Wednesday, August 3, 2011

Lagi-lagi SHOPPING

Best Blogger Tips
Member-member selalu tanya  “India apa barang best nak shopping?” Aku macam segan-segan gitu nak jawab sebabnya aku rasa Malaysia lagi best. Tapi itu semua persepsi  di awal kedatangan ke India. Sekarang tidak lagi kerana actually India ni boleh tahan jugak. Kau akan gila tengok SALE dorang. Memang TERBABOOM murah. Almost 70% untuk brand CK. Tak tipu punya.

Cerita pasal shopping ni, haritu aku dengan Saiful saja jalan-jalan pusing Belgaum buat photoshoot untuk entry akan datang. Time-time macam ni pulak banyak butik yang buat sale 50%-70%. Mana boleh tahan beb. Kau bayangkn jeans boleh dapat RM 60. Herr!! Mengigil nafsu.

Kerana tidak tertahan, kami masuklah Denizen. Saiful bajet tak mahu shopping, nak save duit katanya lagi pun susah cari size, badan kurus sekeping. Aku saja belek-belek 2 3 helai seluar then paksa dia sarung. Awal-awal malas malu nak try. Lepas try Nah!! Amik kau, muat smart cantik pulak tu. Meringai mamat ni seronok bila ada size. Wa terus suruh baia tu keluarkan semua pattern jeans size dia jenis skinny. Memang silap la kau kalau keluar dengan aku, tak pasal-pasal abih duit.

Itu dia butik kegemaran.
Apa tunggu lagi, kau sauk je beli Pul.
Yang aku ni pulak sementara nak tunggu orang test seluar, menggatal nak try jugak. Entah macam mana ngam pulak seluar ni. Tak banyak cakap. Terus wa angkut. Gila kau Denizen Jeans RM 60. Herrr!! Nafsu.
Keluar dengan niat nak photoshoot tapi lain pulak jadinya, masing-masing shopping.

Yang aku ni jenis kalau masuk mana-mana kedai sambil belek-belek mesti aku akan try. Tak kesah la beli or tak, tapi aku memang suka. Saje nak test encem ke tak. Okeh! Bajet da ni.


Tak cukup dengan itu, esoknya aku roger pulak si Azhar cakap Denizen tengah sale. Yang mamat ni pulak memang kaki bazir and shopping macam aku. Tak banyak cakap, esok terus roger nak pergi lagi sekali. Kali ni pergi Peter England pulak dah. Amik kau!! Buy 2 free 1 la pulak. Kebetulan kami bertiga. Hah! Memang cantik, rezeki depan mata. Pungah sana sini carik pilih jeans lagi. Herr!! Nafsu oh nafsu.

Padahal bulan ni aku tengah sengkek duit scholar belum masuk lagi. Sabar jela. Dah alang-alang nak raya. Aku bantai jela shopping sekali. Tengok-tengok size pulak takde. Dorang angkat jeans aku angkat kemeja casual . Tak pasal-pasal seribu abih (seribu rupee la).

Jeans 50% ni lah yang aku beli. Huhu.
Untuk pengetahuan korang di India, sale biasanya time Monsoon kerana nak clear stok musim summer yang lepas. India kan ada 3 musim je Winter (Jan - Feb), Summer (March - May), Monsoon  (June – Sept) and post-monsoon (Oct -Dec).Monsoon memang kasi lelong itu barang-barang Summer. Dorang sale bukan sikit-sikit beb, ini gila mencanak murah. Aku pun terkejut sambil gembira gitu. Tapi untuk branded products better kau pergi Bangalore. Memang tak tertahan jiwa ragamu nanti. Murah!!

Menyesal tak beli CKJ ritu.
Before balik sempat lagi aku teman Hisham usha CK kat Brigade Road, Bangalore. Dia tulis sale 70%. Bapaknya CK 70%. Time ni memang aku tahan nafsu beb. Tengok je Hisham try seluar. Kau bayangkan CK jeans Rs 4529 dapat Rs 2459. Murah tak murah kan. Hisham apa lagi tak banyak cakap terus carik size, angkut terus. CKJ RM 170 je bro. Perghhh!! Time ni wa agak menyesal sebab duit dah tak ada coz shopping sakan kat Belgaum ritu (padan muka kau gelabah sangat).

Aku give up pilih-pilih kain ni.
Tetapi bab nak shopping barang pompuan memang aku FAILED. Dulu penah skali wa try belikan kain saree untuk family masa 1st time balik. Wa rasa dah cun cantik dah. Tapi bila sampai kat tangan dorang, banyak pulak komennya. Colour lebam la, corak tak cantik la, keras la, apa la (banyak bunyik pulak kan. Kain free, amik jela)


Previously masa kat Kashmir aku belikan la shawl, banyak gler dow design pening pale nak carik. Aku mana la tahu sangat fesyen shawl ni. Tengok orang pakai cantik tapi tak tahu pilih mana yang cantik. Ingat nak beli benda lain, tapi orang cakap kalau sampai Kashmir kena beli Kashmiri shawl kerana kualiti dia bagus. Tapi aku tengok semua jenis kain tebal-tebal jer,untuk dorang sesuai la sebab sejuk. Kita Malysia Herr!! Panas. Dah ler tebal, panjang pulak tu. Aku bajet ni kalau beli konpem mak aku buat kain alas meja. Memang betul pun, shawl tu dia nak buat alas meja untuk raya nanti. Tapi lantak la benda dah beli.

Kedai Shawl di Kashmir.
Di India ni, style dorang meniaga macam pelik sikit. Dia suka lambak-lambakkan semua jenis kain depan kau. Dia kasik kau rambang mata, kasi gila rasa nak mengamuk dulu. Bila dah gila baru dia bagitau harga-harga semua. Dia tak kisah penat nak mengemas, tak macam di Malaysia yang display lain nak test lain. Yang best tu, kau akan diberikan duduk atas tilam empuk sambil kain-kain dikeluarkan bersepah depan kau. Orang pompuan memang suka la kan. Tengok kembur keluarkan kain macam nak apa tapi beli sehelai jer. Kalau kau stay lama sangat dia akan bagi Chi (teh susu halia). Mantap kan.

Itu dia.. Boleh guling-guling sambil pilih kain gitu.
Aku call family tanya nak kirim kain apa balik nanti. Macam biasa, masing-masing tersipu-sipu malu nak order, cakap tak belikan pun tak apa simpan jer duit. Belikan murah-murah je (bajet la kan). Aku ni pulak tak sedap la kan, kita balik sekali sekala at least belikan la sumthing. Soal duit boleh cari. Before this banyak jugak aku beli masa backpacking North India, tapi untuk diri sendiri lah.

Lihat kain ini. Cantik kannn?
So aku decide belikan kain cotton jela untuk dorang. Yang ni memang masalah sebab aku tak pernah tahu menahu soal kain cotton ni. Yang mana cantik, yang mana elok. Tak nak jadi macam tragedy kain saree dulu. Mahal-mahal beli tapi dorang tak pakai pun. Paria sangat katanya. Pulak dah


Call akak aku, masing-masing nak design berbeza. Nak yangg abstract la, nak kaler lembut la, nak kain cotton 100% India la, nak yang corak simple tak nak jarang dan macam-macam. Makin ditanya makin gila aku nak beli. Sampai  je kedai, aku jadi bodoh jap nak belikan yang mana.

So aku decide shopping ajak pompuan. Mujurlah ada Dayah dan Mimi yang memang kaki shopping. Aku suruh je dorang carikan. Call terus akak aku suruh dia direct cakap kat dorang nak jenis kain yang macam mana. Lepas dah settle discuss Okeh set! Pencarian pun bermula. Mangat la si dayah dan mimi ni mengembur-ngembur kain cotton tu. Bersepah sana sini. Aku lek je dok tepi standby duit. Bila dah siap pilih wa terus kuar duit bayar dan bla. Fening I tengok kain-kain ni.

Kau tengok mimi struggle amik order dari akak aku.
Sekali skala bajet jugak nak pilihkan. Semua yang aku pilih dorang kata tak lawa. Okeh fine! Biar korang jela yang  pilih. Barulah aku paham kenapa lelaki tak suka follow orang pompuan shopping. Meleceh dorang ni pilih kain. Lagi sekarang tengah musim pakai polkadot entah papela. Ish! Tak paham aku.

Soal size pun jadi isu. Aku tak pernah la tahu menahu untuk buat kain baju 1 set kena 4 meter kain. Kalau nak buat top je 2 meter kain. Budak-budak kecik bawah 2 tahun kena 2 ½ meter. Yang aku tahu beli baju dah siap. Test mana smart aku lenjan je beli. Kalau di India ada beberapa butik kesukaan dimana size baju memang ngam-ngam. Maklumlah wa ni badan gemuk bagak, soal size no problem.

Dah settle pilih, wa bayar terus. (kau tengok mata ane tu, pantang nampak duit. Kepala dah fikir nak menipu la tu).
Muka hampa setelah pilihan dikecam hebat.
Di Belgaum, kalau formal aku suka brand Peter England. Kalau jeans aku usha Denizen.Levis ada tapi design entah pape, mahal pulak tu. Dua brand ni memang selesa. Lagi-lagi Denizen tu. Jarang la kalau beli jeans cutting dia ngam-ngam lu sarung terus sedap pakai. Besenya ada kembang sini la, sempit sini la. Bunyi macam noob kan. Actually brand ni takdelah cikai sangat. Anak kepada Levis. (saje nak promote kan?)


Hah, meh sini aku share dengan korang cerita pasal shopping kain di India (Abih yang atas tadi cerita apa plak? Yang tu baru mukadimah. Hak3). Siyesly, kalau korang datang sini nanti tak payahlah nak  bawak kain baju banyak sangat. Better tempah sini jer. Piilihan kain dah ler berlambak. Kau nak jenis kain cotton mahal dan murah semua ada. Kain linen kain apa jadah semua kau boleh dapat. Nak try buat baju pakai kain langsir pun boleh.
 
"Wa nak lu bikin leklok, wa tengok slek sikit siap lu wa tangankan nanti" kata Dayah.
  
Dah ler harga kain murah gila, berkualiti lak tu (budak pompaun yang bagitau la).Haritu aku follow la Dayah dan Mimi tempah baju. Dorang just bagi contoh design blouse yang selesa pakai pastu tempah. Bila dah siap, sebijik sebijun pulak tu paria ni bikin. Hebat! 

Lagilah haritu aku dengar during Malaysian Night budak-budak perempuan bukan main bergaya lagi buat dress bagai. Ingatkan bawak dari Malaysia, rupanya tempah kat sini jer. Ni semua perasan  nak bergaya ala-ala red carpet gitu (Dress pakai sekali, pastu simpan. Next year tempah lagi. Itulah dia perempuan). Apa yang dorang buat, masing-masing cari kat tenet design yang minat, bagi copy and discuss dengan tailor tu. Memang jadi beb. Lawa la jugak.


Soal upah yang aku tahu dalam Rs 200 (RM 14) sepasang. Bapak murah kan. Contoh la kan, kau beli kain cotton 2 meter nak buat kemeja, kain kualiti Rs 100 semeter (kalau line semeter boleh cecah Rs 900. Ini memang sedap terbaik beb. Lembut dan sejuk). Kiranya tambah dengan upah jahit dalam Rs 400 (RM 28). Boleh sangat kan. 

Dah ler soal cutting boleh adjust. Kau boleh suruh dia nak kasik ketat sikit kat bahagian perut biar nampak 6 packs ke, nak lengan kasi ketat supaya nampak ketul-ketul biceps . Tak pun kau mintak ketat bahagian dada biar tersembul CHEST kau (Untuk lelaki sahaja, perempuan HARAM). Semua bole tarahal. 

Kalau di Malaysia kau boleh agak kan hampur puluhan ringgit kau nak tempah. Itu belum masuk harga  kain yang beli di JAKEL. Memang ratusan la jawabnya.


Haritu akak-akak aku pun cakap kain cotton yang aku bawak balik tu kualiti mantap. Lagi best dari kain cotton Vietnam. Yang pakcik aku ni dia punya seronok sampai dia pesan nanti before balik India, dia nak kirim baju contoh dan carikkan kain linen dalam 20 pasang. Tempah sana then pos ke Malaysia. Tak menahan betul.


Kalau di Mumbai lagi stylo beb. Lu boleh tempah jacket kulit. Nak smart lu design sendiri. Nak kulit kerbau, kambing biri, lembu semua ada. Kulit anjing and babi aku tak sure ada ke dak. Hak3! Di Mumbai, antara eksport terbesar dorang adalah leather stuff.  Di sana ada satu tempat tu memang terkenal dengan leather factory (aku lupa apa nama). Dorang eksport ke overC untuk brand-brand femes. Sepanjang jalan tu kiri kanan kedai leather beb. Soal harga haritu aku tanya below Rs 5000 (RM 350). Boleh sangat dow. Siapa yang pernah pakai pure leather mesti tau berapa harga 1 jacket. Minumum RM 750 kan. Camsiak mahal. Di Agra pulak kau boleh dapat kasut camel leather semurah RM 90. Pergh! Masyuk.

Tengok jaket je, jangan tengok muka. Aku tau muka tak encem.
Wa macam biasalah, mestilah beli satu. Wa angkat ritu Rs 3500. Time ni pun macam kimak gak paria ni. Dia taram letak Rs 5000. Nego punya nego at last Rs 3500. Actaully, boleh dapat 2500 jer. Sebab aku ni hensem sangat dan penuh bergaya macam orang kaya, itu yang dia pepah sampai 3500. Kau boleh nampak gaya dia nak charge lebih. Pokemon tul! Setengah jam jugak aku nego harga.

Basically kalau kau nak bergaya stylo-stylo kat sini tarahal. Boleh jer. Itula aku cakap nanti before sampai kau bawak design baju yang kau rasa nak pakai. Sampai sini pilih kain terus hantar tempah jer (Ini pesanan buat junior yang datang).

Apa ni amik gambar candid. Malu I.

Aku plan 2nd year nak kumpul formal shirt. Nak tempah skali 5 6 pasang, buat stok coz setiap hari pakai kemeja. Akak aku cakap, kita ni kan at least kena ada 20 pasang baju untuk pergi sekolah (Mak aih! 20 terus) sebab bosan asyik pakai baju sama. Next year kenalah metro sikit kan, student dah ramai. Lu selekeh-selekeh siapa nak dekat beb. Hak3! Dah alang-alang tu simpan stok baju untuk kerja nanti (lama lagi kot 5 tahun. Entah-entah dah boyot).

Tapi di Bangalore ritu budak-budak ni cerita kain mahal dan tak secantik Belgaum. Maybe sebab Belgaum ni dekat dengan Mumbai dan Goa, so stok-stok kain lagi up sikit kot. Sini status penduduk pun takdelah kaya sangat harga kain pun murah la kan. Kain saree kau boleh dapat dalam 400 rupee 28 hinggit.


Budak-budak perempuan siap open bisnes lagi. Balik bawak dalam 50 pasang jual di Malaysia. Dengar cerita ada yang jual ratus-ratus ringgit lak tu. Memang kaya la kau kan. Aku ni belum ada minat lagi nak open bisnes. Maybe 2nd year kot aku nak borong beli kain ribu riban suruh akak aku jual kat ofis dia. Upload pattern kat tenet , patu amik order. Maklumlah next year nak kena cari duit lebih sikit nak backpacking  ke Europe. Dah ler bajet dalam 10k. Byk woo. Mana nak cekau ni.


Kesimpulannya, seronok jugak shopping di India ni. Kalau kau ni jenis brand conscious agak susah sikit la nak shopping. Di kawasan Belgaum butik takdelah banyak sangat pilihan brand. Kalau nak sangat pun kau kena pergi Bangalore or Mumbai. Tak pun kau beli online jer, eBay ada, tarahal. Budak-budak ni shopping jam mahal-mahal, beli iPod, PSP, Protein, Crocs, smartphone semua guna eBay. Jangan risau, masih boleh survive kalau hidup di sini. 

Itu sahaja untuk entry kali ini. Harap-harap terhibur ye. 

Sekian~

Antara butik yang terdapat di Belgaum



Saje nak interframe yang sini ada BR.
Cinema pun ada gak. Tak ler bosan sangat.

13 comments:

  1. Cambest je.
    Excited ni nak pegi! :D

    ReplyDelete
  2. Pergh murahnya buat baju! Haha.

    Shawl pun kira murah lah tuh kan? Boleh bisnes dow. Haha. Amacam?

    ReplyDelete
  3. nureen:dtg jgn xdtg
    ellya:apa tunggu lg.dtg la cni.haha..pe,czech lg best
    loker:shawl murah gak dow.cantik2.belambak2.nxt yr aku plan nak bisness ni.nk cari pasaran dlu

    ReplyDelete
  4. whoaa.. bab leather jacket tu paling menarik perhatian aku.. hmm.. dah nampak dah plan kt sana.. hehe..

    ReplyDelete
  5. byk gak ye tmpt shoping kt india ni..
    kaki shoping btol ko ni..

    ReplyDelete
  6. WAA....CAM BEST JER... GI BELGAUM NI BERAPA RM TIKETNYE EH..NAK BELI KAIN ELA YG PLAIN TU..NAK BELI BANYAK..BESTNYE BOLEH JAHIT SEKALI..

    ReplyDelete
  7. kesini tiket air asia dlm 700.klo time zero fair 500 bole dpt.
    disini kain blambak2.xtrpilih

    ReplyDelete
  8. Kashmir xbanyak ke kain cotton mcm ni?

    ReplyDelete
  9. boleh masuk list tempat wajib singgah ni jika ke India :)

    ReplyDelete
  10. salam..nk tnye kedai yg u pegi jual kain sari corak cntik2 tu,kt mne ye?
    n u blaja sane lg ke?
    klau sy nk kirim boleh ke?

    ReplyDelete
  11. Your story is nice but I think u shoudnt call them paria...it is insulting...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum... area mana kedai2 tu? mmg area bdr mumbai ke?

    ReplyDelete