Saturday, August 27, 2011

My 1st Year Story

Best Blogger Tips
Kelmarin aku keluar mengeteh dengan sahabat baik aku, Kacang, 3rd year medical student di UKM now posting di Sabak Bernam, Selangor. Punyalah lama tak berjumpa, berbual macam nak rak. Kami share cerita pengalaman as 1st year medical student. Bila dengar kisah dia, aku rasa macam bapaknya susah gila medic UKM. Dia cerita masa 1st year belajar macam nak hape, berapa kali dia hampir give up dan berapa kali jugak dia nak menangis bila tiba waktu exam. Rasa separuh nyawa nak passed 1st year dulu. Kini syukur masing-masing sudah lepas 1st year.

So dia tanya aku “Amacam 1st year kau?” Aku jawab “Alhamdulilllah aku lulus Cang, kami semua 44 students 1st batch lulus. Syukurlah”. Then dia tanya lagi “Aku peliklah macam mana kau boleh bahagikan masa berjalan round backpacking India. Lepas tu ada masa pulak kau pergi gym main besi. Sempat pulak tu kau blogging. Aku 1st year macam nak gila kau tau. Main fb pun kadang-kadang jer. Kerja madah pandang buku duduk bilik study jer. Lagilah kalau time nak exam, memang takde life lansung. Sekarang dah masuk clinical bagai nak pengsan kau tau. Haritu membe aku give up medic masa 2nd year. Tapi kau 1st year macam relax jer”. 

Aku terfikir sejenak. Aah ek, betul jugak apa dia cakap tu. Bila aku imbas dan renungkan kembali, boleh tahan jugak aku manage masa untuk 1st year ni enjoy berjalan tak sudah malah syukur 1st year aku lulus. Jadi aku terpanggil nak share pengalaman as 1st year medical student yang tidak seberapa ini. Seriously, I’m not an excellent or genius student but I’m really passionate to become a doctor.
Angan-angan dan impian aku untuk menjadi doctor telah tersemat semenjak dibangku sekolah lagi. Waktu SPM sahaja berapa kali aku keluar masuk hospital. Patah tangan sekali dan kaki sekali. Kemudian, rata-rata family aku mempunyai history of coronary heart disesea. Jadi aku rasakan seperti suatu tanjungjawab untuk protect mereka dan paling kurang pun educate mereka supaya bijak menjaga kesihatan kelak. 

Aku pula anak bongsu dalam keluarga dan parents sangat teringin melihat anaknya ini menjadi doctor. Aku sahut cabaran. Belajar sungguh-sungguh dalam SPM dan Alhamdulillah ditawarkan sambung pengajian dalam bidang perubatan walaupun pada awalnya ada sedikit kemerosotan semasa persediaan Alevel. Kita manusia kadang-kadang leka dan apabila terjatuh barulah kita tersedar.

Sejak sekolah lagi aku dah set siap-siap dalam mindset yang after SPM aku mesti fly overC. Aku sangat jeles apabila tengok gambar senior di UK, German, US, Canada, Australia dan New Zealand dalam ruangan Salam Perantaun di surat khabar. Bila senior datang sekolah jer aku memang teruja yang amat apabila dorang bagitau yang after Alevel akan sambung pengajian di UK. Aku pun waaaa bestnya. Saya nak jugak. Aku terus pasangkan niat yang AKU MESTI FLY tak kesah la negara mana pun. Kelebihan kita belajar di OverC adalah kita kaya dengan pengalaman tetapi dengan syarat kau bukannya skema seperti katak dibawah tempurung.

 
Apabila kau sebut sahaja yang kau mahu sambung pengajian dalam bidang perubatan dan telah pun mendapat tawaran. Maka banyak perkara yang perlu kau korbankan dan persediaan mental perlu kuat. Seriously aku tak tipu punya. Berapa banyak dah kes final year student yang give up. Itu belum lagi ada yang sampai brain damage kerana tak tahan strees dan pressure yang melampau. Kau bayangkan selama 5 tahun kau perlu lalui situasi sebegini, itu belum campur lagi Internship 2 tahun. Then kau nak sambung specialist lagi. Bayangkanlah life kau bagaimana nanti.

Isu pelajaran memang tidak aku nafikan, 1st year memanglah sakit. Awal kedatangan memanglah semangat membara tetapi bila dah start belajar topic-topic besar aku rasa memang down gila siot. Rasa nak menangis jer. Setiap malam aku dok fikir macam mana gaya nak pass ni. Terlalu banyak persoalan yang tak sudah keluar dari kepala otak. Mana mampu aku nak serap semua ilmu dalam masa yang singkat kalau banyak macam ni.


Pada awalnya memang terkapai-kapai memikirkan macam manalah cara sebenar nak belajar medic ni. Adakah perlu macam ni, adakah perlu macam tu. Nak tanya orang senior pulak takde. So aku tanya kawan-kawan yang dok buat medic di Ireland, UK, Czech dan Mesir. Aku compare sistem yang diguna pakai for each university. Beza memang berbeza. Ada yang gunakan intergrated seperti USM, ada yang PBL and traditional. Bila dah tahu system ini lagi mudah untuk kau construct strategy. Setiap sistem ada kelebihan dan kelemahannya.

Ada certain students yang tak mampu ikuti sistem tersebut kerana kapasiti otak mereka tak tercapai standard sistem. Sebab itu, banyak kes yang berlaku student 2nd or 3rd year give up in medic kerana persediaan mental mereka lemah, menurut apa yang Kacang ceritakan. Tetapi semua itu tidak mustahil selagi kau ada semangat dan sentiasa berfikiran positif. Like Prof KJ said “Medic is a marathon, we have to keep on going steady and steady”.

Kau bayangkanlah kelas 6 kali seminggu, 8 hingga 5 petang. Cuti hari Ahad pun kau kena belajar, at least go thru each topics for the whole week. Gila kau mana nak menyempat. Aku ni pulak mudah sangat mengantuk bila lecture. Aku tak tahu la, bila dah banyak sangat input dalam sehari so otak aku jadi penat. Tau-tau je mata dah terlelap. Bila sedar je, Eyyhh!! Kelas dah habis. Gitu pulak kan. So malam memang sakitlah kau pulun cover topic tu balik. 

Langkah mengatasi adalah prepare before class. Pagi-pagi after subuh at least kau kena go thru topic yang bakal dipelajari nanti. Tak perlu faham semua, sekadar kau tahu apa yang akan dipelajari nanti. Pembelajaran akan menjadi semakin interaktif apabila kau ada persediaan awal. Kadang-kadang tak menyempat jugak nak selak. Jadi bersedialah untuk buat taik mata. Terukkan aku.

 
Soal tidur 2 3 jam sehari, itu sudah menjadi kebiasaan, kadang kala tak tidur pun ada jugak. Sanggup bersengkang mata nak cuba habiskan syllabus yang sangatlah banyak. Hidup akan semakin gila during study week, time inilah apabila kau nak tidur rasa gelisah sekali. Bila nak terlelap jer terfikir Alamak! notes Reproduction tak selak lagi. So, kau bangun selak sekejap. Then nak terlelap lagi Aduyai! Dah lupa pulak Salvage Pathway ni. So, kau bangun bukak notes balik. Otak kau tak henti-henti cuba menghafal kerana risau keluar exam. Saat ini jugaklah kau sentiasa berdoa agar apa yang dibaca, dihafal dan difahami itulah yang keluar exam.  

Masa untuk bersosial dan enjoy pun kau terpaksa kurangkan. Hidup kau menjadi semakin monotone bermakna kau kena belajar, hafal, berbincang dan struggle untuk exam. Sejujurnya target aku semata-mata untuk passed exam jer. Tidak mustahil untuk dapat distinction, ada saja mereka yang mampu tetapi lihatlah life mereka macam mana. Memang kau tak sanggup beb nak lalui macam tu. Ini bukan cerita dongeng tetapi realiti. Jika tidak percaya tanyalah mereka sendiri dan rasakannya sendiri nanti. Yeeehaaaa!!


Aku ingat lagi, sewaktu nak exam berapa kali aku call family cakap “Mak Abah, Idil stress la exam. Mak abah selalu doakan Idil ey, buatkan solat hajat tiap-tiap malam” Mak jawab “Iye, tiap-tiap malam mak doa buatkan solat hajat, abah tu setiap hari mengaji dan bangun pagi buat solat hajat. Takpe, Idil usaha mana yang mampu dan selebihnya tawakal pada Allah”. Sejuk hati aku dengar suara mak. 

Pernah sekali aku punyalah stress sampai rasa nak balik Malaysia jer during study week. Dah siap mengusha lagi tiket flight berapa ratus. Akak-akak aku cakap jangan balik, teruskan belajar. Kuatkan semangat tu. Kalau nak sangat pun, biar mak abah jer datang sana. Bila aku dengar mak abah nak datang, terus aku batalkan niat nak balik. Tak mahu menyusahkan mereka. 

Untuk motivate diri, aku selalu call Adam yang belajar di Manipal mintak advice, ym dengan Yat di UK, Fina di Czech, Mali di Ireland, Atiq di Egypt. Aku cari balik rakan-rakan supaya motivate aku yang memang tengah down gila.  Kaulah sahabat, kaulah teman.

During study week, kau akan rasa seperti forever alone kerana masing-masing sedang sibuk struggle belajar nak cover syllabus. Kita nak ajak lepak berbual pun rasa macam mengganggu mereka jer. Jadi nak tak nak kau kena drive diri sendiri. Time inilah kau uji mental sama ada mampu ke tak nak laluinya.

Saat ini jugaklah kau rasakan yang kan best kalau ada bini. Tengah-tengah stress je, dia datang bawakkan secawan Nescafe Mild 3 in 1 sambil berbisik di telinga kau “Abang, belajar elok-elok ya. Jangan stress sangat. Ayang sentiasa ada disisi abang mendoakan kejayaan abang”. Haaaa!! Sampai macam tu sekali. Bila dah malam sikit kita pun ehem-ehem. Astaghfirullah... Aidil!!!
Maafkan saya, maafkan saya.
Hahahaha!

Aku nak ucapakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat aku, Mimi, yang memang komited dan bersemangat memberi tunjuk ajar semasa study week. Kami sama-sama brush up knowledge and dia kongsi segala notes yang dia buat. Explain segala bagai. Nak ikutkan kalau aku nak cover sendiri memang tak mampu beb. At least dia terangkan, aku just dengar and memorize sikit-sikit pun dah memadai. Ewa dan Dayah jugak sama-sama kita buat study group bincang practical apa semua. Tidak lupa pada rakan-rakan lelaki lain. Azam, Midi, Siva, Syauqi, Azhar, Saiful, dll (ramai sgt) yang memang gagah bertahan lalui perjuangan ini. Tengok korang semua struggle  buat aku gila tapi memang drive aku untuk study. Korang semua sempoi beb. Alhamdulillah.

Soal pelajaran ni aku tidaklah hebat mana, result pun suam-suam kuku dan itu pun hanyalah passed sahaja. Apa yang penting, HARAM untuk kau jadi MALAS once kau dah choose medic. Kalau kau jenis relax-relax sempoi belajar last minute memang kau dah silap besar. Memang sakit kau nak exam kecuali kau seorang yang genius dan sangat cepat menyerap ilmu. Jika Ya, maka silakan bersikap malas, tetapi jangan menyesal nanti. Medic ni senang, kau rajin kau berjaya, kau malas memang apa-apa pun tak boleh.
Untuk program USM KLE, 1st year amatlah penting sekali. Kerana jika gagal 1st year maka kena repeat the whole year tiada istilah reseat paper. NO 2nd CHANCES bebeh! Tambahan pula, dalam perjanjian MARA jika gagal 1st year scholarship akan ditarik balik dan sambung pengajian di IPTS dalam negara. Nak menangis wei bila difikirkan. Kami belajar memang under pressure. After dah passed 1st year aku rasa macam Eyhh!! senang sebenarnya 1st year ni padahal masa nak lalui stress bagai nak gila. 

Ini baru permulaan, ada 4 tahun lagi untuk survive. Now, aku sedang plan strategy for 2nd year. Mudah-mudahan aku lebih produktif berbanding 1st year. 

Before datang ke India aku telah cipta satu misi 1st year dimana:
  1. Aku kena lepas 1st year walau apa pun terjadi, bukan seorang tetapi 43 rakan yang lain.
  2. Aku kena round at least 2/3 India. 
  3. Aku nak belajar uruskan soal kewangan tanpa bantuan keluarga.
  4. Aku nak belajar manage hidup spt soal makanan (masak sendiri), bersosial dan berkawan.
  5. Aku nak kumpul pengalaman sebanyak yang boleh, rasa macam mana susah apabila berjauhan dengan keluarga.
Syukur Alhamdulillah misi ini telah tercapai walaupun tidak sepenuhnya tetapi aku sudah lalui semuanya. 

Apabila awal-awal lagi kita sudah pasangkan niat dan ada matlamat maka semakin mudah arah tujuan kita. Iya! Memasang impian sangatlah mudah tetapi untuk merealisasikan amatlah sukar. Kita perlukan disiplin, semangat dan sentiasa berfikiran positif. Selagi niat kita elok, InsyaAllah Allah bantu.


Soal membahagikan masa travel India apa yang aku buat adalah setiap cuti Selanjar selama seminggu pasti aku travelling. Untuk Selanjar 1 aku pulang ke Malaysia kerana wedding akak. Untuk Selanjar 2 aku dah plan baik punya backpacking ke North India, 8 hari 7 malam. Untuk Selanjar 3 pula aku hanya sempat ke Goa sahaja sebagai trip penutup, 3 hari 2 malam. Pengalaman beb berjalan di India, macam-macam benda dapat kau hayati.

Kau bayangkanlah sepanjang teaching week kau sudah habiskan masa di lecture hall dan bilik, ini cuti Selanjar pun takkanlah nak stay dibilik jugak. Okeh fine! Nak qadaq tidur. Tetapi tak rasa rugi ke yang cuti kita sangatlah limited dan sepatutnya waktu inilah kita gunakan untuk backpacking serata India, relax, bertenang dan release stress. Okeh fine sekali lagi yang kau itu sangat penjimat dan kedekut untuk keluarkan duit mencari pengalaman. Sayang dek non oiii, dah alang-alang kita berada di OverC visa passport pun ada apa kata gunakan peluang ini mengumpul pengalaman. Hayati keindahan alam.

Sebenarnya bukan sukar untuk kita berjaya selagi kita punyai semangat dan keyakinan yang jitu. Jangan sekali-kali jadikan cabaran itu suatu  bebanan tetapi  jadikan ia sebuah perjuangan dan anugerah dari Allah. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu lalui cabaran ini. You’re the chosen one.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kata awak suka saya, tapi kenapa malu?

17 comments:

  1. You’re the chosen one bro. Stay strong!

    ReplyDelete
  2. I'm the choosen one!! semangat!!

    (maksud akhyar dlm bahasa arab adalah terpilih. so "The Choosen One" adalah nama aku..) haha

    memang dulu masa kat skolah aku sgt2 suka study last minute. sampai result pun hancur. tapi alhamdulillah kat matrik aku belajar, macamana nak study constantly. Good luck to all of us. godspeed.

    ReplyDelete
  3. another breathtaking entry. thanks bro, yeah bila fikir balik: I am the chosen one. HAHA. and yeah, students medic mmg payah laa malas2 dah. berani pilih jalan ni, berani tanggung :)

    ReplyDelete
  4. eeh ehh ehh nama aku ade kat atas la :P terima kasih jugak sebab support aku ketika down tahap gila last2 minute nak exam.dan suka suruh aku diskus and study sampai hari exam pon still study lagi. phew , alhamdulillah semua lulus .

    ReplyDelete
  5. mabruk passed 1st year and dpt travel kumpul pengalaman, dat's one of my mision tu.

    ReplyDelete
  6. Best gila 5 tahun je. HAHA

    Mabruk dah pass first year :D

    ReplyDelete
  7. salam aalaik..sorry i just want to get information about how to study medical course in india.. i have sent an email to you..hope u will reply it later.. tq

    ReplyDelete
  8. yakin boleh bro..you can do it..sampai skrg ni aku masih blurr2 dgn anatomy subject..dah habis first year, xlama dah lupa anatomy..adoyaiii..

    ReplyDelete
  9. bang mintak izin copy gambar untuk presentation lisan bm syukran jazakallah :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. dah balik europe ye..

    Saya nak mohon pndgn as abg ada kwn student medik UKM and abg blaja di usm-kle. Start tahun ni usm pilih 50 student shja utk diberi nama kepada mara utk dptkan tajaan. Alhamdullillah sya antara yg 50 tu. Sya dpt offer usm-kle btw sya jga dpt medik UKM (mesti dpt jpa kan)...dua2 sayang nak lepas..istikarah je yg mampu..so now nak minta pandgn abg aidil tentang cra blajar dll between ukm n usm . usm-kle dah dpt MQA ke? klau ikutkan berkajang je soaln nak tanya ..hehe.. mohon pencerahan..maaf ganggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo. Nak tanya. Awak pilih yg mana akhirnya? Medic ukm ok tak? Interview nye camne eh? Hehe sory byk soalan.

      Delete
  11. Wow! You motivate me..thanks a lot...hope my dream like u become true also

    ReplyDelete
  12. Hi there. Read this. Thanks for the motivation :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Nak Tanya, if dari asasi.. Boleh tak mohon usm-kle ni?

    ReplyDelete
  14. Asalam... wah best nyer entry ni. Rasa motivasi sungguh nak belajar overC. Saya 1st year UKM. Saya pun nak belajar buat entry macam ni. Ok.. I wish you all the best.

    ReplyDelete
  15. woww! Thanks for motivating me,yeah, medic's life memang susah,tapi kalau ada minat dan usaha yang infiniti, tiada apa yg mustahil! Hehe harap2 la saya dapat biasiswa Mara, saya pun nak juga experience belajar di luar negara, macam awak cakap, pengalaman di luar negara lebih banyak berbanding di negara sendiri. Terima kasih kerana menkongsikan pengalaman belajar dalam bidang perubatan. You had really inspired me a lot..Thank you..and wish you all the best,a doctor-to-be!

    ReplyDelete