Saturday, September 3, 2011

USM KLE Community Placement 2011

Best Blogger Tips

Group 2 @ Aradhana Mentally Retarded School
Disini ada video lama yang aku terjumpa beberapa hari lalu. Jadi aku nak share dengan anda antara social work yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar  1st year MD USM KLE iaitu Program Pembangunan Insaniah Pelajar (PPIP). Ini tertakluk didalam syllabus kita untuk Phase 1. Agak tersentuh apabila melihat kembali video ini. Ironinya, keadaan mereka sangat daif sekali.


Bagi program ini, kesemua pelajar  telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan ditugaskan berbakti sambil beramal kepada komuniti setempat. Program ini berlansung selama hampir 8 minggu. Setiap minggu kami akan ke sana mengadakan sebarang aktiviti yang kami kendalikan sendiri. Kesemua pelajar bagi setiap kumpulan berganding bahu merancang aktiviti-aktiviti setiap kali perjumpaan.

Bagi group 2, kami berkhidmat dengan penuh kasih sayang terhadap kanak-kanak isitimewa Aradhana Mentally Retarded School, Belgaum Fort. Jika dilihat, mereka serba kekurangan dari segi kemudahan prasarana dan tenaga pengajar. Mereka sangat seronok apabila ada badan NGO seperti kami yang datang memeriahkan mereka. Rata-rata pelajar disini adalah dari golongan susah. Mereka seperti disisihkan dari masyarakat, manakala menurut Mdm Vidya peruntukan dana dari kerajaan tidak mencukupi unutk membaik pulih sekolah ini. Kami adalah badan NGO pertama yang pernah datang ke sini. Manakala bagi Group 1 dan Group 3, masing-masing berkhidmat di Sekolah Kanak-kanak Bisu dan Rumah Orang Tua.

Antara aktiviti yang sempat kami lakukan sepanjang 8 minggu adalah menghiburkan mereka dengan mengadakan games, mengemaskini semua kelas mereka, mengadakan jamuan makan, educate mereka soal hygiene dan pelbagai lagi. 

Bersyukurlah kita dengan nikmat kesenangan yang telah kita perolehi sekarang.

Antara aktivit program
Bowling
Origami
Having their breakfast











 Majlis Penutup


This is what we are supposed to do.
Gila-gila candid

Ye! tahu kami gedik. Tapi nak letak jugak gamba ni ;p
Pregnancy Test. Hahaha!





Suka main perut dia. Gendutttt. Hehehe!