Saturday, December 24, 2011

Backpacking North India (Part 2: Bangalore-Delhi-Agra)

Best Blogger Tips

Seperti title entry kali ini, kita akan kupas pula 3 destinasi terawal kami iaitu Bangalore, Delhi dan Agra. Untuk Kashmir terpaksa dibuat separate entry kerana terlalu banyak yang ingin diceritakan (padahal tak tahu nak tulis apa). Ini adalah sambungan dari entry ini, ini dan ini pun boleh.

Pada mereka yang 1st time datang ke India, aku suggest better singgah sekali Taj Mahal. This is one of the Wonders of the World, rugi kalau dah sampai tapi tak pergi even thought Agra takde pape sangat pun selain dari Taj Mahal.

Sepatutnya kami juga akan ke Jaipur follow trip GoldenTriangle Tour (Delhi-Agra-Jaipur-Delhi) by train tetapi atas faktor masa, terpaksa dibatalkan. Walaupun dah setahun setengah di India, aku tak pernah lagi naik train. Takpe kita tunggu trip ke Kerala cuti Chinese New Year nanti (maybe, InsyaAllah)

From Belgaum to Delhi, kita ada dua option. Sama ada ke Delhi menerusi Bangalore atau pun Mumbai Airport. Setakat yang aku tahu, tiada direct flight ke Srinagar. Mesti ada transit di Delhi.  Untuk flight, korang boleh usha Spicejet (lagi murah) atau Indigo Airlines. Terbaru aku tengok flight from Mumbai to Delhi lebih murah berbanding Bangalore, beza dalam Rs 1000. Paling baru, haritu AfiqB tengok Kingfisher pun murah jugak (Kingfisher ala-ala MAS).

Nak beli tiket flight jangan terburu-buru. Kadang-kadang dia buat promotion kita pun berdesup nak terus beli. Kena tengok pada timing (most important). Contohnya, kau amik flight petang from Mumbai sampai Delhi malam, for sure kena stay hotel that night ( budget tinggi). Berbeza kau amik flight subuh (6:35 am) sampai Delhi pagi (9:25 am), so the whole day kau boleh pusing Delhi atau pun kau terus shoot ke Agra (4-5 jam by taxi).

Make sure pilih timing yang memang ngam-ngam dengan plan korang. Untuk trip lalu, aku choose depart subuh pagi yang memang cun timing untuk 8 hari trip tanpa rehat. Turun flight jer terus jalan, takde lepak-lepak kat hotel. Kalau boleh nak merempat jer tepi jalan sebab nak jimat kos. Memang lincah kaduk! Hotel hanya untuk tidur jer. Masa lain semua kami dok berjalan. 

My suggestion, di Delhi tak perlu stay lama sangat. Takde pape pun.  Ada Qutab Minar, Gateway of India, Lotus Temple, Jama’ Masjid, zoo, museum dan bla bla. Kalau kau jenis historical people, berbaloi la jalan sana.

Untuk trip ini kami choose Bangalore kerana timing memang cantik. Bertolak pada awal pagi 6.25 am arrived Delhi at 9.30 am. Tujuan lain kami pilih Bangalore adalah untuk shopping bagpack and wintercloth. Kalau thru Mumbai, menjajo pulak nak cari kedai dan perlu sewa hotel. 

BANGALORE 

Di Bangalore, kami menginap di rumah kawan-kawan MSU (Meon, Hasbi dan Rafi). Kami berada di Bangalore kurang dari 24 jam. Sampai awal pagi (6:00 am) from Belgaum terus tuju ke rumah mereka. One whole day kami dibawa berjalan sekitar Bangalore sambil shopping wintercloth. Sebelah malam pula makan besar di Element. Sedap siot! Trip di Bangalore semuanya mereka yang tolong uruskan. Dapat juga eratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar India disamping save budget.

Pengembaraan pun bermula.
DELHI 

Mengikut plan asal, kami sepatutnya follow trip GoldenTriangle Tour, GTT (Delhi-Agra-Jaipur) setelah tiba di Delhi pagi itu. Disebabkan timing terlari (lewat setengah jam), so terpaksa plan B. Stay di Delhi 1 malam dan seharian pusing Delhi. Nasib baik tak bayar apa-apa untuk GTT tu. 

Nak mudahkan trip ke Delhi-Agra-Jaipur, korang boleh usha GTT. Memang femes pakej ini. Tak silap aku under government (kira okeh la, harga dia standard). Korang boleh bukak website dia. Ada bermacam-macam pakej. 

Plan B, turun jer flight terus ke kaunter Delhi Tourism betul-betul depan pintu arrival. Aku describe plan kami dan dia tolong construct new plan. Dia bagi map and dia akan tunjukkn tempat-tempat menarik, ada banyak giler. Tapi kami choose yang best jer seperti Qutab Minar, Jama’ Majid, Lotus Temple, Connaugh Place dan Gateway of India. Sempat jugak aku mintak dia bawakkan ke Hard Rock Cafe New Delhi nak beli tshirt.

The whole day trip, kami menaiki taxi Tata Indica, lupa la pulak harga dia kasi berapa (Rs 2500 kot). Nak selamat amik travel agent yang under government coz harga semua dah fixed, tapi kau paham-paham jela India. Banyak sangat drama nyer. Di kaunter cakap harga nih, tapi bila nak bayar dia mark up lagi. Kau jangan bagi!! Mintak resit or hitam putih.

Another option adalah kau amik taxi bermeter after keluar je pintu airport. Kau cakap kat dia nak pergi sini sana then bayar ikut meter (lagi murah). Tapi leceh sikit la sebab of coz da akan charge juga masa menunggu korang. Nak deal taxi memang kena hati-hati. Kau kena hebat baca riak muka manusia. Paria ni kadang-kadang bercakap cukup menyakinkan sampai kita pun tertipu. Uih!! Jaga-jaga. Terbang duit kau nanti.

Sedikit info: Ada sesetengah kawasan, taxi or auto memang tidak gunakan meter dan harga hanya guna cakap mulut saje, seperti di Belgaum. Ini kerana mereka gunakan petrol instead of NGV. Di Mumbai, Bangalore dan New Delhi mostly mereka gunakan NGV. Tak percaya cuba kau tengok kat tangki minyak or butt kereta. Besar punya tangki kau jumpa.

Setelah puas seharian berjalan, kami menginap di hotel budget mana entah dia bawak. Hotel dan trip semuanya kami siap-siap discuss semasa di airport tadi. Soal hotel ni kan, kau jangan lupa mintak discount (memang boleh punya). Ada hotel harga dia memang murah dan sangat selesa. Ada potensi harga hotel akan naik jika pergi time peak season. Tetapi berbeza di Kashmir, winter harga hotel sangat murah (off season).

1. Masjid Jama' 


 2. Connaugh Place


3. India Gate


4. Lotus Temple


5. Qutab Minar

Hard Rock Cafe New Delhi
AGRA (Taj Mahal)

Nak mudahkan kerja aku terus tempah siap-siap driver tu untuk ke Agra keesokan harinya. Kami dapat Rs 4500 for 4 members (sepatutnya lagi murah). Keesokan harinya dalam kul 8:30 driver tu datang pick up dan terus ke Agra. Dia cakap perjalanan hanya 4 jam, sebabkan tengah peak season jalan jam siot. Dalam 5 jam setengah baru sampai. Itu pasal lagi cun kalau korang choose GTT (train takde jamming). Actually Agra ni takde apa sangat. Harapkan Taj Mahal dia jer. 


Tiba di Taj Mahal pukul 1 tengah hari terus tuju ke hotel. Settle down apa semua then makan dan terus ke Taj Mahal. Kami mintak nak makanan halal, so dia bawak masuk restoran Muslim. Harga mahal sey, tak termampu nak bayar. Other option adalah dia bawak kami makan baryani special punyer. Aku panggil “Baryani Kangkang” sebab orang yang jual tu duduk terkangkang depan periuk baryani sambil ceduk nasi-nasi tu. Murah beb, Rs 30.

Kau nengok.. Lazat bukan?
Kau berani???
Sedap betul budak gemuk ni makan.
Memang ramai gila orang kat situ, tapi tahap kebersihan dia memang aku pejam mata jela. Makan memang pandang pinggan jer tak tengok kiri kanan, kalau tak memang termuntah tak lalu kau nak telan. Apa yang tak boleh bla apabila aku tengok rupanya pinggan-pinggan yang kami guna tu semuanya tak basuh. After orang lain dah makan, dia hanya kesat dengan surat khabar then bubuh nasi untuk pelanggan lain. Jimban tul! Dah dua pinggan nih dalam perut aku. Tawakal jela, harap-harap tak diarrhea. Tapi siyesly sedap woo, 2 pinggan aku bedal (ayag liuq orang kot yang jadi penambah perisa). Kalau nak try boleh la singgah yer. Kedai ni berdekatan dengan Taj Mahal. Memang kawasan Muslim.


Untuk masuk ke Taj Mahal caj yang dikenakan adalah Rs 750 padahal local people bayar Rs 45. Memang $#@^&*^% kan government India. Mark up harga gila babi. Yang tak menahan tu kan, betul-betul depan kaunter terpampang  harga tu. Jagalah sikit hati pelancong, sorok-sorok la tanda harga tu. Kami tanya kenapa harga mahal sangat, dia jawab kerana kami dibekalkan air mineral dan sarung kasut ??!!! WTF?? Itu je ker sampai Rs 750?? Aku tak paham India nih.

Apabila kau masuk jer dalam Taj Mahal, 1st thing kau akan diserbu story teller sejarah Taj Mahal. Dia akan kerumun kau sambil buat muka-muka sedih tak makan seminggu. Kalau rajin nak mendengar, kau bayar lah dalam Rs 100 (ingat jangan bagi lebih!). Hebat woo... Ada yang boleh speaking French, Korea and Japan (terkebil-kebil jugak aku dengar). Macam kami dulu, taxi driver ni mintak tolong kawan dia jadi tourist guide kami sepanajng di Agra. Dia tolong cariikan makanan halal, hotel, bank, cerita sejarah Taj Mahal dll. Kami bagilah dalam Rs 200. (Maaf, contact number orang ni lupa letak mana).


Cantik Taj Mahal nih. Dalam dan luar sangat berbeza. Luar macam haram kotor, tapi dalam clean gila. Dengan taman-taman sekeliling tuh. Kami tak naik ke atas Taj Mahal tu untuk lihat makam sebab kena beratur gila panjang woo. Tak sanggup. Kami pusing-pusing tengok sekeliling jer. Nanti kau nampak la ada yang macam puja-puja apa semua la (tak masuk kepala aku semua nih).

Belakang Taj Mahal ada sungai dan seberangnya adalah bekas tapak pembinaan Black Taj Mahal yang dahulunya ingin dibina dengan tujuan pada waktu malam Taj Mahal akan bercahaya apabila cahaya bulan reflect  thru BTJ. Korang juga boleh dibawa ke tapak itu mengikut jalan lain. Bolehlah try. Ada kisah konflik disebalik pembinaan BTJ ni masa zaman Kesultanan Mughal.

Dorang sampai picnic2 lagi depan taman tu.
Beratur panjang giler untuk naik ke atas makan tu. Tak sanggup.

Tapak Black Taj Mahal.

Kerja kami tak sudah bergambar.

Pada sebelah malamnya kami dibawa pergi ke kawasan ukiran batu marmar Taj Mahal untuk tengok-tengok dan shopping sikit. Adalah jugak pengalaman mengukir batu-batu tuh (entah pape jer. Ingat aku minat sangat).  

Untuk shopping kami dibawa ke tempat mahal gila yang under government. Barang-barang yang dijual memang original dan berkualiti. Bolehlah nanti nak beli batu-batu permata, pasu ukiran, shawl, saree dan segala bagai. Tengok tshirt je dah Rs 499. Padahal tadi aku tengok depan Taj Mahal tu dia jual Rs 150 jer.


Nanti after korang dah kuar dari Taj Mahal, bersepah penjaja yang datang sambil tarik merayu suruh kau beli barang, kalau kau pandai nego memang untung sangat. Haritu dia nak jual tshirt Taj Mahal Rs 500, aku mintak Rs 50 (cilakak kan sebab tak munasabah) tapi dia tak bagi. Aku up sikit Rs 70, tak dapat jugak. Pastu aku blah, dia kejar pulak dah. 

Last call aku mintak Rs 100, tak bagi jugak. Dia buat muka spender gedik-gedik sedih merayu nak aku beli sambil cakap “Rs 100 is not possible, sir”. Sebab kesian aku mintak Rs 150 if dapat kami borong 7 pasang. Terus dia cakap “Okeh, take it!”. Hah! Kan senang. 

Kalau kau pandai pilih, barang yang dijual pun ada kualiti jugak. Tapi yang pasu-pasu, ukiran Taj Mahal tu better jangan beli. Itu semua bukan pure batu marmar, semua batu kapur campur. Nak beli yang original, beli kat kedai-kedai  government tu.

Ada kisah disebalik gambar ni. Kalau nak tahu, cuba tanya Azhar. Hahaha!
Keesokan harinya sebelum pulang ke Delhi kami singgah ke Fatehpur Sikri, Agra. Ini historical area, kawasan pentadbiran raja-raja dulu-dulu. Cantik la jugak. Entah apa sejarah entah. Aku pergi pun for the sake of taking pictures. Dah alang-alang sampai, singgah jela.


DELHI

Dalam pukul 4 petang kami bertolak balik ke Delhi untuk persediaan ke Kashmir pada keesokan harinya. Time nih memang penat giler siot. Memang semua bantai tidur je sepanjang jalan. Sekali sekala masing-masing terjaga jugak risau-risau driver songlap duit or wallet (bukan boleh percaya sangat paria nih). Sepanjang perjalanan tu nanti kau akan nampak ramai gila unta-unta yang gila besau bawak padi-padi dan hasil tanaman. Macam rasa ala-ala di Kedah gitu sebab kiri kanan sawah padi. 
 

Sampai sahaja kami menginap di hotel yang memang dekat dengan airport (10 minit naik taxi). Kawasan ni memang hotel berlamabak. Kau cakap jer nanti dengan driver tu nak hotel yang dekat dengan airport. Dia tau la tempat ni.

Hah! Disini hotel ada bermacam-macam jenis. Kau kena particular sikit. Ada yang memang murah, tapi tahap bilik dia memang haram jadah. Teruk siot! Sebabkan kami ni noob, driver tu bawaklah kami ke satu hotel ni yang murah. Alasan dia hotel-hotel lain semua mahal dan hanya hotel ni sahaja yang elok (padahal ni semua kroni-kroni dia). Kena dah letih sangat, kami masuk jela check in. Dah bayar apa semua masuklah bilik hotel. Gila kotor siot. Dia punya cadar memang cukup kotor. Hussien siap kena infection lagi. Mata dan muka bengkak. Hamik kau! Pukul 3 pagi Hussin mengamuk dengan receptionist. Bergaduh soal service macam taik. Atlast dia kasik discount 50%. Herr!!!

Awal paginya dalam pukul 5 pagi kami menaiki taxi ke airport untuk trip ke Kashmir pula. Semua memang gembira kerana trip kemuncak baru sahaja bermula.

Ini area hotel yang aku cakap tu. Dekat sangat dengan airport. Kalu dia bawak stay sini memang betul la tu.
TIPS: Untuk junior yang bakal ke Kashmir pada cuti Selanjar 2 nanti. Aku cadangkan kau berlatih jalan sorang-sorang ke Marutigali, Khader Bazaar, Tilakwadi, Fish market dan mana-mana sahaja tempat yang ramai orang. Tujuannya adalah untuk build confidence dan buang rasa takut berada di tempat asing. Sambil-sambil jalan tu kau berbual dengan tempe-tempe tepi jalan tu. Belajar explore tempat baru dan sekali-sekali try deal harga barangan. InsyaAllah, nanti kau hilang rasa cuak bila travel ke North India. Lain state, lain perangainya. Mentality mereka juga berbeza. Be prepared for all this.

Selesai sudah cerita kali ini. Nantikan cerita di Kashmir pula. 

Sekian~

Backpacking North India (Part 1: Intro)

9 comments:

  1. teringin sangat nak ke India..maybe next year..maybe tanya Aidil skit2 nti.

    ReplyDelete
  2. ok this is my second attempt commenting on this blog. the first one was a failure. bummer.

    a friend of mine suggested to read your blog. frankly, i only read this one entry in particular hence the comment. surprisingly i was so hooked up by your ideas of traveling bla bla what not. cool kot.

    was planning to go to india soon. this is a great guide. my only concern is, since kau pun doctor, how we survive with water in india? any tips? coming from a person who cuak gila towards ecoli and salmonella, this concerns me much.

    goodluck with your #rtw mate!

    later
    -kerol-

    ReplyDelete
  3. akak tak sabar ni nak explore agra and delhi..

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.. Bab mkn tu i like. Dah konyang br tgk keliling eeh.. Nasib ada pinggan lagi, kat mesir, roti idang direct atas meja no pinggan2. Roti ruji dia org letak atas footpath terus. Terngangga den negoknye..
    Bab entrance fees tu standard, petra jordan, tourist byr JD50(rm200), local byr JD2(rm8). Mesir sama gak. Byk negara yg cam gini especially yg pelancongan income utama. Sabah pun gitu.. Senyum je kita bayor, gi oberC kelat je nak kuar duit sbb kita lak jadi tourist.. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. sorry bro, tnye skit, bhse yg diorg gne english jgak ke?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.

    mcm mana kmi boleh dptkn contact number u?

    ReplyDelete
  7. Salam, mana sambungan cerita trip ke Kashmir? Let me know okay. Mcm nk backpacking ke India. Kalo ade buat itinerary boleh tak email ke shafikanur97@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. citer ko mmg lawak tahap babi utan, hahaha...bahasa ko mmg mantap, aku suka, email aku gspotcleaner@gmail.com

    ReplyDelete
  9. citer ko mmg lawak tahap babi utan, hahaha...bahasa ko mmg mantap, aku suka, email aku gspotcleaner@gmail.com

    ReplyDelete