengambil masa lebih kurang 5 jam. Davengere terletak antara Belgaum dan Bangalore. Kami bertolak ke sana dalam pukul 2 petang selepas aku habis Endblock Assessment. Kami ke sana menaiki tempo memuatkan 12 orang, 5 orang lagi adalah peminat setia kami. Chewah!! 

Apa yang tak best adalah perjalanan jauh sangat dan for sure penat. Bontot aku dah naek kematu kau tahu tak. Tidur bangun balik pun tak sampai-sampai jugak. Lagilah aku dok single seat. Tak muat la gila. Seat kecik sangat. Terkeluar separuh badan aku nih. Nasib baik ada aircond. Kalau tak, boleh sawan aku dalam tempo tuh. Haha!

Dah macam beruang budak gemuk ni tido. Terpaksa sengetkan badan. Seat tak muat.
Tiba disana dalam jam 6 petang. Settle down di hotel dulu. Lepak solat apa semua then terus shoot ke Chetana Hotel. Tak sempat kami nak buat soundcheck. Hentam sajalah.

Kami mulakan persembahan jam 8 malam padahal event start jam 7 malam. Ini semua gara-gara nak make up artis bagai. Maklumlah nak perform kot. Kenalah nampak vogue, nampak glamer, nampak hotstuff gitu. Lagi-lagi bila tahu ada sesi photoshoot dan bakal masuk dalam blog diskodansa kannn. HAHAHA!
*jangan terasa yer.

Malam tu main macam kelam kabut sikit sebabnya rushing. Setting itu ini terusss perform. Kami bawa 3 lagu iaitu Ombak Rindu (Deanna Reesha), Make You Feel My Love (Syahirah) dan Zombie (Syahira+Deanna). Then ada lagu duet Born This Way by Deanna and Nazrin.
*Ada rekod persembahan malam tuh. Tapi malas nak edit dan upload.


Fuh! Pada aku persembahan kami memang cun walaupun rushing. 5 star aku bagi sebabnya suara Deanna Reesha memang mantap! Vocal dia memang sedap. Sungguh nih aku puji. Lagikan ada audience berbual dengan aku kata dia nih dah macam penyanyi betul. Sedap gila suara. Macam dengar dalam radio bla bla bla... Aku senyumkan jela.
*kau Deanna, tak payah nak kembang sangat ey bila baca. Haha!

Lagikan pulak aku ni peminat setia Maya Karin. So bila Deanna nyanyi lagu Ombak Rindu, aku macam terbayang lagi terangau scene-scene romantik aku dan Maya dalam filem Ombak Rindu. Ops silap! Aoran Aziz dan Maya Karin. HAHA!

 
Ini aku jumpa dalam channel Deanna Reesha. Enjoy!!

Tak cukup dengan itu, kami ada artis baru naik. Iaitu Syahira Kamal. Tepuk semua... Cepat tepuk! Tepuk cepat!!! Hahaha!! Vokal dia tiada kurangnya. Suara ala-ala Adele. Kau suruhlah dia nyanyi lagu Ning Baizura. Memang sejibik wa cakap lu. Kalau kau tutup mata masa dia nyanyi kau macam terbayang yang Ning ada kat tepi, tapi bila bukak je mata “Ek eleh!! Budak nih rupanya”. Ahahahaha!!
* jangan marah yer. Gurau-gurau.

Combinantion suara mereka sangat mantap. Aku target lepas ni nak buat album. Haha!


After settle performed. Macam biasalah sesi photoshoot gedik-gedik apa semua. Lepak-lepak santai berbual dan berkenalan dengan peminat-peminat dari Davengere (macamlah femes sangat). Kemudian kami dinner, pulang ke hotel dan then terus shoot balik ke Belgaum malam tuh jugak. Memang penat gila, nasib baik ada tempah hotel bolehlah mandi-mandi relax-relax kejap sebelum balik. That time badan dah berkicap berkuah apa semua. Davengere panas gila lah gila. Bersyukur aku dok belajar di Belgaum. Sampai di belgaum pukul 5 pagi keesokan harinya. Penat tapi berbaloi lah jugak kannn...

Ada 1 gigi belah kanan tu salah parking laa.. Kena pakai braces nih. ;P
Komen aku “Okehlah not bad”. Yang tak syok tu, kami datang jauh-jauh tapi perform sekejap jer.  Bak kata Wafie “Datang jauh-jauh main 3 lagu jek??! 3 lagu jek??! (sambil buat muka annoying tak nak bagi Nazrin nampak. Haha!)” Tapi nak buat macam mana, bukan event kita. Lagipun kita hanya band jemputan.

Kita perform just ambil pengalaman jer. Nanti bila kita di Belgaum dah complete barang-barang muzik, kita buat pulak show sendiri. Time tu kita jemput The Jacks (Davengere) datang perform sekali. Tapi kita kasik dia main 1 lagu jer. Tak pun, belum sempat dia habis satu lagu kita suruh STOP. HAHAHA!

The Jacks
Neway, The Jacks perform memang  professional. Performance dorang kemas.  Nazrin goreng gitar pun hebat. Vocal tempe sorang tuh smart beb. Suara garau-garau gitu. Awal-awal aku dengar tak syok, tapi lelama ada satu lagu Beat It dia nyanyi. Pergh!! Sedap beb! Almost all of them are talented. Boleh nyanyi dan boleh main percussion.

Jadi itu saja yang dapat aku share dalam trip kami ke Davengere perform untuk Acoustique Night 2012.

Sekian~

Dalam banyak-banyak gambar, mesti aku yang paling comel. Lalalala....

Wednesday, April 18, 2012

8# Wordless W.E.D.N.E.S.D.A.Y

Best Blogger Tips
English Presentation: How to LOSE WEIGHT & GAIN LEAN MUSCLE

Punyalah mangat aku dok present benda ni. Segan pun yer jugak (bajet macam dia tu ketak sangat lagak bagai gym trainer). Harap-harap bermanfaatlah untuk semua. Semoga kita pulang ke Malaysia raya tahun ini dengan adanya sedikit perubahan. Bukan makin boyot lemak berlipat perut berombak-rombak, tetapi dengan serba kurus dan slim ditambah pulak lean muscle yang prominent. Ingat semua keep on motivated!!! (aku nih dah macam Frans la pulok). Peace yawww...

p/s: nantikan entry akan datang, aku nak post isu tentang mari berketak-ketakan. Euwwww....???!!!