Tuesday, February 28, 2012

SAMUDRA USMKLE 2012

Best Blogger Tips
Pada cuti Chinese New Year yang lalu, kami pelajar-pelajar USMKLE telah berjaya menganjurkan our 1st Sports Fest, SAMUDRA, yang diterajui Sports and Cultural Bereau. Pada awalnya kami bercadang mahu selitkan juga event cultural tetapi atas faktor masa, tenaga kerja, jumlah peserta dan timing hanya sports sahaja yang termampu. Alhamdulillah, event lalu berjalan dengan lancar. 

Kerana kami adalah pioneer, kami jugalah antara yang mencorak dan memeriahkan suasana pembelajaran disini. Tak kanlah nak dok belajar memanjang ye tak. Tak berkembang otak nih. Sekali sekala kena ada jugak aktiviti kokurikulum ye dak.

Kenapa pilih SAMUDRA?? Kerana Samudra bermaksud gathering of the ocean. Himpunan lautan ini melambangkan kita students Malaysia yang jauh merantau ke luar negara menimba ilmu dan disatukan dalam satu event seperti ini. Chewah!!
Kesemua pelajar USMKLE  1st and 2nd batch seramai 127 orang (sikit kan) telah dibahagikan kepada empat house yang diambil dari nama-nama lautan iaitu Atlantic, Arctic, Pacific dan Celtic. Cuma Celtic (terletak di Ireland) sahaja yang bukan nama lautan. Kenapa amik Celtic? Sebab tak glamer kalau ada nama house Southern or Indian. Nampak geli!  Jadi pilih jela Celtic. Ala-ala ada ‘tic’ kat hujung tu nampak cantik dah.
*kau nak ke nanti orang sorak Indian! Indian! Indian! Indian boleh!! Indian is hot to go, H.O.T. T.O G.O! Auummm..!
Owh!! No no no... !! Tak glamer gitu.


Untuk SAMUDRA kali ini, lebih kurang 17 acara telah dianjurkan termasuk acara lelaki dan perempuan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu acara trek dan sukan berkumpulan yang berlansung selama dua hari. Last day, kami adakan dinner penyampaian hadiah.

Seperti yang sedia maklum, pengajian kami disini sejajar dengan pengajian pelajar-pelajar di USMKK. Soalan exam, tarikh exam dan holiday semuanya serupa. Oleh itu, setiap kali cuti Chinese New Year, kami akan adakan SAMUDRA. Ini termasuk dalam takwim tahunan kami.
*Setiap kali cuti Chinese New Year, semua orang haram balik Msia. Wajib join especially juniors. Haha!

SAMUDRA 1st poster.
Feedback dari orang ramai mengatakan SAMUDRA 2012 Best & Awesome. Selaku project manager, aku ingin megucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama dari semua pelajar dan staffs USMKLE dan JNMC. Ribuan terima kasih menggunung diucapkan pada semua ahli Sports and Cultural Bereau. Korang semua memang kommited!! Aku sayang korang semua (ikhlas dan jujur nih).

Disebalik SAMUDRA 2012

Cetusan idea
Ideanya tercetus semasa aku tengah breakfast di cafe. That time baru balik dari Legenda, terfikirlah soal aktiviti untuk students tahun ini yang kebetulan kami ada cuti raya cina satu minggu. Cuti pulak tu serentak semua batch dan ramai yang tak balik Msia. Cantik dah ni. Sempatlah aku berangan kejap fikir macam mana nak conduct apa semua. Games apa yang nak dibuat, tema dia apa, bajet celah mana nak dikutip, students nak dibahagikan macam mana nanti bla bla bla...

1st meeting will all students.
Esoknya terus buat meeting biro bincang dengan lebih lanjut. Alhamduillah semua ahli menyambut baik idea ini malah banyak idea bernas dorang topup kan. Malamnya, terus aku present pada high committee. Seperti biasa, banyak pertikaian telah berlaku dari segi perlaksanaan, budget, tempat, masa dan sebagainya. Tapi takpe, kita terima juga kritikan semua pihak. Akhirnya, semua setuju. Tibalah masa kami untuk mulakan kerja.

Dalam banyak-banyak cadangan nama yang diberi, aku amat tertarik dengan SAMMUDHARA yang dicadangkan oleh Santhana. Aku check kat wiki. Ia bahasa Sanskrit yang bermaksud gathering of the ocean. Cantik dah nih. So, nama glamer dia kita letak SAMUDRA.  Maksud pun dah gathering. Melalui SAMUDRA semua rumah bertembung dan bersatu (yeke bersatu? bukan semua bergasak ke?)

Event untuk kali ini bertemakan lautan. Untuk sijil dan poster, kami buat konsep ombak dan kapal layar. Kesemua hasil designing direka khas oleh Abdul Wafie. Aku memang salute hasil kerja dia. Kreatif, kemas dan bernas ideanya.


Orang kuat SAMUDRA
Sebelum itu, meh sini aku kenalkan ahli-ahli Sports and Cultural Bereau yang super hot (uwek!), sempoi (sudah tentu), baik (dah tahu dah), kommited (itulah kami) dan AWESOME (yeayyy!!)

Biro kami hanya ada 10 ahli sahaja. Aidil (abang besar punyer), Frans (akak ketak perut 6 packs), Wan Afiq (adik besar), Najwa Latiff eyh! silap Najwa jer (adik besar patah tangan) dibantu oleh Afiq Aizat (gila kuasa masuk sampai 3 biro), Azlan (ketua gym junior), Sufian (vocalist dangdut), Zaiazmah (budak hilang passport) , Syahira (Chasing Pavement-retis utube) dan Jamariah (ketua volleyball).
*Soie korang, terasa nak menganjing. Hahahaha!

Wafie, AfiqW, Aidil, Azlan, AfiqA, Pian.
Jamariah, Frans, Najwa, Zai, Syahira.
Aku dan Frans dilantik semasa undian high committee lalu manakala  ahli-ahli lain (yang semuanya juniors) telah dipilih oleh Wan Afiq. Aku pesan pada dia supaya cari ahli-ahli biro yang betul-betul komited, bersemangat, bersungguh-sungguh, tak meleceh, tak banyak songeh, tak cerewet, rajin dan mudah bekerjasama. Bagus! Dia cari semua yang bagus-bagus (sebab itu aku sayang budak-budak nih). Bukan apa, kita ni kadang-kadang susah nak dapat komitmen, kepercayaan dan kerjasama dari semua orang. Dari awal-awal kita kena pilih mereka yang komited dengan kerja kerana this year akan ada event besar nak kena conduct. 

Sekiranya next year aku diberi peluang pegang jawatan yang sama, aku ingat nak singkirkan dorang semua dan ambil semua junior 3rd batch. Hahahahaha!! Tak Tak Tak!! Aku memain jer tadi. Hahahaha! Mereka semua aku nak kekalkan (kalau dorang sudi). Tambah sikit students 3rd batch pun okeh jugak 
*Ini sudah mesti! Kena cari yang hot-hot, gila-gila dan sempoi. Baru best!

Proses perlaksanaan
Pertama sekali, kita kena tahu apa yang orang nak dan apa cadangan mereka sebabnya semua orang bayar untuk SAMUDRA ni. Jadi kita buat sehabis baik, biar semua orang puas hati. Oleh itu, survey dan cadangan dilakukan melalui Facebook untuk 2 minggu pertama. Segala cadangan games diterima dan diproses mengikut kesesuaian masa dan tempat.
Taklimat ringkas sebelum proses cabutan undian.
Survey design Tshirt oleh Alan.
Pengumuman dan undian pembahagian students dilakukan di Mess. Time nih memang meriah. Seronok aku nengok budak-budak ni terjerit terpekik terlolong sedih apa gila apabila dapat tak dapat satu group dengan member kamcing. House ini akan kekal sampai korang grad. Next year, bakal juniors akan buat cabutan yang sama dan diserap masuk terus ke house masing-masing. Jadi terbentuklah sistem rumah dalam USMKLE. Tujuan diwujudkan sistem ini bukan nak timbulkan semangat assabiyah tetapi mudah untuk kita classified students.

Yeah!! kita semua lain team. Mari bergasak??!!
"Takde... Aku nampak kau tipu masa undian.
Cabaran
Jika dilihat kembali, masih banyak kekurangannya especially dari segi budget. Kerana kami terpaksa pungut duit dari students. Kolej hanya sponsor 50% sahaja (itu pun dah bersyukur). Budget semua memang tak cukup, tapi kena pandai-pandailah cut sana sini buat paling low cost.

Tempat untuk training pun menjadi masalah dimana kami terpaksa compete dengan tempe untuk training pada setiap petang. Kami sedar kami ini hanya menumpang malah tak bayar apa-apa pun sports fees kepada kolej (students JNMC semuanya bayar) untuk guna pakai court badminton, tennis, basketball, trek dll. Sampaikan benda ini menjadi isu apabila ada yang dihalau semasa training dan ada juga segelintir pelajar yang menyalahkan pihak organizer kerana tidak menyediakan kawasan latihan (sedarlah sikit yang kita hanya menumpang. Again... Menumpang!!!)

Thanx Mr Ravendra. You helped me a lot.
Atas budi bicara director USMKLE, Principal of JNMC dan District Officer (district stadium) kami dibenarkan menggunakan segala fasiliti yang ada dengan syarat mengikut segala peraturan, behave dan tidak timbulkan sebarang kerosakan atau pun masalah. Untuk event ini, trek dan indoor stadium kami dapat gunakan tanpa perlu sebarang bayaran. Terima kasih pada Mr Rave atas bantuan beliau.

Semasa event pula, kami kekurangan tenaga kerja. Dua ahli biro mengada-ngada balik Msia. Herrr!! (Afiq & Pian) Jadi yang lelaki tinggal hanya aku, AfiqW dan Azlan. Memang macam hape kelam kabut nak settle itu ini. Lagi-lagi semasa event berlansung. Masing-masing terkejar-kejar nak siapkan line, nak roger official, bagi penyampaian medal, beri ucapan, kumpul peserta dan macam-macam lagi pada masa yang sama kami pun masuk jugak acara. Herrr!! Walaupun penat, tapi berbaloi apabila semuanya berjalan lancar.


Boleh juga aku katakan SAMUDRA mendidik aku jadi penyabar. Sungguh nih. Aku belajar macam mana nak deal dengan tempe (yang memang perangai pelik-pelik), nak convincekan director dan staff (thnx to Mdm Vidya, Mr Pritam dan Mr Rave), nak dapatkan izin guna trek (yang belum fully siap), macam mana nak cuba puaskan hati 127 students (yang ada segelintir memang xpuas hati), nak manage sport at the same time aku jugak masuk lari apa semua. Banyak sangat beb. Kalau nak cakap makan hati dengan perangai manusia, memang bernanah hati aku ni. Nasib baik ada budak-budak biro dan membe-membe yang supportive.

Aku masih ingat lagi, sewaktu awal-awal aku present idea ni ramai yang macam tak nampak lagi efeknya. Malah banyak jugak yang komen, kutuk, perlekehkan, kritkan pelik entah pape pun ada. Aku tak kesah kalau nak kutuk tegur apa semua. Cuma cara tu biarlah elok, sopan dan betul. Atleast kau hargailah usaha orang lain. Kita ni 1st timer, still belajar lagi selok belok nak organise event. Kalau nak tahu susah tak susah, kau cuba sekali organise event besar macam ni, tengok apa jadi. Bukan nak mengeluh cuma rasa terkilan. Kami organize events macam ini bukan semata-mata nak femes nak mencapub (kalau dah memang femes nak wat cane) tapi sebab kami rasakan ini satu tanggungjawab.
*Tak nak comments banyak. Nanti rosak entry SAMUDRA nih :D

Sesi pembentangan idea SAMUDRA.
Sahabat baik aku Yat berpesan:
"Selalu betulkan niat, yang hang buat semua benda ni kerana Allah".
# untuk menjalankan amanah sebagai ketua biro sukan
# untuk buat satu event mengeratkan ukhuwah kita saudara seaqidah
# untuk awareness menjaga kesihatan, kerana waktu muda, sihat dan kelapangan itu datang sebelum waktu tua, sakit, dan sempit.
"Perghhh... bayangkan kalau betul-betul niat hang semua kerana Allah, dah jadi satu kerja menegakkan agama Allah tu. Of coz lah ada halangan dalam berdakwah, kerana Allah menjanjikan syurga. Bukan janjikan rumah kondo ada swimming pool".

"Dan selalu ingat yang akan menilai segala penat lelah, kualiti dan kuantiti semua kerja-kerja hang ni bukan kawan-kawan batch hang, bukan pensyarah hang, bukan Uni hang. Tak lain dan tak bukan hanya Allah, yang nyawa kita berada di tangan-Nya".

"Aku doakan hang. Semoga berjaya..."
Apa yang best
Melalui aktiviti macam inilah kau dapat lihat wujud ukhuwah dalam diri masing-masing. Seniors juniors dapat gelak ketawa bersama. Boleh kenal sesame sendiri. Wujud semangat kesukanan. Dua tiga minggu before SAMUDRA, kau boleh nampak ramai yang pergi berlatih futsal, netball, badminton, pingpong dan trek. Kan bagus macam tu. Ini tidak, petang asyik dok bilik buat taik mata jer (mana nak sihat), tak pun layan fb tengok Korea. Herrr!!!
 
Bacaan doa dan nyayian lagu Negaraku pada awal pagi event.
Dari sinilah kau boleh tengok muka-muka yang tak pernah bersukan terpaksa bersukan. Contohnya budak gemuk kaki besi ni haa.. Bertahun tak lari (5 tahun ada nih) terpaksa jugak masuk 4x100 dan 4x400 meter (semua wa dapat emas beb). Laju sefantas kilat gitu. Hehehe! Mana nak sangka yang kita ni dah bertahun-tahun tak bersukan berlari terjerit tergedik terlompat tapi kena buat semua tu bila ada aktiviti macam ni.  Yang tak pernah-pernah injured pun terinjured jugak masa latihan, sampai patah tangan tu haa. Ini semua nostalgia masing-masing.

Seronok betul gayanya tuh.
Kalau kau perasan, masa SAMUDRA ritu. Girls yang kita tengok selama ini lemau senyap diam, semuanya terpekik terlolong menyokong rumah masing-masing. Paling tak menahan semasa Tug Of War “TARIKKKKK!!!! 1 2 3 TARIKKKKK!!!!” (habis hilang keayuan masing-masing). Yang lelaki ni haa bila dengar jer, terus kuasa kuda!! Level kuasa naik 60 70x ganda. Hahaha!! Semasa Ironman pulak sampai ada yang terlompat-lompat mangat menyokong. Siyes tak bole blah. Manusia bila dah seronok, habis lupa terus dunia sekeliling. Aku dok pantaun sekor-sekor budak ni memang nak tergelak jer (wa usha pantaun apa semua bukan sebab gatal okeh!)

Kau nengok, mangat tak mangat semua.
Ini pun sama. Tak padan dengan tangan injured. Hehe!
Atlast, semua terbongkang. Rasakan nyerr. Hahaha!!
Dengan adanya aktiviti sebeginilah kita developed keyakinan diri, soft skill, semangat kerjasama dan profesionalisma. Bukan bermakna kita nak enjoy, sorak, berhibur, bergaul dan bersosial. Tetapi kita nak pupuk teamwork dalam pasukan. Yang si lelaki kadang kala malu bergaul dengan perempuan, yang perempuan konpem-konpemlah  la shy shy  ayam. Tetapi apabilah dah satu group of coz kena berinteraksi. For sure, korang akan kenal sesame sendiri. Tahu sedikit sebanyak hati budi masing-masing. Silap haribulan hati terpaut, jatuh cinta, bertunang dan terus kahwin. Haaa... terima kasih kepada SAMUDRA. Disinilah kami ketemu jodoh. Ahaks!!


Antara acara yang dianjurkan (xmampu nak upload semua)

1. Trek 

4x400 meter
100 meter
Pasti ada yang injured.
 2. Futsal


3. Badminton


4. Basketball


5. Table tennis


6. Ironman

Lari dalam guni adalah antara acara Ironman.
7. Sukaneka (galah panjang & baling selipar)

Galah panjang.
8. Dinner & Penyampaian hadiah

Celtic menjadi juara keseluruhan. Menang besar punyer.
Otai-otai :D
Juga ada persembahan dari retis-retis terkenal USMKLE ;P
Makannnnnnn!!!
Sedikit renungan 
Syukur Alhamdulillah aku berjaya organize USMKLE 1st official sports events bersama ahli-ahli biro sukan yang lain walaupun ada sedikit cabaran, kekurangan dan dugaan sana sini, itu semua dah memang lumrah. Sesungguhnya pengalaman mematangkan kita.

Kiranya kami semua pelajar USMKLE 1st dan 2nd batch adalah pencetus kepada sports events ini. Atleast, nanti kami dah grad pun SAMUDRA still wujud. Eventho, 20  tahun lagi bila dah jadi specialist kalau dengar jer students  USMKLE sebut  pasal SAMUDRA kami pun dalam hati “Waaa... 1st SAMUDRA dulu kami yang anjurkan” Terharunya gitu...

Kiranya 5 tahun aku di USMKLE, ada sedikit sumbangan dan jasa pada USMKLE yang boleh dijadikan memori sampai mati :D
Pertembungan empat warna.
Akhir kata
Kami selaku organizer berasa sangat hepi apabila tengok budak-budak medic yang hidup selalu stress, tensen, skema, nerd, hidup buku dan bosan sekali sekala tersenyum riang, ketawa dan hepi diskodansa semasa SAMUDRA 2012. Atleast Cuti Raya Cina 2012 masing-masing ada memori indah. Sekiranya diberi peluang lagi tahun hadapan, kami akan organize dengan lebih mantap lagi. Kita akan ajak semua staffs and lecturer to join dan kita tambah juga aktiviti cultural. InsyaAllah...

Sekian~

Terima kasih pada semua yang menjayakan SAMUDRA 2012.
Suka duka bersama

Arctic Blue
Celtic Red
Atlantic Yellow
Pacific Green
Lek lu. Warm up dulu.
Habis semua terkorban. Hahaha!
Itu dia hero Tug of War. Kuikuikui...
"Kuat lagi bang, kuat!!!"
Seronok benor nih...
Itulah padahnyer bila dah seronok sangat.
Kita jumpa lagi tahun hadapan. Yeayyyyy!!!