Tuesday, August 30, 2011

Diari Ramadhanku

Best Blogger Tips
Assalamualaikum semua :))

Tamat sudah bulan Ramadhan yang dicintai. Menjelang pula Aidilfitri yang dinanti. Jika diimbas, adakah Ramadhanku kali ini sangat bermakna. Adakah ini Ramadhan terakhir dalam hidupku. Hebat ke tidak ibadatku sepanjang bulan mulia itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.


29 July 2011

Tarikh yang dinanti-nantikan hampir lebih 8 bulan di India telah tiba. Aku homesick, itu pasal aku tukar tiket flight from 1 August to 29 July. Tambahlah sikit dalam RM 200, agak berbaloi kerana aku sempat bersarapan nasi lemak dan roti canai di Malaysia sebelum tibanya Ramadhan. Lunch pulak aku bantai asam pedas ikan parang (my feveret you know). 
Okeh fine! Membazir duit. Seramai 11 rakan yang pulang sama on that day, 6 daripada mereka yang turut sama menukar tiket flight. 

Apa yang best, kami semua pulang dengan hati gembira dan tenang sekali kerana semua telah lulus 1st year. Yeayy!! Lepas sudah azab phase 1. Syukur Alhamdulillah.

30 July 2011

Lebih kurang pukul 1:30 pagi kami tiba di LCCT. Aku terpaksa menanguk disana hingga ke 7 pagi menunggu flight ke Senai Airport. Pukul 8:15 pagi aku tiba di Senai. Family semua sudah siap menunggu kepulangan wira ini yang berambut serabai lagi menyampah. Kami berpeluk-pelukkan sambil bercumbu-cumbuan dikhalayak ramai. Tiada siapa yang peduli kerana kami family, tetapi dengan mak jela aku cium.

Sedapnya dapat hirup udara Johor.  Tapi Malaysia panas giler siot. Landing je kat airport terus berkicap berkuah ketiak aku ni. Herrr!! Panas.

Kami menuju terus ke rumah kakakku di mana ntah, yang aku tau rumah dia area-area Tebrau City. Rumah baru kata kan, boleh tahan besar la jugak. Siyesly, badan aku amat letih sekali. Sampai jer aku terus landing atas carpet pastu bantai tidur hingga ke tengah hari. Masih jetlag.

Tengah sedap-sedap melayan mimpi asmara, tiba-tiba aku terdengar bunyi bising
“Wah! Cantiknya kain ni, pandai pulak Idil pilih. Lembut”
 “Yang ni Idil belikan untuk siapa?”
“Mak punya yang mana? Haritu mak kirim 10 helai kain 2 meter nak buat blouse”
“Sheila, akak dengan Alin dapat sorang satu la ey”.

Harem tul, dorang dok punggah luggage aku tanpa pengetahuan ownernya ini. Nasib baik takde Kamasutra dalam beg tu. Kalau tak kantoi. Haha!

Aku pun join sekali dorang main tarik-tarik kain sambil bertekak manja.
“Yang ni orang nak”
“Kau amik jela yang tu, maching dah dengan kulit kau tu”.

Aku pun dengan macho bersuara “Okeh camni, yang celah sana tu ada 10 kain semua tu mak punya, yang biru Kak Aisyah punya, kaler LAME sikit tu Tok Lat punya, putih corak pokok bagai tu Sheila punya, yang lain pandai-pandai korang rebut yer”. Aku ada 3 orang kakak dan seorang abang.

For boys before this aku dah belikan mereka kurta. Semua dapat. Abah, Mak dan Abg Awie masing-masing dah dapat leather wallet ritu. Jadi cukuplah untuk lelaki. Aku ralat juga ritu tak belikan wallet untuk 2 orang abang ipar aku tu. Agaknya dorang tunggu, bila agaknya Idil nak cakap “Yang ini Abang Abul punya, yang ini pulak Abang Amin punya”

Kali ni aku agak gender biased terhadap mereka, kerana hadiah kaum perempuan semua aku belikan sampaikan anak-anak buah aku yang perempuan kecik tu pun aku belikan kain. Maaf la yer, kali ni saya sangatlah pokai.  Kesian lelaki sekalian. Tapi korang tak kisah pun kan? Yep, lelaki memang baik.

1 August 2011

Yeay!!! Puasa... Tak boleh makan waktu siang, cuaca Malaysia panas, malam kena terawih, kena banyakkan berzikir, baca AlQuran, tengok Jejak Rasul (Okeh tipu!), bersahur dan yang paling best, malam aku berjaga, siang aku tidur. Save energy. Haha!


Walaupun bulan puasa tetapi nafsu makan aku bagaikan orang tak puasa, 5x sehari aku melantak. Berbuka, after terawih, moreh kul 11 dengan membe, pukul 2 makan lagi, sahur melantak lagi. Pergh! Memang boyak aku balik ni. Abih semua muscle-muscle yang penat aku train sepanjang 8 bulan yang lalu. Aku tak peduli! Tengah ada selera, baik kita makan macam hape kan. Nanti di India dok terkenang pulak asam pedas, sambal tumis, nasi lemak, laksa hohor dan semua bagai la kan. 

5 August 2011

Aku dah mula bosan berada di rumah. Tak tahu nak buat hape. Tiada aktiviti outdoor yang menarik, lagilah aku tengah pokai. Malaysia cuaca panas pulak tu. Masa banyak dihabiskan dengan tidur, tidur dan tidur. Mak aku sampai bosan tengok aku. Tapi dia paham kot yang aku perlukan mental relax. Berbulan dok pulun belajar macam hape, jadi cuti kali ni aku nak relax.

Terasa rugi haritu before balik aku tak pungut movies, series dan drama from rakan-rakan. Amik kau bosan  macam hape dok rumah takde benda nak layan. Aku pinjamlah external membe ritu. Sempatlah aku melayan 3 movie melayu comel tahun ini iaitu Cun, Sekali Lagi dan Tolong! Awek Aku Pontianak.
"Maya, will you marry me?"
Pergh!!! Comel giler Maya Karin dalam citer Cun. Dah ler comel, manja pulak tu (ciri-ciri aku). Aku paling suka tengok dia ketawa. Kelepet kat bawah kelopak mata dia nampak Wow..seksi nyerrr. Sekarang aku tengah rajin main tweet-tweet dia. Kalaulah dia reply, aku belanja korang semua makan. Haha! Aku tengok review, dia cakap lakonan itu adalah seperti diri dia yang sebenar. Impressive! Please Maya, will you marry me. Haha!

1st time aku tengok Sazzy Falak lakon watak utama. Siyesly, dia ayu, comel dan sangatlah tenang sekali (juga ciri-ciri aku). Cakap lemah lembut jer (memang mudah aku cair). Suara dia garau serak basah, nampak seksi beb.

Seperti biasa Lisa Surihani skandal aku tu dah memang terang-terang comel dan manja. Dia kan macam gelabah sikit. Its okay honey. Aku suka tengok bila dia marah, rasa nak tenung jer. Tak nak takut-takut apa semua. Haha!


8 August 2011

Aktiviti harian kekal dengan tidur yang tak sudah. Mak aku semakin menyampah nampaknya. Tapi dia still cool lagi. Bapak aku macam bese la kan, tak cakap banyak. Masing-masing paham perangai aku ni. Kalau balik jer mesti tidur, malas nak menolong, online selalu, malam berjaga. Haha!

Sejak dari form 4 sampailah sekarang, aku jarang tinggal dirumah lama sangat. Sebabnya aku sekolah asrama, pastu masuk kolej Shahputra di Kuantan dan sekarang berada di India. Boleh kira berapa kali jer aku selalu ada kat rumah. Paling lama pernah aku stay di rumah adalah semasa tamat SPM, 7 bulan. Itu pun dah nak macam gila bosan. Nak keje kaki baru je recover dari patah. So, aku masuk GiatMara belajar pasal komputer-komputer ni, Juruteknik Sistem Komputer, selama 6 bulan.

10 August 2011

Bersama rakan-rakan Shahputra yang lain kami plan adakan gathering bersama. Yat dok invite semua orang melalui fb. Pada awalnya macam ramai yang bersuara dapat datang tapi disebabkan kesempatan masa dan jarak perjalanan semua, jadi ramai yang tidak dapat hadir. Kami telah tetapkan tarikh pada 14 August bertempat di Homestay En Ghafar di Kg. Pelegong, N9. Menghitung hari ketemu rakan-rakan seperjuangan dulu.


Aktiviti kekal seperti biasa tidur, online, update blog, terawih, moreh dan tidur. Emak aku kian runsing melihat aku sebegini. Oleh itu, dia cakap “Daripada banyak sangat tidur, baik Idil pergi cat tangga rumah tu. Nanti mak upah RM 250”. Aku pun “Iyelah mak, nanti-nantilah ey. Raya kan lama lagi. Tak puas berehat lagi ni”. Padahal aku dah bosan macam hape. 

Mak pulak tau aku ni suka duit and dia jugak tahu aku sekarang dah segan-segan nak mintak duit sebab dah ada elaun bulanan. Tapi untuk sebulan ini aku sehelai sepinggang sebabnya duit scholar tersadai di India. Aku balik 29, duit masuk 30. Hmm... takpelah nanti balik sana aku kaya sikit. Weee... Simpan-simpan, kata nak pergi Europe.

11 August 2011

Sumpah memang aku jadi malas gila bila balik rumah. Entah berapa benda je aku tolong mak bapak aku ni. Terukkan aku? Ke orang jantan memang macam ni. Tapi abang aku rajin jer kemas-kemas rumah dia. Mungkin sebab dia dah ada anak bini semua kot. Sudah ada tanggungjawab. Aku? Hmm, belum lagi. Masih mencari.

Kasihan jugak aku tengok mak bapak aku ni. Iyelah masing-masing dah pencen, keje dok rumah jer. Agak sedih melihat aktiviti mereka. Kesian abah dia jatuh motor haritu. Habis bengkak lutut kiri dia. Jadi puasa ni dia asyik layan Astro jer. Memang remote Asto tu dia yang conquer sorang. Nasib baiklah aku bukan penggemar Astro, so aku wat dunno.

Mak sekarang dah ada hobi baru. Dia suka main-main tisu. Haa.. agak nice benda ni. Tisu bercorak  tu dia lekatkan atas bekas, mangkuk dan segala benda yang klasik. Korang tahu Decoupage? Hah, benda tulah dia tengah sibuk main. Hasil seni dia boleh tahan gak aku nengok. Mak korang terjebak jugak ke?

Antara hasil seni tangan mak. Cantikkan
Kadang kala mak selalu pagi-pagi naik atas nak lepak-lepak dengan aku tapi bila tengok aku tidur, dia pun down. Haha! Sori mak, you know me right. Petang-petang dia ajak pergi bazaar tengok kuih semua bagai. Aku malas sebenarnya, tapi ikutkan jela. Jadi driver apa la sangat.

Before Ramadhan, mak bapak aku berganding bahu menguruskan Yusof Catering yang tidak henti-henti rezeki masuk. Pernah mak aku citer, sebulan hanya seminggu je dia dapat rehat, 18x catering. Busy dengan masak jer. Ramadhan ni jugak ada 4 catering. Kali ni menyempat lah nak tolong. At least bagus jugak kan, mereka ada aktiviti selepas pencen. 

Mak pulak tak mengejar duit sangat. Memasak memang dah hobi dia. Soal untung memang dia tolak tepi, catering lebih pada nak tolong orang. Dia paling suka kalau orang bertambah lauk makan masakan dia. Honestly, air tangan mak memang sedap. Before kahwin nanti, aku nak hantar bini aku masuk akademi memasak selama sebulan bersama mak aku.

Abah yang comel dah pancit sangat tu. Kui kui.
Mak abah pun dah senang sekarang. Anak-anak semua dah besar. 3 orang anaknya sudah berkahwin. Tinggal aku dan Sheila jer yang belajar. Aku belajar pun under scholar. Sheila pulak tengah practical. So, tanggungan mereka tak banyak. Memang untung catering simpan poket jela. 

Itula aku cakap kat dorang, untung catering tu baik guna pergi melancong. Next year bulan 1 aku cuti Chinese New Year, meh sini datang India. Nanti aku bawak jalan Kashmir, Taj Mahal, Mumbai, Goa dan semua-semua tula. Tengah ada kudrat ni, baik berjalan ye tak. I love travelling. Tetapi dengan syarat dorang kena sponsor aku sekali. Hehe.

12 August 2011 

Aktivit semakin bosan, bosan dan bosan. Tak tahu apasal bosan gila. Rasa macam nak balik India jer belajar. Inilah manusia, tak pernah bersyukur. Bila dah dapat tak hargai. Itulah aku.

Padahal banyak jer aktiviti aku boleh buat seperti mengaji (saya buat), berzikir (juga saya buat), mengemas rumah (jarang saya buat).  Walaupun rumah tu rumah aku, tapi aku jadi blurr bila nak mengemas sebabnya kebanyakan barang bukan milik aku. So, kalau tersilap alih ke tersalah letak ke nanti menjajo bapak aku carik. Pastu nanti dia runsing dan bising. Jadi aku hanya dok dibilik dan manage bilik sendiri jer. Sekali sekala, vacuum la jugak hall atas ni.  

14 August 2011

Wehuu!! Gathering di Pelegong. Dapat jumpa Yat, Shykir, Ayie, Matteng dan Zul. Juga gadis-gadis KSP yang lain. Korang memang rocks!! Dapat makan-makan free, sembang berbual pengalaman as 1st year medical student.  Aku seronoklah bila kita cecite pengalaman ni. Stress, menangis, melancong, exam dan apa semua la kita citer.  Cuma yang tak best tu, singkat sangat gathering kita ni. Tapi takpe, cukup la tu yer.

Antara aktiviti di sana. Meh sini aku tunjukkan gaya memetik rambutan yang betul. Kekuda perlu ada.
Malam pulak, kita lepak-lepak main gitar borak sampai Subuh.
18 August 2011

Mak mengajak shopping stok makan untuk setahun di India. Amik kau segala bagai benda aku beli. Sebabkan aku tau next year aku akan busy, jadi banyak beli yang instant jer. Tumis instant terus masuk ayam ikan daging semua. Senang kan. 

Barang-barang ini juga akan dipos ke India seminggu sebelum aku balik. Sebulan baru sampai la nampaknya. Lebih 20kg ni. Dengan kicap 2 botolnyer lagi. Haha!


20 August 2011

Aku pergi ke SAMURA . Enjoy dengan reunion batch 24 SAMURA yang tak sudah. Seronok dan happy berjumpa rakan-rakan lama.

 
24 August 2011

Moreh bersama girl friends lama. Aku dijemput datang moreh bersama dorang di Domino’s Pizza. Maklumlah ada yang dah 5 tahun tak berjumpa. Berborak, bergossip dan semua bagailah. Actually, aku nak hantar gift exchange pada kawan aku ni. Dulu dia belikan aku tshirt Uni dia di Korea, in exchange aku bagi dia kain cotton India. Rupanya gila gak ey pale korang ni. Haha!

Nampak poyo kan sebab aku sorang jer laki.

26 August 2011

Aku mula start mengecat tangga rumah. Sibuk juga mengemas rumah semua bagai. Dah nak raya katakan. Aku dan Abg Awie berganding bahu membersihkan halaman rumah. Kami merobohkan garaj abah yang berusia  hampir 20 tahun. Kayu lama, jadi masih gagah strukturnya. Garaj ini akan digantikan dengan yang baru, kasi besi punya.

Bersusah payah meroboh di bulan puasa.
Tadaaa!! Cantik kan saya cat tangga ni. English style gitu. Classic
29August 2011

Tamat sudah bulan Ramadhan untuk tahun ini. Esok raya. Takbir pula sudah bergema. Aku masih dirumah. Sudah berapa tahun 1st day raya memang beraya di rumah jer. Kampung belah abah di Muar, tapi kedua-dua atuk dah tiada. Belah mak pula di BP, tinggal Tok Lat jer. Jadi memang setiap tahun beraya di BP dulu dan raya ke 2 baru pulang ke Muar.
 
Sejujurnya, aku agak bosan beraya di Malaysia. Aku nak merasa pula pengalaman  beraya di OverC, macam rakan-rakan di Aussie tu. Merasai bagaimana pilunya apabila takbir berkumandang tetapi keluarga tiada disisi, hanya rakan-rakan sahaja disisi. Kita berewang bersama masak lauk raya itu ini. Aku nak merasa semua itu. Sudah 21 tahun aku hanya beraya di Malaysia. Apa kata next year aku beraya di  overC pula. Kita tengok nanti.  Lagipun kita pulak belajar ikut kurikulum USM, jadi cuti semua sama sahaja dengan USM KK. Memang cuti ngam-ngam pada hari raya and konpem-konpemlah kita semua akan balik that time. Takpelah. Korang balik Malaysia, aku beraya di Europe next year. Hehe.

Nampaknya, itu sahaja diari ku sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.  Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Cuma aku tak tahulah kenapa semangat menulis semakin membara lagi berjimba sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana apabila sudah di India nanti, aku akan rindu dengan blog ini kerana tiada masa untuk jenguk dan update selalu tidak seperti cuti kali ini. Mungkin sebulan sekali sahaja akan ku update. Aktiviti akan kembali busy dengan study dan study. Takpelah, dah itu jalan yang kita pilih. Teruskan berjuang.

Anyway, dengan kesempatan ini saya dan tunang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya tahun ini lebih hangat daripada biasa.

Monday, August 29, 2011

Oh India! Part 1 (Airport & Traffic)

Best Blogger Tips

Previously, entry tentang India aku asyik cerita yang indah-indah jer. Gambar pulak madah yang cantik jer. Setiap entry bukan main lagi nak promote orang datang India. Dengan semangat tak sudah mempromote USM KLE, Kashmir, Taj Mahal, Goa dan semua bagai la kan. Tetapi atas permintaan ramai, untuk entry kali ini akan ku reveal the real India. Iyelah, hampir setahun aku dok sini memang Aduyai... Ini ke India. Aish! macam mana nak survive lagi 4 tahun ni.

Apabila sebut jer India otak korang semua mesti fikir Eeeuuwww India??!! Kotor! Tak curlast lansung. Kalau melancong pun India adalah destinasi terakhir. Harapkan Kashmir dan Taj Mahal dia je. Kari kari kari, saree saree saree. Itu je. Tak pun mesti Shah Rukh Khan. Aku peliklah, setiap kali bailik, ada jer yang tanya "Dah jumpa SRK?" Apa dia ingat SRK tu jiran sebelah bilik aku ke.


Stigma buruk pada India memang tersemat kukuh dalam benak fikiran orang kita. Kalau nak tengok ala-ala the real India kau boleh tengok cerita Slumdog Millionare, yang itu memang set pengambaran sebenar keadaan di Mumbai. Yang movie Hindustan lain semua tu banyak lakonan dalam set and overC je. 

Untuk pengetahuan semua, sistem kasta di India masih wujud cuma tidak seteruk dahulu yang mana kalau kau kulit gelap sikit memang kerja jadi balaci jela. Kasta tinggi semua kulit ala-ala Hindi gitu. Yang cantik-cantik biasanya area North India seperti di Delhi, Punjab, Mumbai, Kashmir dan semua-semua tula. Kalau yang bawah-bawah ni kureng sikit. Kita tengok pun tak selera. Haha! Tapi paling cantik aku pernah jumpa adalah di Kashmir. Semua segak comei belaka. Tak tipu punya wa cakap lu.

AIRPORT


Okeh! 1st  thing bila kau sampai di India ialah kau mesti landing kat airport dulu kan. Setakat ini aku pernah pergi 4 airport iaitu Bangalore, Hyderabad, Delhi dan Kashmir. Antara 4 ni yang paling techno adalah Delhi and Hyderabad. Besar pun besar. Bangalore Airport kecik jer, but not bad la. Yang macam siot tu, korang kena bayar travelling fees untuk International departure, RM 50 (Hyderabad Airport). Mahal dow! Entah pape paria ni.

Airport paling aku cuak adalah Kashmir Airport sebabnya ramai gila kot askar dalam tu. Dah macam masuk zon perang pun ada. Semua pegang AK 47. Untuk masuk airport je kau kena lepas 3x kastam. Bersepah-sepah dorang  ni, sikit-sikit nak tengok passport. Sampai je, kau kena isi borang entah pape la. Airport kecik je pun. Security ketat macam hape. (maaf tiada gambar untuk dikongsi, takut nak snap). 

Gambar ni pun aku search kat tenet. Kashmir Airport. Kalau perasan semua jenis snap dari jauh jer. Nak tengok keadaan dalam, sila pergi sendiri.
Sebabnya, sini kan target kawasan pengganas. India still ada problem dengan Pakistan pasal isu Kashmir. Aku pun tak sure sama ada Pakistan nak kan Kashmir or orang Kashmir sendiri rela nak masuk Pakistan. Menurut guide, ramai perisik dari Afghanistan and Pakistan masuk ke India melalui Kashmir. Kalau kantoi, dorang ni di claim as terrorist. Kerajaan masing-masing tak nak bertanggungjawab yang ini ejen mereka. Aduh! Complex sikit kalau nak cecite sal Kashmir ni. 

Bersepah tentera di Kashmir.
Lagi satu, Kashmiri ni lebih kurang serumpun dengan Paki, kulit dorang ala-ala sama jer. Jauh benor bezanya dengan pure Indian.  Aku tanyalah people sana, Cricket World Cup sokong siapa (coz aku g time world cup), dengan pantas dorang menjawab sokong Pakistan and Bangladesh. India?? Nope. Nampak sangat kan tak suka. Maklumlah India ni kapiaq (ada betul jugak). Dari segi pembangunan ada sedikit diskriminasi oleh govermant India. Aku cecite lebih pun tak guna, baik korang datang dan nilai sendiri. Boleh?


Setakat ini aku rasa hanya di Kashmir Airport sahaja yang ada surau, airport lain kapiaq. Macam biasa la kan, kalau nak solat kau cari je port-port hujung sana tu. Dorang akan pandang  slek apabila kita dok basuh kaki dalam sinki. Pergi mampus! Janji aku dapat solat. Kau kapiaq masuk neraka, aku kejar syurga sebab tu aku amik wuduq gaya ni. Boleh pulak cakap camtu kan. Hahaha!

India ni besar kot. Dari Bangalore nak ke Delhi flight mengambil masa selama 3 jam lebih. Kalau gatal nak merasa naik train maka silakan berkampung selama lebih 2 hari dalam train. Haritu aku gatal la jugak mengusha tiket train, fikir-fikir balik. Uih!! tabole tabole, membazir masa. Jadi kami naik flight. Ada beberapa low cost airlines di sini yang murah. Antara yang femes adalah Spicejet Airlines and Indigo Airlines.

Shuttle bus, Bangalore Airport.
Sedikit pelik adalah korang tidak dibenarkan masuk ke dalam airport unless flight korang lagi 4 5 jam nak gerak. Mungkin sebab airport dorang kecik and rakyat pulak bersepah. Dorang pun dah faham rakyatnya yang serba jakun, nanti kalau dapat masuk habis kecoh satu airport. Jadi tak nak pack sangat dalam tu. Tak macam KLIA kita tu besar, megah, kukuh dan indah senibinanya.

Bangalore Airport sangatlah femes dikalangan student Malaysia kerana kita semua balik thru this airport. Mumbai pun boleh tahan jugak, student kita yang belajar celah-celah hujung barat Karnataka seperti di Belgaum dan Karad suka naik dari sini. Sebabnya sama jer 12 jam perjalanan from tempat masing-masing. Lagipun flight kita nanti yang besar punya, Boeing 747. Tapi aku belum sampai lagi, InsyaAllah nak ke UK next year thru airport ni la pulak. Dengar kata ada daily flight ke UK every 2 hour. Harga pun murah. Hmm... kita tengok nanti.

Hyderabad Airport.
Haritu ada 1 kes senior JNMC cerita, Syafiq, dia kena pow dengan Kastam Mumbai. Macam siak dow, paria tu cakap tak boleh bawak keluar duit rupee dari negara ni. So dia rampas semua Rs 1000 from Syafiq. Alasan memang bodoh yang amat. Tapi sebab tak nak gaduh agaknya. Dia redha jela. So, nanti berhati-hati yer, paria sini memang suka ambil kesempatan terhadap foreigner. Kau jangan gelabah dan gopoh, selagi berani kau sound je direct. Kita ada hak!

TRAFFIC


Ini adalah part paling best bila kau keluar je airport. Saat inilah macam-macam benda pelik kau nampak dan nikmati. This is what we called India. Mesti-mesti lah kau kena naik taxi, bas, or whatever la kan. Kau tengoklah macam mana driver bus tu drive. Gila dow. Konpem dalam bas kau sentiasa mengucap mohon dipanjangkan umur murah rezeki and kalau sempat kau call mak ayah mohon diampunkan dosa agar dapat masuk syurga. Gila kau dia drive macam hape je dow. Main suka hati mak bapak dia je makan jalan orang. 

Aku ingat lagi waktu di Delhi, nak senang citer driver aku tu memang stupid la. Ada ke patut dia makan jalan orang tak tengok belakang and kebetulan pulak ada auto tengah speed sebab memang dah jalan dia. Memang lagi sipi-sipi je nak accident. Yang tak menahan tu, auto tu betul-betul tuju kat pintu belah depan tempat co driver yang aku duduk tu. Berderau darah aku. Rasa nak lututkan je prostate driver aku tu sebab bongok sangat. Dah memang salah dia, pastu tak puas hati pulak dah, dia pergi sebelah auto tadi, pastu dia maki hamum driver tu pulak. Dalam hati aku “Kau yang bodoh, nak marah-marah orang pulak, bajet SPM str8 A la tu”. Haha! Geram dow. 


Lagi satu kan, bila kau dah deal dengan taxi ni better kau deal betul-betul. Dorang ni kaki tipu dow. Memang kaki kencing yang sumpah rasa nak terajang je pangkal scrotum dia. Heerrr!! Ni pengalaman 1st time aku jalan di Mumbai, time ni memang ayam-ayam lagi. Kami pergi ber3 je. Deal dah cantik la dia nak hantar ke leather street di Mumbai. Deal kami Rs 1000 (padahal kalau ikut meter tak cecah pun seribu). Tengah-tengah jalan dia cakap dia tak pasti tempat tu kat mana, then dia suruh kawan dia dari celah mana entah hantar kami. 

So tukar la teksi lain, dia mintak 500 dulu. Aku bayarkan jela. Then bila dah sampai sana membe dia pow pulak kami lagi seribu. Memang kimak kan padahal tadi dah deal seribu baik je. Dia mintak extra 500 lagi. Bergaduh jugak beb. Sebab ni 1st time, kami redha jela bayar tak nak banyak cerita. Itu belum dengar kisah Azam di Mumbai yang kena pow Rs 500++ untuk perjalanan hanya 10 minit dari hotel ke airport. Siap paria tu mintak tip lagi sebab tolong angkatkan luggage dia. Nasib kau la Azam. Haha!

Hanif sedang deal nak ke Masjid untuk solat Jumaat, Bangalore.

Nak sedap citer kan ritu lagi la. Kami ramai-ramai tengok midnight movie Fast and Furious 5. Nak balik tahan la auto depan tu. Biasa malam dia caj Rs 60, tapi kali ni dia nak Rs 70. Deal nak mintak kurang tapi tak dapat. Dia bagi alasan bodoh sambil buat muka yang memang rasa nak cakap “KAU MEMANG KIMAK KAN PARIA?”. Aku paling pantang kalau aku cakap elok-elok tapi orang reply balik camsial sambil buat muka seluar pender. Aku tak boleh la. Sebabnya aku bukan jenis yang suka buat muka, so kalau ada orang reply camtu memang aku panas. Aku sentiasa senyum, senyum dan senyum. Hehe... 

Sambung balik cecite, setakat Rs 10 apa la sangat kan 70 sen tu, tapi sebab panas gila hati time tu, kami bla. Demi menjaga maruah kami sebagai student Malaysia yang berwibawa dan berhati besar memartabatkan nama Malaysia di persada antarabangsa, sanggup kami berjalan kaki dari Nucleus Mall sejauh lebih 5 km pulang ke hostel. Sampai sekarang aku tak tahu adakah tindakan ini berbaloi or bodoh. Korang rasa? Pliz beri jawapan.

Lagi yang best pasal India ni kan. Setiap bandar macam ada undang-undang jalan raya sendiri. Contoh la kan, di Belgaum kau tak nak pakai helmet motor pun takpe. Tetapi apabila kau pergi Bangalore hanya driver je kena pakai helmet, penumpang tak perlu. Kalau accident memang penumpang mampus dulu. Memang suatu keajaiban bagi kami apabila nampak orang drive motor pakai helmet di Belgaum. Kira macam sekali seumur hidup. 

Gaya pemanduan di Belgaum.
Belgaum.
Kerbau pun nak join racing nampaknya.
Ini pula gaya pemanduan di Brigade Road, Bangalore. Penumpang tak perlu helmet.
Ini pula di Mumbai. Siap pandang-pandang wa lagi tu.
Gaya pemanduan selamat.
Di Delhi pulak dua-dua kena pakai helmet. So, both ada chances nak survive la konon. Di Delhi masyarakat dia agak civilize sikit. Dari segi lalu lintas pun kau akan nampak mereka masih mematuhi lampu isyarat dan ada sedikit tolak ansur apabila memandu cuma still ada yang tak reti bahasa macam driver kami ritu.

Pernah sekali aku naik taxi nak ke hotel from Delhi Airport (driver lain). Disebabkan sudah terbiasa dengan culture Belgaum yang safety memang camsiak. Aku tak pakailah seat belt. Sekali driver tu boleh lecture aku sey. Dia cakap kena pakai seatbelt kalau tak nanti kena saman, ini semua untuk keselamatan. Bagus pulak dorang ni. Konpius aku.

Old Delhi.
Old Delhi.
Boleh tahan gak ek (tak baik kan aku ni asyik pandang rendah kat India jer)
Gulmarg Hill, Kashmir.
Belgaum.
Bangalore.
Delhi ada dua town, New Delhi and Old Delhi. Yang New ni kira up sikit la. Kat sini jugak korang boleh nampak kereta BMW, Mercedes, Jaguar, Ford, Proton (ops silap!)  jalan-jalan merayau atas highway. Ini jenis kereta import 2 pintu yang baik punya. Yang tak menahan tu budak muda pulak tu yang drive, awek pulak stok-stok muka Katrina Kaif. Jeles aku nengok. Pergh! style dow paria skang. Dah up sikit. 

Jama' Masjid
Kalau di Old Delhi, traffic memang jam gila dow. Bandar ni agar berterabur sikit.. Kusut kepala aku jalan sini.  Kalau nak cari halal food bolehlah datang ke sini kerana kebanyakan mereka yang stay disini adalah Muslim. Mereka femes dengan adanya Jama’ Masjid.

Sampai masuk longkang truck tentera ni. Srinagar, Kashmir.
Yang sedap pasal kereta disini kan, kalau kau perhatikan betul-betul kereta dorang mesti ada kemek-kemek. Pastu berdebu berhabuk semua bagai. Kau tengoklah masing-masing drive macam mana, haram jadah semua tu. Jalan raya pulak berlopak berdebu, sampah bersepah sana sini. Kalau di Agra kan, unta bersepah tepi jalan. Aku tak tipu punya. 1st time dalam hidup aku tengok unta. Besar siot. Dia nga dok angkut padi ber Kg banyak. Aku pun waaa.. Unta. Neway, India ni ada desert ke?


Aku suka bas express dorang sebab ada katil. Haa.. Jakun kan. Haritu 1st time aku naik ondaway nak ke Bangalore. Perjalanan dah ler 12 jam tapi sebab ada katil, boleh la guling-guling pusing-pusing atas tu (Tipu! Sebab size katil sangat kecik. Muat-muat kau sorang jer). Tapi jangan silap pilih katil pulak, kang kau pergi pilih yang double size tapi kau sorang. Tak pasal-pasal kau tidur sebelah paria. Tetapi kalau kau bernasib baik, dapat awek Hindi macam Katriana Kaif tidur sebelah mau kau tak sedap. Haha! (lucah la kau ni Aidil).

For double sleeper.
Boleh aku katakan majoriti students kita di India semua ada motor. At least vespa buruk la. Disini harga motor murah beb, kau boleh dapt Yamaha FZ dalam RM 8000 jer. Kalau nak beli motor tak payah nak tengok lesen semua, kau letak selepuk Rs 12000 depan paria tu konpem dia terus bagi kunci. Tapi yang tak best tu, sini minyak mahal beb, seliter RM 4. Bersyukurlah kita di Malaysia minyak murah, itu pun ada yang bising-bising. 

Ini motor pinjam jer, senior punya. Bajet comel la tu main tutup-tutup mata.
In case, kau kena tahan polis la kan. Dia akan mintak lesen, kau bagi je lesen Malaysia. Tapi ada yang  educated sikit dia tak nak lesen Malaysia, dia nak yang International punya. Kau cepat-cepat masukkan Rs 100 dalam poket dia konpem dia cakap "Okeh! you can go!" Hahaha!

Penat aku explain ni. Itu belum cerita kalau kau naik auto. Dengan caj lebih la. Bunyik horn yang memang sumpah riuh satu kampong. Aduh! Semput la kalau nak aku cerita semua dalam post kali ni. Dengan nak letak gambarnye lagi. At last korang tak baca pun apa yang aku tulis ni kan? Cukuplah ye setakat ini. Nantikan entry akan datang Oh India! Part 2 (Hygiene & Mentality)

Belgaum Fort.
AKu suka road ni. Rasa macam kat Europe. Kiri kanan bangunan old skool. Mumbai.
Srinagar, Kashmir.


Deretan auto di depan campus kita.
Kasihan sahabat-sahabat aku ni.


 Travel, travel jugak. Kewajipan terhadap agama jangan kita lupakan.