Thursday, August 18, 2011

USM KLE @ Belgaum

Best Blogger Tips

Kita teruskan mengenai USM KLE. Tetapi kali ini lebih tertumpu pada apa yang terdapat di Belgaum dan mungkin sedikit advice tentang kehidupan yang bakal anda tempuhi setibanya disini. But don’t expect too much, this is India. 

Waktu kami dulu, memang sukar nak dapatkan  gambaran mengenai Belgaum. Maklumlah ini program baru dan kami pula adalah pioneer. Hanya sewaktu perjumpaan bersama MARA sahaja ada sedikit taklimat yang disampaikan Prof Kj, disertakan sekali video-video campus disini.  Jika  dulu,  kami google pun entah pape yang keluar.Thru Wikipidea juga ada sedikit info tentang Belgaum.

Tetapi sekarang tidak lagi bukan? Apabila taip sahaja USM KLE @ google. Serta merta akan keluar bermacam-macam website. Diharap post kali ini dapat memberi keyakinan pada anda semua bahawa Belgaum tidaklah seteruk yang disangkakan. Dari segi facilities, hostel dan bandarnya sudah mampu membuatkan anda semua terus survive disini (macamlah kampong sangat kan?). Malah kemudahannya lebih baik dan setaraf universiti di Malaysia.


Pada makcik dan pakcik sekalian janganlah risau. Mereka semua selamat bersama kami. InsyaAllah akan kami guide mereka semampu yang boleh. Pada awalnya pasti makcik pakcik risau nak lepaskan anak-anak ke luar negara. Begitu juga kami dulu. Kalau ke UK, Australia, US, German okeh lagi kan. 

Tetapi bila sebut sahaja India, dahi masing-masing pasti berkerut tanda risau. Maklumlah, India kot. Siapa jer nak datang sini kalau bukan Taj mahal dan Kashmir. Tetapi anda KENA ingat, kita datang ke sini bukan nak enjoy, tetapi nak menuntut ilmu yang mana India merupakan gedung ilmu perubatan yang special dan unik.


Kalau awal-awal lagi niat anda semua datang ke sini nak enjoy, happy-happy, diskodansa  semata-mata. Maka, kau dah silap besar. Memang sepanjang berada disini akan sentiasa sedih dan stress.

Jika orang tanya “India macam mana? Okeh ke?” aku jawab “Kalau nak datang menuntut ilmu memang okeh sangat, tetapi kalau nak enjoy memang tak berapa nak okeh”.

Taj Mahal, Agra
University of Mumbai
Sonamarg, Kashmir
Walau bagaimanpun, anda semua jangan risau. Belgaum ini happening. Takdelah kampong sangat. Ianya bandar keempat terbesar selepas Bangalore, Mysore dan Hubli-Dharwad (thru Wikipedia). Kalau tak percaya, korang boleh tengok lah gambar-gambar dalam post kali ini atau INI. 

Kita mulakan dengan facilities yang terdapat di USM KLE. Kemudian ke town, kawasan shopping, wayang dan tempat hangout yang lain.

Info mengenai USM KLE International Medical Programme


USM KLE  International Medical Programme (USMKLE IMP) merupakan program usahasama antara Karnataka Lingayat Education Society (KLES) dan USM bermula tahun 2007 (jika tidak silap). KLE Society merupakan sebuah badan pendidikan (serupa seperti Kementerian Pelajaran Malaysia) tetapi hanya khusus untuk state Karntaka. Ianya memiliki beratus (maybe beribu) institusi pendidikan dari tahap rendah hinggalah ke Universiti serata Karnataka. JNMC adalah major universiti mereka.

Program ini adalah yang pertama pernah dijalankan hasil kerjasama antara universiti tempatan (IPTA) dan KLES. Iannya menggunakan 100% syllabus dan kurikulum dari USM sendiri cuma perlaksanaannya sahaja di luar Malaysia (Offshore Programme). Maklumlah USM terkenal dengan status Apex University. 


Segala facilities dan tenaga pengajar disediakan sepenuhnya oleh KLES. Mereka sangat komited menjayakan program ini. Jika anda lihat dari segi facilities yang disediakan memanglah hebat. 


Tenaga pengajar kita adalah yang terbaik dari JNMC malah mereka sendiri involve dalam medical research for Karnataka as well as India. Prabhakar Kore Hospital pula merupakan medical research centre.

JNMC, VK & Prabhakar Kore Hospital

USM KLE terletak di Nehru Nagar, Belgaum. Kawasan ini maju kerana adanya Jawaharlal Nehru Medical College (JNMC), Vishawanath Katti Dental School, USM KLE dan Prabhakar Kore Hospital

Jawaharlah Nehru Medical College, Belgaum.

JNMC dan V.K Dental School adalah university perubatan private dimiliki sepenuhnya KLE Society. Seperti yang sedia maklum, campus kita terasing dari JNMC and VK. Cuma tenaga pengajar sahaja kita share. Menurut senior JNMC, kebanyakan student mereka adalah dari golongan kaya raya dari serata India seperti Delhi, Hyderabad, Mumbai, Pune, Punjab dan lain-lain state. Kulit mereka pun ala-ala Hindi. Kalau pandai usha, jumpalah nanti yang comei-comei. 

Main gate to KLE University.
Vishawanath Katti Dental School.

Prabhakar Kore Hospital pula ada adalah private and charitable hospital. Penduduk miskin dan susah di sekitar Belgaum mendapat servis free disini. Kelebihannya adalah pada medical student yang diagnose mereka. Tidak silap, hospital ini menyediakan lebih dari 3000 beds, terbanyak di Asia Tenggara.  

Prabhakar Kore Hospital

Sport facilities disini juga amat menarik. Kita ada court badminton, ping pong, tennis, basketball, swimming pool dan gym. Terbaru stadium Belgaum telah dinaik taraf ala-ala Olympic style. Not bad. Kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan campus kita.

Nehru Nagar

Now, kita cerita pula apa yang terdapat disekitar Nehru Nagar. Dalam radius 1 km dari campus USM KLE terdapat banyak butik, hotel, restoran, masjid, pasaraya, kedai motor, dan macam-macam lagi. Rasanya tak perlu cerita lebih. Tengok gambar-gambar pun dah cukup kan. Bila sampai nanti explore puas-puas.

Marutigali


Marutigali adalah pekan besar di Belgaum. Jika rasa nak perabih duit, sila lakukan disini. Seperti biasa, don’t expect too much coz this is India. Kalau nampak orang slumber pancut kencing tepi jalan, jangan pulak kau bantai tengok or sound. Buat relax je. Lembu kerbau pun bersepah jalan sana sini. Anjing pun tidak terkecuali. Kalau bernasib baik, bolehlah jumpa babi hutan yang comel dan manja sambil berdiskodansa disini nanti. Disini anjing ibarat kucing, bersepah sana sini.


Marutigali juga berdekatan dengan Khader Baazar dan Bendi Baazar. Ini memang tempat nak perabih duit. Banyak kedai kain kiri kanan. Cinema pun ada. Macam-macam ada.

Nanti kau dah sampai sini, ajak membe-membe semua explore pusing-pusing Marutigali. Kau jalanlah ceruk mana pun. Memang sumpah aku cakap kau akan pening. Jalannya bersimpang siur, pergi celah sini nampak orang hitam, celah sana nampak hitam lagi. Ingatkan di hutan je boleh sesat, tetapi dilautan manusia hitam pun boleh sesat.

Tetapi takpe, kau  explore jer. Agak-agak dah pancit tak larat. Kau tahan auto cakap nak balik ke JNMC, Rs 40. Kalau dia mintak lebih, kau tangankan je dahi driver auto tu.

 
Kalau weekend dapat cuti panjang, bolehlah release tension di GOA. Memang seronok dan happening. Lebih kurang 4 jam dari Belgaum. Tetapi ingat, jangan macam-macam sangat apabila ke sana. 

Anjuna Beach, Goa.
Soal makanan

Cuma soal makanan  ada sedikit perbezaan. Mungkin anda semua tidak biasa dengan juadah mereka yang sangat berempah. Agak-agak tak masyuk, kau masak je sendiri. Kata dok overC, belajar la masak. Apa?? Tak ada masa. Hmm, pandai-pandailah bahagikan masa ye. 

Kebiasaanya kami pos bahan-bahan exclusive dari Malaysia seperti belacan, sos cili, sos tiram, kicap, ikan bilis, Milo & Nescafe 3 in 1, Maggi dll. Mengambil masa seminggu hingga sebulan untuk sampai terus depan pintu bilik. Tak silap 1kg RM 10 or 20.

Disini makanan tidaklah semurah yang disangka. Agak mahal jika kau melantak macam hape kan. Biasanya kami parcel dan dia deliver terus depan bilik. Nak jimat masaklah sendiri. Opps lupa, junior wajib ambil Mess. InsyaAllah jimat. Restoran juga bersepah-sepah, boleh je sekali sekala nak merasa famous Indian food.


Kemungkinan anda akan mengalami diarrhea yang teruk (depends). Atleast sekali kerana disini makanan tidaklah sebersih yang disangka. Tetapi kalau kau fully makan Mess, InsyaAllah selamat. Tapi kalau gatal nak try makan tepi-tepi jalan, restoran or hotel. Maka bersedia la ye untuk berak secara berterusan. Tapi after dah kena, perut kau akan semakin gagah perkasa. Akan immune dengan hebat sekali. Ini barulah kita kata cabaran duduk OverC.

Better sebelum datang ke India kau melantaklah puas-puas. Makan segala jenis makanan yang kau mengidam nak makan. Kalau tak nanti nangis bila terkenang masakan Malaysia. Lagi bagus kalau kau belajar masak and bawa jugak buku resepi. 

Berani cuba? Silakan.

Buah-buahan disini lebih kurang sama seperti di Malaysia. Mango hanya boleh didapati pada musim Summer sahaja manakala anggur sukar didapati pada musim ini, biasanya Winter. Disini winter dia best woo wa cakap lu, 10 degree beb. Kau memang tak sanggup nak tinggalkan katil. Mulut berasap beb waktu subuh.


 Barangan eletrik dan elektronik

Siyesly, sini barangan elektronik amatlah mahal. Freezer, kettle, iron, induction cooker dll memanglah mahal. Kami beli sampai tutup mata masa bayar.  Tak sampai hati nak convert, nanti rasa nak nangis.

Handphone ada certain brand harga lebih kurang Malaysia contohnya Samsung, Nokia, LG and maybe Blackberry pun sama. Tapi iPhone jangan harap la, mahal gila. Gadget-gadget ni better beli siap-siap dari Malaysia seperti laptop, iPad, camera, mp3 semua bagai. 

Actually, Belgaum ni not bad. Semua kita nak ada disini. Nanti kalau datang tak perlulah anda semua bawa banyak sangat barang. Hampir semua keperluan asas ada disini.

Rasanya itu sahaja yang mampu aku share. Nak tahu lebih, datang la dulu ke sini. Tetapi jangan jadikan keadaan sekeliling sebagai penghalang untuk anda berjaya. Jadikan cabaran ini sebagai satu anugerah agar kita lebih dewasa dan matang. Betulkan niat anda semua, datang menuntut ilmu dan menimba pengalaman.

Anyway selamat bertemu semua. Gudluck!!!

KOLEKSI GAMBAR
USM KLE Campus

Ground Floor Plan.
Lecture Hall
PBL Room
MDL Hall
 JNMC


Musical Fountain

21 comments:

  1. thanks bro aidil. helps a lot. nampak gambar semua ni lagilaa WHOOO nak pergi. tapi bab makanan mahal kat luar tu, emm, agak menyedihkan, sebab selama ni dgr crita makanan kat luar murah, siap mmpu melantak kat hotel ehehhee. correct me if I am wrong. anyhow, thanks again

    ReplyDelete
  2. actually sama sahaja harga diMalaysia. tak mengapa, nt dah datang masing-masing cuba bajet berapa habis sebulan n compare dgn harga makanan di malaysia. walaupun mahal tetapi kauntiti dia byk.utk girls rasanya mmg lebih. tp klo saya. mmg xcukup.hahaha

    ReplyDelete
  3. hmmm.. nasib baik jugak laa 1st year kne ambik mess.. klau tak tak ke kebulur, gi dgn x pandai masak.. well, siyesly, kampus tu memang cantik..

    aku suka ayat ni "india ni, kalau gi nak enjoy, xde la best sangat. tapi kalau gi niat nak menuntut ilmu, ini memang tempat terbaik.." (sori, modify sikit)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. btul jgk kn.worst part of india.goo idea.ok tunggu ye

    ReplyDelete
  6. whoa,this article inspired me ..
    i'm spm candidates this year..
    trasa nk apply bile dh hbis belaja nnti..mhon doa ya! ^^

    ReplyDelete
  7. YEEHAA~~
    bertambah lega bila baca entri kali nih...
    trimas sebab sudi tulis entri panjang lebar nih... :D

    ReplyDelete
  8. ameer: InsyaAllah.belajar sungguh2 ye.score dlm SPM kamu tu
    Rashdan: yeezzaaa..smangat itu yg kita mahu.dtg dgn smangat dan harapan membara yer

    ReplyDelete
  9. Hey you.if there is any award, I will nominate you for the MOST informative blog. maybe you should ask for it.Good job. hahah jk.

    okay,just nk tnya a Question. maybe an advance one.

    Are we going to participate "LAGENDA", that will be organized by Malaysian Student Association ( I just assume this name) somewhere in Dec? @ Manipal College?

    ReplyDelete
  10. hahaha...this blog is just for suka2.neway thanx

    for LAGENDA of coz we're joining but it depend on your holiday.kalau free mmg join la.sbb best woo lagenda ada makan2 games smua.

    last yr i'm not joining coz i'm going back to msia.

    ReplyDelete
  11. thanx 4 the info..
    nak tanye, mase interview program nie, soklan ape yg dia selalu tanye??

    ReplyDelete
  12. menarik giler tempat ni. thanks buat post pasal belgaum ni, menolong bg pencerahan kat orang2 yang tak pernah jejak kaki kat sini. :)

    ReplyDelete
  13. Saya dpt offer dan fikir nak pegi.......Nak tanya ........kalau nak apply VISA perlu tak dapatkan "No Objection Certificate (NOC) dari 'Ministry of Health? Kalay ya.....bagaimana dptkan surat ni? Satu lagi "Financial Standing" siapa boleh bagi selain bank 'n' dimana nak dapatkan jikalau dpt loan dari MARA?

    ReplyDelete
  14. Saudara Aidil, saya hendak tanya, macam mana hendak kirim barang-barang makanan seperti Belacan, Sos Cili, Sos Tiram, Kicap, Ikan Bilis, Milo 3 in 1, Nescafe 3 in 1, Maggi, dll dari Malaysia ke India? Saya cuba tapi Pos Malaysia dan City Links tidak terima sebab kata mereka Barang Makanan, Ubatan dan benda Cecair tidak dibenarkan. Minta tolong pandangan dan cadangan Saudara Aidil.

    ReplyDelete
  15. SALAM, I have doubt on the Mara thingy. Do diploma student will be given the Mara Loan for usm kle?

    ReplyDelete
  16. I'm student of foundation in science at private university, still have a chance for me to apply usmkle after fondation?

    ReplyDelete
  17. Dalam usm-kle tu sendiri ada masjid tak? Solat memang kat bilik or surau hostel je ke dalam universiti ni?

    ReplyDelete
  18. Salam, saya dari usm induk, penang. saya nk tnya, yuran perpustakaan dan pengangkutan dekat sana mmg mahal ye? dan adakah itu membebankan pelajar di sana?

    ReplyDelete
  19. Salam, congratulations on the very inspiring blog regarding USM-KLE. I would like to ask about the clinical years (Phase III) in USM-KLE? How was your experience?

    ReplyDelete
  20. Hi Friends,
    Compare and Save On a Wide Choice of Lowest Air Fares Today No Fee to Book Over 300 Airlines to Pick.

    Trade Wings Belgaum
    Call us on 7204767659

    ReplyDelete