Sunday, March 18, 2012

Kalau cinta baik diamkan

Best Blogger Tips
Baru-baru ni, aku ada terbaca satu artikel yang amat menarik dan sungguh terkesan sekali apabila membaca. Iaitu berkisahkan Cinta? Diamkanlah.

Memang tidak dinafikan, seperti menjadi kebiasaan bagi muda mudi masa kini apabila sukakan seseorang, rasa berdesup terus nak confess pada si dia dan terus rasa nak memilikinya walhal pada zahirnya memiliki dengan cara berkapel (zina hati).

Mulalah nanti keluar statement mengusha “Comel lah awak nih. Siyesly comel sangat. Saya pun comel jugak + saya baik :D Kalau kita yang sama-sama comel ni kapel mesti sweet kan?” Statement tackle awek paling noob.

Kalau boleh nak dok sibuk heboh pada kawan-kawan semua yang kau sukakan si dia ni. Dengan harapan nak orang lain tahu yang kau macam dah cop dululah si dia nih padahal orang tuh takde pape pun perasaan pada kau. Kira macam kau nih syok sendiri terlebih perasaan angau semacam.
*Janganlah begitu. Kau macam tutup rezeki orang lain nak masuk line. 

Kalau difikir kembali, suka-suki cinta berjimba yang sebegini lebih kearah nafsu semata-mata. Kecantikan paras rupa dan perwatakan fizikal yang dijadikan sandaran pilihan. Populariti yang dimahukan. Bukannya kejujuran dan keikhlasan yang dicari. Lebih tepat lagi bukannya cinta sejati dan redha Allah yang dicari kerana dari awal lagi cara itu kurang tepat.

Walaupun kita sedaya upaya cuma menangkis perasaan angau tersebut, pasti dia akan datang juga. Puas berdoa dan beristighfar padaNya namun perasaan itu tetap ada. Kalau tak tahan sangat, elok share pada kawan-kawan terdekat (yang super alim) atau mereka yang berpengalaman dengan hasrat mereka dapat bimbing kita supaya tak hanyut dek perasaan angau lagi berjimba. Pilih mereka yang betul-betul boleh dipercayai untuk mengelakkan wrong assumptions atau fitnah. Sekiranya share pada kawan, pilih mereka yang tiada perasaan pada si dia nih (very important). Kang kena rembat membe sendiri menoggeng pulak kau nanti, terus perang saudara.
*tapi mana nak tahu kalau dia pun syok jugak.

Ada juga yang berpendapat kalau kita syok pada sorang nih, jangan sesekali beritahu kawan-kawan yang belajar sama tempat coz bahaya kot-kot dia pun tersyok jugak. Better share pada kawan-kawan yang belajar jauh dari tempat tu. Paling penting adalah niat kita, kita syok si dia ni memang ikhlas dan bukannya bertonggakkan nafsu semata-mata. Juga ada niat untuk segera bernikah jika ada jodoh. Kadang-kadang angau jugakkan bila dah syok sangat. Banyakkan istighfar yer kawan-kawan.

 
Perasaan suka dan cinta itu datang dalam pelbagai cara. Boleh jadi ia datang ditonggakan nafsu semata-mata (memang fitrah manusia). Kemudian diakhiri dengan tindakan yang betul iaitu berkahwin. Allah telah mengariskan pelbagai pilihan berserta panduan. Tanggungjawab kita untuk memilih dan mencorakkannya. Ingatlah bahawa cinta selepas kahwin itu lebih indah, lebih diredhai dan lebih diberkati Allah. 

Aku ingin memberi sedikit ulasan yang boleh tahan diterima pakainya. Kot lah?

Apabila kita sukakan seseorang for sure kita akan rasa ingin memilikinya. Muncul pula persoalan bagaimana cara kita memperolehinya. Adakah dengan berkapel, mendiamkan diri, tenung saje, bertunang atau segera bernikah?

Sebaik-baiknya apabila hati terpaut pada seseorang, diamkanlah perasaan itu sedalam-dalamnya. Tak perlu untuk kau confess approach apa semua selagi kau tak betul-betul bersedia. Bersedia di sini bermaksud adakah kau bersedia untuk menikahinya, adakah kau betul-betul yakin dia itu jodoh buatmu, persediaan rohani sudah takat mana, sudah bersedia untuk convicekan parents masing-masing atau sudah yakin untuk berumah tangga. 

Selagi belum maka kau diamkan sahaja perasaan itu. Kadang kala perasaan suka, cinta dan sayang ini datangnya dari nafsu semata-mata yang didalangi syaitan. 1001 cara digunakan si celaka lakhanat ni untuk sesatkan kau dengan menyelinap  masuk dan menjadikan cinta itu lebih bernafsu. Jangan mudah terpedaya dan perbanyakkan istighfar.

Biarkan orang cakap yang kau ni pengecut, tak gentlemen, penakut, LAME, noob , sengal, bengong apabila kau biarkan wanita/lelaki yang kau sukai itu tak tahu pun perasaan ini. Lebih tragis lagi bila mana wanita/lelaki itu disunting insan lain. Walhal kau dah pendamkan perasaan ini bertahun-tahun cuma kau tak yakin nak sampaikan kerana masih belum bersedia.
Janganlah bersedih.
Itu bermaksud dia bukan jodoh buatmu. Walau pun ia perit untuk diterima namun sesungguhnya Allah itu maha adil dan bijaksana. Dia telah susunkan segalanya dengan kemas dan teratur sekali. Mungkin ini semua adalah ujian sebelum kau perolehi wanita/lelaki yang lebih indah dan mampu buatkan kau lebih bahagia lagi setelah bernikah nanti.  Boleh jadi iannya sebagai persediaan rohani agar kau lebih berjaga-jaga dalam mengawal perasaan. Janganlah risau sekiranya si dia tidak tahu perasaan ini malah risaulah apabila kau terjebur dalam zina hati yang tidak berkesudahan terhadap insan yang tidah halal buatmu.
*Fuh! dah macam ustaz la pulok ulasan dia.

Masih ingat lagi tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

Memang betul jodoh itu datang dalam pelbagai cara. Tetapi hak dan pilihan kita untuk corak cara kedatangan itu. Adakah dengan cara yang betul?  Kalau dah jodoh memang tak kemana. Kau akan kahwin jugak dengan dia. Tetapi sebelum kahwin, bagaimana pergaulan kau dengannya. Adakah cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin. Kau perlu bijak kawal perasaan. Jangan terlalu mudah layan perasaan cinta.

Solutionnya adalah berkawan dahulu dan kenal hati budi masing-masing, tidak perlu confess. Apabila timbul keyakinan approach dengan cara yang betul iaitu minta izin kedua-dua ibu bapa. Mulakan dengan ikatan pertunangan dan segerakan perkahwinan. Percayalah sekiranya niat kita murni dan ikhlas, Allah pasti akan bantu dalam apa cara sekali pun. Berdoa sungguh-sungguh padaNya agar kita tidak mudah hanyut dan leka, malah sentiasa dijalan yang diredhaiNya.

Selamat segera bernikah semua :D

“Wahai kaum pemuda, sesiapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah. Sesungguhnya menikah itu memelihara mata dan memelihara kemaluan. Bila mana antara kamu belum sanggup untuk bernikah, berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu sebagai penahannya”

p/s: Kalau berminat membaca, boleh teruskan baca yang ini Cerita C.I.N.T.A & J.O.D.OH

Tuesday, March 6, 2012

2# MeRaPu MeRaBaN!

Best Blogger Tips
Assalamualaikum stalkers dan skandals semua. Korang sihat? Bagus...

Amacam dengan entry 1# MeRaPu MeRaBaN!? Best baca? Ke rasa nak rumble belasah jer mamat poyo bajet melampau nih. Dengan statementnya yang masuk bakul angkat sendiri, ditambah pulak gambar yang sumpah bajet gila (sedar pun). Tapi bestkan baca?? (dia dah mula dah).

Oleh itu, entry kali ini kita kasik slow down sikit dia punya poyo (Yeke, boleh caya?) Semuanya kerana mood sekarang tengah SEDIH :’(

Kenapa sedih? Sebab dah start sem baru. Commitment terhadap study perlu 200%. Tak nak ulangi kesilapan lalu. Maka berkampunglah kita di India untuk  5 bulan lagi sambil nangis-nangis struggle exam.
*5 bulan je punnn...

Tanpa membuang masa kita teruskan cerita dengan:


Cuti Selanjar 1 dah habis dah :’(
I seday, I seday, I seday... Nak cuti, nak cuti, nak cuti lagi..!!! (sambil hentak-hentak kaki)
*Kau pahal gedik sangat nih. Entah pape.

Cuti dah habis dah. Lepas ini tak bolehlah nak lewat bangun tidur sampai matahari terbenam tu haa, setiap hari nak kena pergi sekolah (Ahad je off), malam nak kena stayup (kadang-kadang je pun), hidup busy study jer (macam boleh caya) dan kena focus exam. Aissssssshhhhhiteruu......
*jangan kau mengada nak mengeluh! Siapa suruh kau gatal amik Medic??!! Okeh fine...!!

Kelmarin Prof KJ roger jumlah pelajar yang lulus boleh dikira pakai jari PERGHH!! (masaklah aku camni). Menurut beliau, statistik sepanjang zaman USM memang standard Selanjar 1 Phase 2 purata yang gagal almost 70%.
*result tak endorsed lagi. Kena hantar case report dulu.

"Apalah nasib result aku nanti?"(Eleh! saje nak letak gambar dia. Bajet ensem la tu)
Masing-masing sedang adjust dengan gaya pembelajaran baru yang lebih kepada applied aspect and practical. Jauh beza beb dengan 1st year. Kalau dulu kau rajin menghafal bolehlah kau nak score exam. Tapi sekarang kau kena faham gila-gila, kau kena hafal dalam-dalam (pharmaco) and kau kena jugak praktikkan. Sebabnya soalan based on how to solve problems. Takde lagi direct question. Semuanya jenis nak kasik kau brainstorm bengong sampai pening then simplifiedkan jawapan kau sebaik mungkin dalam masa yang telah ditetapkan. Maka makin cepat botak kepala kau.

Result Selanjar 1 nanti aku redha dan tawakal jela. Kalau gagal nak buat macam mana. Usaha pun dah usaha. Jadikan Selanjar 1 sebagai batu loncatan dan henjutan paradigma (betul ke ayat ni) untuk lebih cepat sedar diri, lebih fokus pada study, lebih bersemangat menjadi bakal doktor yang berkualiti Chewah! (statement tak menahan).
*kadang-kadang aku selalu tanya pada diri yang "Mampukah aku jadi Dr yang competent? Mampukah aku jadi great Cardiothoracic Surgeon? InsyaAllah...


Actually, cuti lalu tiada aktiviti yang menarik untuk dikongsikan. Macam aku cerita dulu, aku hanya sibuk tolong mak catering. Jumlah tender kali ni takdelah sampai ribu-ribu. Mak pun dah malas dah nak amik yang banyak-banyak. Maklumlah dah tua, kerja pun sorang. Kau percaya tak yang sediakan bahan tumis, masak, packing dll semuanya dia settle sorang (haaa..itulah dia mak aku). 

Aku hanya kuli free (kadang kala berbayar) yang kerjanya tolong beli barang, angkat barang, tolong hantar, hidang apa semua then kemas kasik bersih. Basuh-basuh semua upah orang. (No no no!! I tak suka basah-basah. Nanti nampak sexy bila basah. Ahaks!)  Turut sama yang menolong adalah abah dan abang Awie. Kalau ada tender-tender besar barulah kami roger geng-geng lain.

Itu dia bakal keluarga mentua korang. Hahaha!
Tapi siyesly yang cuti kali lalu macam tenang gitu. Nak kata bosan tak jugak.  Masa banyak dihabiskan dengan catering dan relax di rumah main dengan anak-anak. Malam main fesbuk, hupdate blog dalam masa yang sama stalk jugak bakal bini. Ahai kantoi!

Nak lepak ngeteh pun dengan sapa jer, member-member semuanya dah start sem. Budak-budak Aussie dan NZ yang cuti pun dah balik dah, tinggalah budak gemuk nih keseorang. Kesian~

Lagikan lepas ni makin jaranglah aku akan hupdate blog. Kepada stalkers semua, jangan seday-seday rindu saya ey. Kalau satu bulan satu entry boleh? (gila perasan macam blog dia femes sangat).

Kau tau tak Johor Premium Outlet?
Korang kan tau yang aku baru lepas hilang jaket kesayangan. Jadi balik ritu aku bertekad berangan nak angkat terus jaket mahal punyer. Maklumlah balik ritu duit memang berghibu-ghibu bergebu-gebu berkupu-kupu untung jual kain. 


Akak aku rekemen suruh pergi JPO “ Dah alang-alang kau balik ni Dell (nama manja), baik kau singgah JPO. Boleh shopping sampai pengsan. Barang branded less cecah 60%” aku pun waaahhhhhh!! $$$$$ zzzzzzz.... After settle catering Rabu lepas, terus aku shoot ke JB petang tuh jugak semata-mata nak pergi JPO (kalau dah nafsu). Memang aku fantang kalau ada sale-sale nih. Heeerrrr!!

Firstly, wa nak cakap sama lu yang JB makin mantap siot!! Macam-macam benda baru dah wujud di bumi bertuah ni (bangga betul jadi orang Johor). Betulah JPO memang PERGHH!!! Butik-butik mahal buat less dari 30-70%. Ini tak tipu punyer.

Harganya memang mampu untuk dibeli. Tetapi bila difikirkan semula yang naik nanti duit banyak nak guna bayar hostel, settle hutang bisness,  kumpul duit travel Europe, nak beli food, kasik nafkah kat bini (Ops! terberangan pulak). Terus terbantut nafsu nak shopping, hanya mampu window shopping  jer. Lagi sipi-sipi jer ritu aku nak angkat jaket Armani Exchange. Nasib baiklah cepat sedar diri (sambil tampar-tampar pipi). Terus aku letak balik. Heerrr!!! B.A.H.A.N.A.


Nak sambung sikit yang di JPO ni kau boleh dapat jeans Levis jual max RM 125 (murah siot!), G2000 blazer dalam RM70, DKNY shirts dalam RM99. Clarks 50%, Coach less cecah 60%. Banyak lagi dow.  Memang semput kalau nak cerita semua, tak termampu nak ungkaikan. Nanti terkilan seday sebab tak beli pape ritu.

Kang tak pasal-pasal jadi macam kes Mumbai ritu. Sanggup aku ke Mumbai (during study week) semata-mata nak beli clearance stok ZARA. Sampai-sampai jer tengok hanya tinggal yang tak cantek jer. Kerana kecewa dan sedih tak fasal-fasal aku terbeli kasuk CK (40%). Hamik kau! Puas hati! Hahahaha!


Tak tahulah macam mana aku nak kawen kalau still tak mampu kawal nafus shopping. Mana taknya kerja dok perabih duit jer ni.Harap-harap bakal bini aku tu jimat orangnya. Kalau tak kesian anak-anak nanti makan mess je setiap hari (itu pun dah cukup mahal). Nanti dah kawen aku nak bawak anak bini aku shopping di Kamdar dan Mydin jer. Jimat! HAHAHA!!

Marilah semua datang Johor
Dikesempatan ini aku nak promote kawan-kawan semua marilah ke JB yer. Kau kumpul duit kepuk-kepuk. Nanti aku bawak korang jalan-jalan Sgpore kita pergi Universal Studio dulu enjoy sampai pengsan. Then sambung enjoy diskodansa di  Legoland JB (Hujung tahun ni open. Yeaaayy). Kemudian kita perabih duit sampai papa kedana cendana di JPO. Okeh??!!

Tak lama lagi. Weehuuu!!
Aku sangap nak JAMMING
Iyalah dah berapa lama tak ketuk drum kan. Last ketuk pun masa Battle of the Band Trinity ritu. Pastu terus menyepi tak ketuk tak hape sampai sekarang. Haritu budak-budak nih practice untuk dinner Samudra di penthouse aku, sambil-sambil dengar tu tangan siap ketaq-ketaq gitu nak ketuk.


Rindu beb zaman dulu-dulu hepi diskodansa bila weekend jer dapat berdentum dengan membe-membe. Di Belgaum ni celah manalah kau nak cari studio jamming. Aku bercadang next year InsyaAllah, buat proposal pada Director nak request bina studio muzik di hostel baru kami. Mudah-mudahan dapat la yer. Siyesly, juniors semua berbakat. Memang dah cukup lengkap untuk buat band or even orchestra pun boleh. Cuba kau bayangkan USMKLE ada orchestra sendiri. Dijemput pulak perform untuk majlis-majlis besar KLE. Pergh!!! Hebat...

Last jamming bersama Yat.
Best layan budak-budak
Jujur aku cakap yang dulu aku memang tak suka budak-budak. Pada aku dorang ni bising, mengada dan gedik. HAHAHAHA! (itu semua dulu). Tetapi bila kita dah makin matang otak pun berkembang. Rupa-rupanya best gila layan budak-budak. Tenang gitu. Lagilah anak-anak ni semua petah bercakap, bijak pun iya. Umur 2 tahun siap boleh mengajo aku pasang DVD (LAME gila kau). Sekarang dah balik India. Lagi 5 bulan baru dapat jumpa dorang semua. Rindu dan sedayyy...

Nak jugak sibuk join buat entry blog :D
Yang budak-budak ni kan semua rajin gesel-gesel manja-manja. Aku mana boleh tahan kalau orang manja-manja nih. Jadi aku pun melayan.  Anak-anak terbaru semuanya stok-stok muka bam bam tembam comel. Memang aku geram orang-orang comel nih. Takpe... Lagi 3 tahun dapat anak sendiri pulak. Ahai!
*kau jangan nak verangan. Kawen pun tak lagi. Hahaha!

Rindunya kat dorang semua..
Comelkan kami. Ni Yaya (anak paling kecik).
Banyak idea terbengkalai
Dari sebelum cuti lagi, rajinlah jugak aku menaip itu ini. Boleh tahan banyak idea menarik untuk dikongsikan contohnya Oh India part 2 (dah 7 bulan terbengkalai), Prejudis (9 bulan), Lelaki sensitiif (tak pernah tulis pun)  dan isu kahwin muda (yang memang saje nak bagi bakal bini baca supaya dia pun bersedia). Hahaha!

Bila idea dah takde, kita stop dulu simpan peram untuk ditambah lain kali. Bila dah terlebih peram sampaikan mood hilang terus nak menulis. Korang ingat lagi entry Cerita Cinta dan Jodoh. Alaaa yang meletup tu. Hah, itulah dia. Kau tahu, 6 bulan baru siap entry tu (tak tanya pun). 

Kita buat blog ni bukan saja-saja nak post entry merapu meraban (kecuali entry ini). Kalau boleh ada mesej gitu. Chewah! Macam biasa... yang baca blog ni bukan calang-calang orang (ehemmm!!)

Jumpa ni dalam wallet mak. Hehehe!
Penuh siot gym NRI.
Sebulan jugaklah tak masuk gym. Sekali balik ritu. PERGH!! Ramai siot. Bila dah ramai bau pun memang HEERRR!! (lagi-lagi bau tempe). Juniors semakin ramai yang follow gym. Pasni tak bosanlah sangat bila bergymming. 

Cuti ritu sempat aku ketemu senior lama High School BP dulu, tengok-tengok Pergh!! katang siak body.  Itu dia pakai baju tu sebab nak solat Jumaat (jumpa di Masjid), kalau dia bogel boleh cair aku, Eyh silap! Memang aku lari time tuh. Hahaha!

Oleh itu, balik ni aku bertekad nak kasik ketak katang lagi. Kasik nampak lean muscle and shaping . Tak nak buff-buff. Tak smart! Kang bakal mak mentua tengok, dia ingat aku ni gergasi ke hape datang nak merisik anak dia. Kita kasi buang lebihan lemak di perut sambil kasik ketat sikit muscle-muscle tuh.
*geli lucah siot kau citer pasal body-body ni dalam blog. Okeh maaf semua...!!

Over sangat nih!