Monday, June 27, 2011

Soal Masa Depan

Best Blogger Tips

Pejam celik, pejam pelik sudah hampir 10 bulan kita berada di India. Kurang dari 2 minggu menjelangnya Profesional Exam Phase 1 yang dinanti-nantikan. Ada diantara kita berkobar-kobar mahu harungi exam ini (bukan apa, tak sabar nak balik Malaysia kan?). Ada juga yang masih terkapai-kapai dan buntu mahu mulakan langkah. Tetapi kebanyakan kita pasti STRESSSSSSS!!!

KENAPA? Kerana awal-awal lagi pihak MARA sudah roger
JIKA ANDA GAGAL 1st YEAR, scholarship anda dengan serta merta akan ditarik balik dan sambung pengajian di Malaysia. Of course lah tak nak! Ini semua cita-cita dan masa depan.
Paling sadis, mereka yang gagal perlu repeat 1st year semula. Tak nak la wei, dah penat kita semua pulun untuk setahun hafal tu hafal ni, belajar tu belajar ni. Berperang dengan Selanjar 1, 2 dan 3. Kemudian, kena repeat untuk jangka masa setahun lagi. Hui!!! Tak sanggup!

Walau bagaimanapun masa akan terus berlalu, exam tetap exam. Professional exam ini dijangka akan berlansung pada 18 July 2011 selama lima hari. After exam YEAY!!!! Balik Malaysia. Tahun ni kita amat bertuah kerana berpeluang berpuasa dan beraya bersama keluarga dan rakan-rakan di Malaysia lagi.
Sebelum itu, meh sini aku ceritakan serba ringkas tentang struktur pengajian bagi Phase 1 MD USM KLE. Ianya terbahagi kepada:
1.   1st Selanjar (10%)
2.   2nd Selanjar (10%)
3.   3rd Selanjar (10%)
4.   Profesinal Exam Phase 1 (70%)

Each selanjar contribute 10%, while Pro Exam 70% for overall Final Result 1st Year.

Fuh! Bila tengok jumlah soalan yang akan keluar dalam Pro Exam, mesti tercirit kau nak belajar. Dengan masa yang singkat, study week 2 minggu sahaja dan kita juga kena belajar basic pharmacology and microbiology. Memang mencanak!
PROFESIONAL EXAM

Covers all block (e.g : Cell & Tissue, Musculoskeletal, CNS, Lymphoid, CVS, Respiratory etc.)

Ratio: 
1.  About 36% from :
     -Endocrine and Metabolism
     -Nutrition
     -Reproductive
     -Basic Molecular Biology & Pharmacology
     -Host & Environment 
    *tolong jangan abaikan block-block terakhir

 2.  ~21% from each Selanjar

JADUAL PEPERIKSAAN

1.  18-20/7/2011: SEQ I & SEQ II (break in between)
     
SHORT ESSAY QUESTION (SEQ):
      18 SEQs

2.  21/7/2011 : OSPE
     
20 OSPEs 

3.  22-23/7/2011 : MCQ I & MCQ II
    
100 MCQs 

Oleh itu, marilah kita FOKUS untuk Pro Exam ini. Kesedaran perlu wujud bermula dari sekarang. Jangan lengahkan masa dengan benda-benda lagha. Jangan ambil pusing hal-hal remeh temeh. Untuk 2 minggu ini, fokus betul-betul. Setiap hari mesti sebut “AKU MESTI LULUS PRO EXAM”. Ingat kawan-kawan ini peluang terakhir kita. Jangan sia-siakan begitu sahaja. Lebihkan masa untuk pelajaran dan ibadah.
Belajar sungguh-sungguh. Struggle selagi mampu. Kalau dulu tidur 5 6 jam, cuba kurangkan sikit kepada 4 jam. Exam kali ni bukan calang-calang exam. Jumlah soalan memang dah mencanak. Dengan jumlah blocks yang kena cover dalam masa kurang dari 2 minggu ni memanglah azab. Cuba cover all blocks mana yang mampu. Paling elok kita baca topic yang tak pernah kita faham sebelum ni. Contoh: Embryology dan Cranial Nerve (yang memang aku tak suka). Tak perlu by hard, just mintak kawan-kawan explain. Dapat gross idea dah cukup.
Korbankan sedikit waktu tidur kita. Lebihkan masa untuk study. Tetapi jangan sampai jatuh sakit.
Tengok gaya agak mustahil untuk cover dan hafal semua blocks. Tak mustahil. STUDY SMART!!! Seperti yang Prof KJ pesan. Belajar core and basic subject dulu, yang ranting-ranting jangan tekankan sangat. Sekiranya anda bijak, try spot possibilities soalan yang mungkin akan keluar. 
 Usaha dah usaha, kewajipan pada Allah jangan diabaikan. Saat-saat macam ni, kita perlukan redha dan berkat dariNya. Berdoa sungguh-sungguh penuh kushyuk pada Allah agar dalam jangka masa kurang dari 2 minggu, kita dikurniakan nikmat menuntut ilmu yang tidak pernah kita jangkakan. Diberi segala ketenangan dan ketenteraman hati perasaan agar segala urusan pembelajaran permudahkan. 

Paling utama adalah KEBERKATAN. Jika tiada keberkatan, apa jua usaha kita akan jadi sia-sia belaka. SEMOGA APA YANG BENAR-BENAR KITA BACA, FAHAM, INGAT DAN HAFAL SAHAJA YANG AKAN DITANYA DALAM PEPERIKSAAN NANTI. INSYAALLAH~
Jaga hubungan sesama manusia. Jangan bongkak dan takbur dengan ilmu yang ada. Sekiranya sebijak mana pun anda, tetapi riak dan takbur. Bila-bila masa sahaja Allah akan tarik nikmat ilmu kamu. 

Share ilmu kita dengan bantu rakan-rakan yang lemah. Supaya berkat bantuan kita, malaikat mendoakan kejayaan kita nanti. During study week nanti kita ramai-ramai buat majlis bermaaf-maafan bersama lecturers dan juga sahabat-sahabat. Seelok-eloknya kita adakan solat hajat perdana. Kita lakukan beramai-ramai.
Share segala ilmu yang ada. Luangkan masa beri tunjuk ajar pada rakan-rakan yang lemah.
Dalam masa yang sama perbanyakkan ibadah sunat seperti Solat Sunat Taubat, Hajat, Tahajud, Witir dan Dhuha. Cari ruang dan masa untuk bahagikan antara belajar dan Ibadah. Dalam keadaan sebegini, Allah yang paling hampir dengan kita. Ambil kesempatan berdoa minta diberi petunjuk dan ilham agar urusan kita ini sentiasa dipermudahkan.

TIPS : dari Ustaz, sebaik-baiknya lakukan solat sunat taubat dahulu diiukuti solat sunat hajat. Agar dihilangkan dosa-dosa yang menghalang makbulnya doa.

Berdoa sungguh-sungguh dan penuh kusyuk dalam hati untuk dapatkan pertolonganNya. Semoga Allah memberi kita segala kemudahan yang sampai mana kita tak terminta. Kadang-kadang tu, Allah nak beri kita kefahaman dalam pelbagai bentuk. Ada kalanya sewaktu kita berjalan pulang ke kelas mahu pun dalam mimpi. Boleh juga, ketika hendak exam kita tergerak hati mahu baca topic itu dan tup-tup memang itu yang keluar. Ada juga, apabila kita belajar kita terlalu memberi tumpuan terhadap satu topic. Kita asyik-asyik mahu baca, berulang-ulang kali menghafal dan faham betul-betul topic itu. Tengok-tengok memang itu yang keluar exam. Semua ini rezeki.
Berdoa sungguh-sungguh.
 Rajin-rajinkan diri untuk turut serta dalam solat jemaah. Mungkin orang kata anda hipokrit kerana apabila nak exam baru nak ingat jemaah, baru nak hebatkan ibadah. Abaikan semua itu, yang penting niat kita. Dalam keadaan begini kita perlukan keberkatan dan redha dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan berpaling dari hambanya.

Kerap kali hubungi ibu bapa dan ceritakan pada mereka tentang Pro Exam ini dari A to Z. Apabila mereka benar-benar memahami situasi dan perjuangan kita, InsyaAllah apabila mereka berdoa, mereka akan lebih bersungguh-sungguh dan penuh rasa harapan pada Allah supaya anak-anak mereka berjaya.
I miss u Abah.
 Disamping itu, jagalah hubungan sesama rakan. Kurangkan benda-benda gossip yang tidak berfaedah. Kalau ada terasa hati, dendam dan sebagainya. Maaf-maafkan la ye. Jadilah mereka yang berlapang dada. Mudah memaafkan kesilapan orang lain. Hutang piutang jangan lupa diselesaikan. 
Study group agar cepat dapat cover topic penting.
Jika ada masa terluang, lekas bersoal jawab dengan rakan tentang isu pelajaran. Minta bantuan rakan-rakan sekelas jika ada sebarang kesulitan mengenai pelajaran. Tidak kiralah rakan lelaki mahupun wanita, yang pasti kita hanya mahukan ilmu dan perjuangan kita semua tetap sama. Buat study group jika perlu. Design semula timetable yang mantap untuk 2 minggu ini agar kita mampu cover all blocks. Jika ada sebarang kesulitan isu pelajaran, minta bantuan rakan-rakan. Dapatkan jawapan dengan segera. Kalau nak bukak buku semua mungkin ambil masa. Study smart.
Ada masa terluang, berbual lah soal pelajaran.
Kesihatan jangan diambil remeh. Jaga makan minum. Kita di India ni makanan bukannya bersih sangat lagi-lagi sekarang musim hujan. Kulat bacteria bersepah sana sini. Makan makanan panas. Kebersihan diri jaga eleok-elok agar kita sentiasa sihat. 
Diet kena seimbang agar kita sentiasa sihat menjelang hari examination nanti.
Apabila selesai exam, tawakal pada Allah. Serahkan 100% pada ketentuanNya. Yang pasti, kita sudah berusaha, baik buruk result kita nanti semua urusanNya. Jika diberi kejayaan, berdoa agar kita tidak bongkak dan takbur. Jika sebaliknya, berdoa agar tidak berputus asa dariNya.
Sekali lagi diingatkan, Profesioanal Exam ini adalah penuntu masa depan kita. Jangan buat sambil lewa, jangan sia-siakan harapan ibu bapa kita mahu lihat anak mereka berjaya. Kita telah berhempas pulas sebelum ini untuk melayakkan kita berjaya menyambung pengajian dalam bidang perubatan, jadi jangan sia-siakan peluang ini. Lagi tu, kita memikul tanggungjawab yang besar kerana kita menuntut ilmu menggunakan wang rakyat dan mereka mahukan kita semua berjaya dan berbakti pada mereka. 
We love U Prof KJ. Thanx for everything.
 Jika kita lihat, pengorbanan Prof KJ pada kita memang tidak terhingga. Every week dia buat kelas tambahan bersama kita. Bagi tips exam. Segala masalah semua kita share dengan dia. Baik soal belajar, makanan,hostel, shopping dan masalah peribadi. Siapa tak hargai pengorbanan dia memang tak kenang budi. Dia ibarat bapa kita disini. Jangan hancurkan harapan besar dia nak lihat 44 orang 1st batch USM KLE lulus cemerlang Pro Exam ini.  Janji pada diri masing-masing yang kita akan usaha sungguh-sungguh!
Jangan hampakan harapan Prof KJ.
Apa-apa pun yang pasti, tiket flight balik semua kita dah beli kan? Tarikh tetap flight jatuh pada 1/8 (to Malaysia) dan 11/9 (to India). Lebih kurang sebulan cuti di Malaysia. Jadi plan cuti anda dengan sebaik-baiknya, agar kita dapat relax enjoy sebelum meneruskan perjuangan untuk 2nd Phase nanti InsyaAllah~
Tak sabar nak tunggu saat ni. Menunggu waktu flight balik Mesia.
Tapi yang tak bestnya, cuti time puasa. Jadi tak dapat la nak jalan-jalan sangat. Sebab apa, sebab puasa nanti cepat penat plus kena banyakkan ibadah-ibadah sunat, BULAN PENUH BERKAT nih. Rugi tak ambil peluang. Kalaulah cuti bukan time puasa, memang aku dah pergi Jakarta, Bandung dan Bali. Hak3... 

Akhir sekali, aku ucapkan semoga berjaya pada sahabat semua. Pastikan kita lakukan yang paling terbaik untuk Profesional Exam ini. Semua pilihan ditangan kita. Tetapi aku yakin kita 44 orang pelajar 1st Batch USM KLE pasti lulus dalam Profesional Exam nanti. Amin~

Sekian~

Aku doakan kita semua BERJAYA