Monday, May 23, 2011

Saya suka hobi MAHAL

Best Blogger Tips
Dulu zaman sekolah rendah cikgu BM selalu tanya “ Hah, awak yang dibelakang tu, bangun dan sila ceritakan pada kelas hobi awak pada masa lapang?” Seorang budak bangun. Dengan yakin dan semangat dia menjawab. “Hobi saya mengumpul setem dan menangkap rama-rama cikgu!”  Sudah!! (pap! sambil menepuk kepala). Ini kategori jawapan budak noob. Jenis yang pakai specs bulat besar dan gigi jongang. Hak3! Orang jawablah “ Hobi saya suka usha awek, melepak dan isap rokok cikgu!” Memang penampar padu kau dapat.
Zaman Sekolah Rendah
Kalau aku kecik-kecik dulu suka sangat battle digimon. Semangat gila bela 2 3 minggu, bagi makan, training tiap-tiap hari. Bila dah mantap, bawak pergi sekolah dengan hasrat berkobar nak menang battle. Lawan punya lawan, last-last mampus! Paling tragis, bila kena rampas dengan cikgu. Hampeh tul!
 Lagi satu, breakdance! Hah, kan zaman millennium 2000 tengah sibuk dunia hip-hop. Too Phat tengah naik, klip-klip video semua ada breakdance. So aku terjebak sekali, kteorang pun try pusing sana-sini sampai tergeliat tengkuk. Bila fikir balik, eeeuuww... Geli jer breakdance ni. Tak matang lansung!

Zaman Sekolah Menengah
Okeh, sekarang kita masuk hobi di zaman sekolah menengah pula. Bila dah besar, otak pun dah matang. Nafsu pun membuak-buak. Hobi pun berombak-rombak. Nak yang mahal-mahal jer. Tak ada duit sanggup pinjam mak bapak. Beli tu beli ni. Itulah aku. Hehe..

Kebanyakan hobi aku bergerak parallel dengan zaman. Tahun 2004 tengah hot pasal skaters. Macam biasa, aku join budak-budak skate. Fuh memang mahal dow hobi ni. Skateboard complete set cecah RM 600 + kasut  dll cecah RM 1K. Kalau deck patah nak beli dah RM 129 (Powell). Untuk aku budak sekolah yang setiap hari income abah bagi RM 2 (sikit kan, kesian aku) memang tak cukup nak beli benda alah ni. Try mintak naik tak dapat, ekonomi gawat katanya. Cuma masa Form 3 dapat naik 50 sen jer. Hak3.. Abah oh abah!!
Geoff Rowley. Idola skateboarder aku.
Kau tahu apa aku buat. Aku pergi collect surat khabar lama, tin-tin kosong pastu jual (betul ni). Bagus kan? contohnya, disekolah setiap hari rabu akan dapat NST free. Kau paham-paham jela budak sekolah. Mana nak baca sangat paper ni. Jadi dorang buang bersepah tinggalkan dalam kelas. Before balik rumah, aku pungut paper tu semua bawak balik dalam 10 naskah sehari. Esok lagi sepuluh naskah. Pergi setiap kelas amik sikit-sikit. Kalau seminggu lebih 1kg aku dapat. Hahahaha... (desperate gila kau ni). Kalau dirumah, aku telah ditempah khas untuk mencabut uban mak, upahnya sejam RM 10. Hak3! (mak ni biarlah uban tu, kan nampak seksi, kaler blonde putih gitu). 
Aku tak adalah desperate sampai macam ni kan.
Tak cukup dengan itu, aku jual nasi lemak di sekolah beb. Bongok la bila fikir balik. Harini aku collect order, esok aku bawak. Nasi ni bukan mak aku prepare. Tapi aku amik dari stall tepi jalan. Satu bungkus aku beli 50 posen, jual 70 posen. Bisnes kena ada untung (zaman dulu makanan murah-murah, tak macam la ni. Mahai sungguh!). Order paling banyak adalah 20 bungkus sehari. Korang boleh bayangkan macam mana aku bawak pergi sekolah. Beg besar nak mampus. Sampai wa beli bag camping wa cakap lu. Hak3! Serius! Bila cikgu tanya “ Apa benda yang kamu bawak besar sangat ni?” aku jawab “ Buku rujukan cikgu. Dah dekat nak PMR ni cikgu, kena usaha lebih”. Terpaksa tipu sunat demi mengisi perut rakan-rakan.
Uih! sedapnya aku tengok. Dah lama tak makan.
Kalau nak ikutkan dari income di atas memang harapan lah nak beli skateboard. Actually aku kerja dengan family. Kami bukak catering. So, akulah orang yang akan handle selain abang dan bapak aku. Tolong angkat, hantar dan served. Tak lupa basuh semua pinggan mangkuk tu. Paling dahsyat aku pernah tolong handle untuk 2500 orang. Kawat kaki peringkat negeri Johor. Bapak pancit! Tak lupa sahabat aku Pxsern yang sama-sama memerah tenaga membasuh pinggan. Sebab aku anak, so income aku memang sedap la kan, boleh cecah RM 300. Kadang-kadang mintak up lagi tu.
Kau tengok berkecah tak berkecah umah aku ni. Heeerrr!!
Nampak gaya aku ni struggle kan nak duit. Nak kata family aku ni miskin, tak la jugak. Cuma mak bapak aku ni tak didik anak-anak hidup mewah. Lagi-lagi nak sponsor anak-anak dia beli benda membazir macam ni. Kalau nak, usaha sendiri. Bila aku mintak abah nak duit beli skateboard,  dia akan jawab “Carilah games lain, main bola ke?”. Aku pun “Okeh!” Pergi kat mak pulak “Mak, oo mak?(dengan suara manja) gaji dah masuk kn? Ada duit kan? Idil nak beli deck Rm 190 boleh?” dia jawab “Mahainya. Nah RM 50 jer bole”. Hah! Kan senang.hehehe... (anak bongsu katakana. Huhu)

Aku ada sejarah yang boleh dibanggakan jugaklah. Actually, aku pernah retak jari masa main skate. Bising mak bapak aku. Sampai tak izinkan aku main skate lagi (sayang anak katakan). Aku degil main jugak, keluar rumah sembunyi-sembunyi. Nak buktikan yang aku ni hebat, aku pernah dapat 5th place masa Batu Pahat Extreme Games yang dianjurkan Rakan Muda. Pesaing aku bukan calang-calang, skaters satu Malaysia turun. Ada Fuad, Ilyas, Joe Ipoh dan Botak. Entah macam mana boleh menang. Balik rumah bawak hadiah. Terkejut mak aku. Lepas tu, terus dia tak kata apa.Lantak ko la nak main ke tak.
Idola band Indie Msia yang aku minat. Kalau koran perasan, Disko Dansa adalah tajuk lagu The Times.
Masuk tahun 2005, tengah sibuk pasal budak-budak skinhead dan punk. Yang ni bagus sikit, wa tak join budak-budak ni. Wa join muzik dorang jer. Time ni la aku dok sibuk join jamming sana sini. Belajar main drum. Best woo... Sekali lu dapat ketuk bunyi pulak masuk dengan muzik. Memang stim beb wa cakap lu!

Tak lupa jugak, aku minat kumpul jeans. Tapi jeans bundle jela. Mana mampu nak beli baru (budak sekolah lagi). Sanggup aku naik basikal, kayuh tengah hari buta sampai setengah jam pergi bundle. Dok belek-belek seluar. Cari yang smart-smart. Aku pernah ada Levi’s, Lee, Edwin, Wrangler, uniqlo dan macam-macam lagi. Semua ni bundle jela. (kau tak geli ke pakai bekas orang? “aku dah basuh bersih-bersih ler. Tawakal jela”)
Jeans jenis ni mahal harganya sebab kepala kain.
Dari sini la aku belajar macam mana nak kenal jeans kualiti terbaik, sedap pakai. Ada jenis kain minyak, kepala kain, limited button dan limited edition yang mana jeans ni ada 1000 pasang je di dunia. Siapa pakai memang kaya tahap dewa. Mahai woo!! Cecah ribu wa cakap lu.
1st original jeans Levi’s aku adalah hadiah daripada gaji bonus abang aku yang membuak-buak lagi berombak-rombak. Tiga bulan straight dia dapat bonus. Dia angkut kami adik-beradik pergi Levi’s store, then dia suruh pilih nak yang mana. Aku pun WTF!!! Bestnya!!! Wa pilih jeans paling latest. Harga pun highest. Masyuk...
Aku ni jenis brand conscious. Aku sangat particular tentang brands. Kalau cikai-cikai ni wa jarang layan sikit. Kalau layan pun banyak kerenahnya. Tengok design dulu, kualiti kain dan harga. Kalau menepati citarasa, baru aku beli. Bukan apa, bila kita beli barang yang elok, for sure benda tu tahan lama. Benda branded ni bila pakai kita akan rasa ada satu keyakinan dan kepuasan gitu. Tapi kau jangan la angkat macam DKNY, Zara bagai. Itu memang untuk golongan atasan, dewa kaya. Graphic tshirt pun dah harga RM 199. Siak mahal. 
Aku selesa dengan NIKE.
Sebagai contoh; aku beli sling bag Nike harga memang mencanak RM169, tapi dah masuk 3 tahun still boleh pakai dan nampak cool. Sama juga dengan kasut, beli mahal dan tahan lama. Terbaru aku beli Crocs di myntra.com. Dah lama aku aim design ni time Alevel lagi. At last dapat jugak. Harga di India pun murah dalam RM 15 dari Malaysia. Kira ok la kan. Duit ada, apa adahal nak angkat mahal-mahal. Beli terus mahal, pakai sampai jahanam. Tapi dah beli jangan kau simpan pulak. Guna sampai hancur lebur. Baru puas hati. Tak payah sayang-sayang sangat. Favourite brand aku adalah NIKE.

Prinsip aku: kalau ada keinginan, benda itu antara suatu keperluan, duit pun ada, kau shoot je beli! Jangan fikir banyak. Lagi aku nak share soal barang branded ni kan. Orang selalu berpendapat beli mahal- mahal tapi kualiti sama je dengan yang murah. Pada aku itu semua salah!! Tengok sikit, kau cuba beli barang yang original dan kau pakai jugak yang local. Kau akan dapat rasakan perbezaan dari segi kualiti material , keselesaan, kelembutan, design dan teknologi barang tersebut. Tak caya lu try sekali beli kasut mahal. Tengok apa komen. 
Kalau bab gadget ni aku kurang sikit. Aku beli BB Torch ni pun sebab aku rasa keperluan coz aku suka travel dan adanya smartphone macam ni memudahkan aku nak browse kat internet tentang suatu tempat. Application dia pun memang macho terbaik. Bole usha dan book tiket flight, tengok kiblat, GPS, Facebook dan macam-macam lagi. Plan nak angkat iphone, tapi aku tak suka touch screen sebab asyik salah tekan jer (maklumlah tangan gajah).
Bersama BB kesayangan. India Mahai woo..
Disebabkan result PMR aku yang tak seberapa, aku ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh, SAMURA. Semasa di SAMURA aku join rugby. That time siapa budak-budak rugby memang ala-ala macho tough gitu. Time ni la fitness dan body aku naik mencanak. SAMURA Johan Rugby Daerah Muar. Bangga beb! Kami berjaya mengekalkan title Juara Rugby Daerah 3 tahun berturut-turut. 

Tapi apa yang sedih, aku pernah injured teruk. Nak ceritakan yang aku ni kental dan bersemangat membara, dah patah jari masa 2nd match pun aku lenjan main sampai final. Time final tangan dah biru bengkak. Gigil-gigil aku pegang bola, tapi wa lenjan jer langgar orang sana sini. Hak3! (nasib baik Johan).

Tak cukup dengan tu, injured paling teruk dalam hidup aku adalah patah kaki kanan. Tibia and fibula patah, compaund fracture. Aku di tackle dengan dahsyatnya oleh rakan aku Apan (budak bola) sewaktu nak try score. Sedih dow, dah nak SPM. Naik kerusi roda je masuk dewan exam.
Kamilah juara. Walaupun majoriti badan kecik-kecik, tapi main tetap mantap.
Cian kan tengok mamat ni, nak amik wuduk pun atas wheelchair.
Hah, OKU pun dapat anugerah beb. Lencana Separuh.
Zaman Pre U
Aku amat rindu saat ni. Nikmat berkawan paling indah.
Setelah puas melalui zaman-zaman yang penuh kegembiraan lagi pembaziran. Kini Aidil semakin matang. Aku dah kurang kan shopping-shopping ni (yeke? kau sure??). Duit aku banyak habiskan dengan makanan. Every weekend, turun town Kuantan pergi melantak di McD, Johny’s, Pizza Hut, Kenny, Delifrance dll. Berat badan meningkat dengan mendadak time ni.  Cecah 84 kg. Haha... jangan memain. Sekarang maintain 80 kg (ni berat muscle k). Lagilah aku tak bersukan sebab patah kaki. Rugby, bola, skateboard dan jogging semua aku tinggalkan hampri 2 tahun tanpa sukan. Muka wa memang chubby abis beb time ni. 
Kolej Kesayangan walaupun awal-awalnya management sangat teruk.
Doktor pun cakap untuk 2 3 tahun ni main sports yang ringan-ringan jer. Jogs pun sikit-sikit jer. Awal-awal dulu masa jogs kaki aku tempang. Siot budak-budak ni gelak. Lama-lama bila dah fleksibel, ok da. Sekarang dah boleh lari dengan machonya . Cuma tak boleh speed macam dulu. Percaya atau tidak, mamat gemuk ni pernah wakil sekolah dalam acara 400m dan 4x400m MSSD (High School Batu Pahat) untuk 2 tahun berturut-turut. Jadi last runner pulak tu (biasanya last runner ni gila mencanak laju) * aku tau bajet sangat dah ni. Korang layankan jela k.
 Bila weekend, selalu juga aku pergi tengok wayang. Midnight movie la. Baru bujang beb. Sikit-sikit tu, aku sempat kumpul graphic tshirt yang murah-murah (kata tak suka barang murah? Yang ni murah berkualiti). Sehelai RM 20. Kadang-kadang layan jugak Seed and Padini. Jiwa shopping tak boleh dipisahkan. Income pun tak banyak sangat coz duit scholar sebulan RM 100 je (sikit kan? sebabnya makanan telah disediakan oleh pihak kolej). Bila dah besar, nak mintak mak bapak segan la pulak (tahu pun segan kan? tapi aku tengok kau mintak jugak tiap-tiap bulan).
Gampang Water Theme Park (eyh silap. Gambang)
Jamming tetap jamming. Every weekend pergi berdentum. Budak-budak ALevel memang tak skema la beb. Semua sempoi kaki enjoy je kteorang ni. Tapi result mantap je semua. Tahniah2!! Kami siap tubuhkan band, The Ketones dengan niat nak menang battle of the band. Tapi kalah. Hak3..
Zaman Sekarang
Setelah bergelar pelajar perubatan, hidup aku semakin serius. Dah tak lincah macam dulu. Nak main sana-sini rasa serba salah jer. Jadual hidup fixed gila. Kerja belajar je memanjang. Tapi jiwa shopaholic tetap ada. Kadang-kadang bosan, usha-usha ebay tengok barang-barang. Tak pasal-pasal dengan tak sengaja Eh! Tertekan button BUY THIS ITEM. Hak3!! Bukan apa duit banyak (duit banyak, lu simpan lah untuk kahwin!! “Kahwin time 4th year nanti, sekarang enjoy travel shopping dulu”)

Orang cakap kalau duduk overC tak travel memanglah rugi. Jadi matlamat aku sekarang adalah Travel 2/3 Dunia sebelum berkahwin. Fuh! Yang ni memang aku serius. Maklumlah, duit scholar berlambak. Dari aku bazirkan shopping lebih-lebih sangat baik aku kumpul pergi melancong. Aku dah selesai backpacking North India. Pergi Kashmir, Delhi, Agra (Taj Mahai) dan Bangalore. Aku habis dalam 2K ritu. Previously aku dah ke Hyderabad. Terbaru aku baru balik dari Goa. Happening siot!

Kenapa perlu kita travel? Begini, cuba anda fikir dalam-dalam. Kerajaan telah habiskan hampir RM 500K untuk hantar kita belajar di India dengan harapan kita ada kualiti yang lebih hebat berbanding pelajar-pelajar dalam negara. Kualiti yang macam mana tu? Pelajar di Malaysia, cabaran mereka berbeza denga kita dimana kita jauh dari family, berbulan malah bertahun tak jumpa family. Apatah lagi nak cium tangan mak ayah (sedih woo). Lagi tu kita bercampur dengan mereka yang lain bangsa dan adat dengan kita. Kita lebih independent; belajar memasak, belajar menguruskan wang, kesihatan, rakan-rakan dan sebagainya. Tapi apa kaitannya denga travel?? (sambil menggaru kepala tanda tak paham apa mamat ni sedang bebel).
Gateway of India, Mumbai.
Fatehpur Sikri, Agra.
Bombay Post Office kot. Aku xsure, tapi ni kat Mumbai, bangunan dia macam Europe.
Weee... Singapore pun saya dah sampai (eleh, dekat je pun)
Macam ni, kalau kau pergi travel macam-macam pengalaman kau dapat. Aku dah pernah rasa, jadi aku cuba share dengan korang (patutnya ni untuk separate post. Tapi takpelah dah alang-alang). Boleh aku kata kan backpacking di India memang suatu cabaran yang boleh mematangkan korang

Dengan rakyat dia yang super miskin dan sangat tegar untuk dapatkan duit dengan cara kuat menipu, kerja nak untung lebih ( tempe memang pukimak!!). Kau bayangkan membe aku pernah kena tipu di Mumbai, naik auto Rs 2000. Aku ulang balik Rs 2000 beb untuk perjalanan hanya selama 20 minit. Memang celaka lakhanat kan. Ikutkan hati nak je dia sparing terajang paria ni. Tapi dia cuak coz sorang-sorang je time tu, nak tak nak bayar jela.
Tapi stakat ni Alhamdulillah aku tak pernah kena tipu seteruk tu. Before backpacking aku amibil masa hampir 3 minggu wat research tentang suatu tempat tu, tanya kawan-kawan yang dah pernah pergi, baca forum, check pengalaman buruk tourist disana dan macam-macam lagi. So, kiranya kami ni well prepared la. Lagi satu kan, nak masuk Taj Mahal kena bayar Rs 40 for local people, tapi kau tahu tourist kena berapa? Rs 700 dow. Babi pukimak government India ni. Memang cekik darah. Ini memang aku nak menyumpah. Kaut untung gila-gila dow dorang ni. India memang corruption. (maaf la ye banyak carutan disitu. Hehe)
Awek cun macam ni memang selalu akan ko nampak. Comeinya dia. Hehehe..
Comei..
Banyak lagi pengalaman yang akan korang dapat. Sekarang aku dah semakin yakin nak speaking English. Dapat faham sedikit sebanyak adat dan perangai rakyat India ni. Tengok keadaan negara dorang dari yang super miskin sehinggakan yang super kaya raya. Tengok keadaan golongan Syiah di Kashmir. Tengok rakyat di sana yang cantik molek cun semua rasa nak kahwin terus jer. Dapat rasa snow semua. Bila bershopping di India, aku dah reti nak nego harga yang murah coz dengan tourist dorang suka double or triplekan harga. Selain itu, dapat buat membe dengan tempe ( tadi kata tempe pukimak? Kau kawanlah dengan tempe yang tak pukimak, tu pun nak ajo ke). Kat Kashmir pun sempat pergi ke rumah dorang. Amik no phone semua.
Kau amik gambo apa tu dil???
Tentang ibadah juga banyak cabarannya. Sebelum ni kalau di Malaysia kita nak solat mudah je kan, kiri kanan bersepah masjid surau. Setiap R&R pasti ada surau. Once kau travelling overC, macam-macam pengalaman akan kau dapat bagaimana nak jaga solat. Soal solat tepi jalan, dalam kereta dan bas, di airport, atas flight dan solat menghormati waktu semuanya akan menjadi kebiasaan apabila travel nanti. Sebelum ini kita hanya dengar dan belajar tetapi tiada praktikalnya. Once kau travel, benda ini semua akan kau lalui. Dan dari sinilah akan kau uji sejauh mana kuatnya iman tu. Adakah sanggup kau nak abaikan solat semata-mata kerana situasi? 
Cuba uji sejauh mana keimanan anda apabila travelling.
Lagikan aku ada camera, segala memori travel aku dipaparkan melalui gambar-gambar dan sedikit sebanyak aku share di blog. Seronok dan amat-amat seronok. Aku tak kisah berhabis sehinggakan beribu-biru ringgit, asalkan aku dapat pengalaman yang boleh aku ceritakan pada rakan-rakan dan adik Junior di Malaysia supaya dapat membakar semangat mereka untuk belajar rajin-rajin dan fly ke Overc menuntut ilmu. Pengalaman itu semua membuatkan aku lebih bersyukur pada kesenangan yang ada di Malaysia dan lihat sendiri keadaan umat Islam di India malah keadaan sekeliling yang penuh cabaran (ceh! Ayat bajet kan. Hak3)
Ini kau kata matang???!!
Yang ni baru nampak brader-brader kan. Macho abis..!
Seronok !!! 1st time main snow.
Kalau kau duduk overC tapi kau hanya pagi petang pergi kelas, malam dok bilik study. Weekend ko jus hangout dengan membe-mebe pergi town tengok wayang shopping semua, malam study lagi. INI SERUPA JER DENGAN STUDENT DI MALAYSIA. LEBIH BAIK KAU STUDY MALAYSIA. KUALITI KAU SAMA JER DENGAN STUDENT MALAYSIA. STUDY STUDY DAN STUDY. UTILISED PELUANG YANG ADA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. AGAR  APABILA KITA PULANG KE MALAYSIA, KITA MAMPU LAKUKAN PERUBAHAN ATAU SAMPAIKAN PENGALAMaN KITA KETIKA BERGELAR PELAJAR LEPASAN LUAR NEGARA. ANTARA LANGKAHNYA ADALAH DENGAN TRAVELLING MELIHAT DUNIA SEKELILING.
Untuk 2nd year ini aku plan nak ke Maldives (semingu) pada cuti raya Cina dan ke Egypt (seminggu) InsyaAllah pada cuti Selanjar 1 phase 2, ke China (seminggu) Selanjar 2 dan yang paling aku sangat-sangat nak pergi adalah ke Europe selama 3 minggu pada cuti final 2nd year. Soal duit aku tengah usaha kan ni. Mungkin mencecah 10-11K. Hahahhahahahaha... Banyak siak!!! Mana wa nak cekau ni?? Takpe-takpe kenalah berjimat ye Aidil oii. Deactivate eBay account awal-awal. Debit card tu simpan dalam bilik besi, guna bila perlu jer. Hak3...

Tengok gaya macam gelabah kan mamat ni nak jalan semua negara dalam 2nd year ni. Bukan apa, untuk 3rd year aku ada plan lain. InsyaAllah ada rezeki nak ke Umrah. Amin... Dah alang-alang tu jalan Syria dan Jordan sekali. Untuk  4th year nak kena kumpul duit untuk kahwin pulak. Final year pulak dah nak kena standby duit untuk dapat baby. Hahahahaha... p/s: kemas kan planning aku. Huhu.

 Sementara tengah muda ni dan ada masa, baik kita melancong. Cari pengalaman, tengok tempat orang. Nanti bila dah jadi doctor lagi la sibuk. Orang kata mahal la, membazir la, baik pergi tempat dekat-dekat dulu la. Tapi aku peduli apa, buat dunno sudah. Yang penting, realisasikan impian anda agar anda tidak menyesal atau terkilan di kemudian hari.

Aku suka ulang benda ni. Kerajaan dah berhabis beribu-ribu duit hantar kita belajar India dengan harapan kita ada kualiti atau pengalaman yang berbeza dari pelajar di Malaysia. Hahaha...
Kita sambung hobi lain pulak. Tak lupa juga, aku minat photography. Baru jer beli Nikon D90. Tak abis explore lagi camera ni. Pics pon tak smart sangat. Tak ada masa nak explore sangat. Juz basic jer. Tambah aksesori sana sini dah cecah 4K ni. Mahal memang mahal. Ini 80% hadiah dari mak aku coz dapat fly India. Wuhuu... thanx mak.
Bertuah ada camera ni.
Less but not least, aku sekarang tengah bela rambut. Saje nak rasa best ke tak berambut panjang bak kata yat “ kita bela rambut, bukan gembut! Hahahaha! (kau memang lucah kan yat). At least seumur hidup, aku pernah berambut panjang. Untuk 2nd year sori la ko nak bela rambut. Masuk hospital patients tengok pun menyampah. Mdm Vidya pun dah dok sound  nganjing aku cakap rambut dah macam pop star. Serabut tak kemas semua. Aku explain kat dia, untuk 1st year ni je aku bela. 2nd year kau tengok la ye, sekemas-kemas Aidil akan kau nampak. Rambut kemas, janggut panjang bersongkok haji. Hak3.. (sumpah kau bajet gila. Nyampah!)
Rambut paling sampah! Hahahaha..
Selepas ni, aku akan sentiasa kemas macam ni. Okeh???!
Lagi satu, aku dalam usaha nak berketak-ketakan. Aku mahu merealisasikan Mission Possible : Jom berketak-ketakan. Ini semua pengaruh dari kawan-kawan aku di Russia. Badan semua bagak-bagak. Kteorang siap challenge lagi raya this year nak reunion tengok sape paling ketak. Hak3... Pemenenag kena open table untuk semua. Tinggal lagi 2 bulan sebelum balik, aku pun tengah pulun nak cutting kasi ripped mencanak agar bole challenge dorang yang dah terang-terang bagak ketak nak mampus. Takpe-takpe, I takkan give up. Hahaha...

Zaman Dah Kerja (akan datang)

Aku plan nak kumpul bini! Hak3!

Aku teringin sangat nak beli superbike walaupun belum ada lesen motor (nak amik dulu tapi kaki patah). Dapat sebijik yang masyuk. Memang wa bela baik-baik. Pergi hospital naik motor. Macho la siak (cuba korang bayangkan jap? Ensem kan nanti. Hak3)
Motor macam ni lah kita bawak pergi hospital nanti, Macho siak!
Motor macam ni kita bawak nak ke Masjid. Jangan bawak besar-besar, nanti riak.
Kalau yang ni, bila nak ronda-ronda town dengan bini. Hah! baru encem.
Nak jugak kumpul jam mahal-mahal. Aku target nanti hantaran kahwin aku nak beli Tag Heur RM 10K (Hah,amik kau! Dah boleh beli RXZ sebijik)

Nak kumpul kereta gak. Tapi ni tunggu aku dah jadi senior consultant ke. Angkat Audi RX8 ok gak, Lamborgini Gallardo ke? (besar sungguh angan-angan ko ni. Angan-angan je pun).
Yang ni memang harapan la kalau nak beli. Ni pun aku sempat snap masa g Sgapore. Selamba ayam jer kete mahal parking tepi jalan.
Buat koleksi kasut dan pakain mahal CK, DKNY, Top Man, Zara dll pun ok gak.
Ini semua berangan jela (kau macam tak kenal aku jer yang suka bajet ni).

aku teringin nak:
  1. Bungee jumping
  2. Naik helikopter 
  3. Parachute 
  4. Bawak kapal terbang (cita-cita tak kesampaian nak masuk ATMA : mata rabun, kaki patah)
Sejujurnya aku memang jenis yang sukakan hobi-hobi mahal. Walaupun ianya mahal tetapi ia memberikan suatu kepuasan yang amat sangat pada diri. Melalui hobi-hobi inilah kita dapat kenal personality diri kita.  Tetapi pastikan setiap hobi atau minat anda itu memberi manfaat pada diri malah mencorak kematangan diri agar kita menjadi hamba Allah yang berguna. Teruskan minat anda selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum agama dan tidak member sebarang kemudaratan pada diri. 

Kesimpulannya, carilah atau create new hobby bagi diri masing-masing semoga apabila kita tua, kita tidak menyesal dengan usia muda kita yang mana kita gunakan peluang yang Allah kurniakan pada kita dengan sebaik-baiknya.

Sekian~



p/s : post kali ini terbengkalai hampir 4 bulan kerana busy study dan tak yakin perlu ke aku post kerana terlalu bajet sangat apa yang aku tulis ni. But WHO CARE!!! (korang enjoy kan baca tadi?? kan kan kan. hahahaha....)