Monday, April 18, 2011

Duduk OverC mesti pandai masak

Best Blogger Tips
Entry kali ini ditujukan khas buat mak tersayang, Normah binti Jemaat, yang berada di Batu Pahat Johor semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tidak lupa juga pada abah tercinta, Mohd Yusof bin Musa dan juga akak abang yang dikasihi sekalian. Semoga kalian semua sentiasa sihat-sihat belaka.
*Chewah! Dah macam ucapan salam radio Klasik Nasional la pulak!
Happy family.. Tak cukup lagi 2 members, Amin dan Ana. Raya ni keluar lagi 2 baby.Hehe...
Mak selalu tanya “Makan macam mana? Jadi tak lauk-lauk ikut buku resepi tu?”
“Aah mak jadi. Bole tahan la sedap. Tapi tak boleh lawan masakan mak. India cili serbuk pedas sangat. Berapa kali asyik failed je masak sebabkan serbuk ni”.

Explain punya explain mak tanya, tengok sikit dapur bilik macam mana? Nak upload dalam Facebook, masalah pulak mak aku ni nak Log in. Kang terkial-kial pulak dia nak cari pictures. Tekan celah sana keluar lain, celah sini keluar lain. Last dia shutdown pastu tidur. Hak3!
 Bila dah siap post dalam blog aku terus roger “Mak! Cepat taip pada Google diskodansabergumbira.blogspot.com, Idil dah post entry pasal dapur” (Hah kan senang). Nah mak! Tengok la gambar-gambar ni. Inilah dia keadaan sebenar anak bujang masak.
Walaupun berkecah, tetapi puas hati makanan sedap
Orang selalu cakap budak-budak overC  ni mesti pandai masak. At Least paling simple pun Nasi Baryani (Mak aih! Nasi beryani terus).
Bila kita duduk dinegeri orang ni, memang semuanya totally different from Malaysia. Makan minum dan suasana semua berbeza. 

Aku ingat lagi, sebelum datang India aku dah set mindset. “Siaplah kau Aidil, makan kari la kau 5 tahun ni. Hak3”. Oleh sebab itu lah aku dah prepare siap-siap mintak resepi masakan dari mak. Ambik kau, dia siap tulis dalam buku lagi (buku ni hampir-hampir jadi belacan, selalu sangat rujuk).
Tanpamu, kusut aku nak masak apa nanti.
Family aku actually ada bukak catering, Yusof Catering. Lepas ni, jika anda ingin mengadakan sebarang majlis kenduri-kendara tetapi malas nak berkecah masak sana sini, bolehlah tempah dari kami. Cuma dail +60127316151, nyatakan menu, tempat dan masa.  Soal harga dan kelazatan lauk pauk anda jangan risau. Kami yakin anda pasti terpukau! (Saje nak promote kan).
Bila ada event-event besar, aku dengan bapak aku akan jadi tester. Paling power bapak aku la, skali rasa dia boleh tau apa kurang, masin manis pahit. Maklumlah dia pun power masak-masak ni. Kalau aku tukang spoiled mood mak aku jer. 
Lepas masak mak akan panggil “Dil, cuba rasa sambal tumis mak ni?”... “Kejap-kejap! Ish! Kenapa pahit ni mak?!!”(padahal rasa dah tip top 1st class)... Apa lagi, mak aku akan buat muka macam Gorilla bagi salam depan dia. Hak3! sambil jawab.. “Ah ngko! Pandai jer. Lain kali jangan buat mak macam ni!” (mana tak tensen, dah siap-siap masak sambal tumis untuk 400 orang, tapi dapat tahu rasa pahit. Hak3!... “Hehehe..soie mak, soie”.

Nak tengok sedap tak sedap mak aku masak, tengok badan bapak aku jer. Awal-awal kahwin badan slim fit macam Sam Bunkface, lepas kahwin. Nah! Macam Anuar Zain. Hak3!! Sekarang macam Awie Wings jer.
* Mak abah kalau baca jangan kecik ati ye, Idil melawak jer ni. Hehehe...
Pasangan bahagia Yusof dan Normah
Paling tak menahan tu, masa awal departure nak sampai India paling banyak aku bawak adalah food. Hak3. Belacan, maggi, kicap, sos cili, rempah nasi goreng, Brahims Food semua bagai aku angkut. Limit 25kg, tapi aku bubuh sampai 40kg. Tak menahan betul. Pungah punya pungah aku cuba reduce baggage masa kat KLIA. Malu siak orang tengok time tu. Hak3... Sampaikan aku siap tumpang kawan-kawan lain tolong bawakkan jadi hand luggage (Thanks to Syauqi, Arif dan Rahimah). At last di Airport Bangalore, Brahims Food tak lepas Kastam sebab ada daging dalam tu, dia ingat aku seludup. Hampeh tul! Dorang suruh buang.
Semua luggages tu aku punya. Total 6 lugages. Hak3
Soal makanan di India ni actually tiada masalah lansung jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Lebih kurang mamak Malaysia je lauk-lauk dorang. Cuma di sini banyak variety. Aku kalau pergi Niyaz aku jadi pening nak pilih menu apa. Nama pelik-pelik, panner, gobi Manchurian, spring role la, apa-apa la... Kang silap pilih. Nah! Sekor babi dia hidangkan. Hahahahaha...

Jangan jadi macam membe aku sorang ni. Pergi restaurant di Goa baca punya baca menu, then dengan yakin dia order “give me mixed grilled bacon!” Hakhakhak... Mungkin dia ingatkan bacon tu kek. Hakhakhakhak... Lawak sumpah lawak. Hak hak hak...
Untuk kawasan Belgaum, makanan halal amat mudah dicari. Menurut senior, 70-80% people disini adalah Muslim. Daging ayam dan lembu kebanyakannya di sembelih oleh Muslim. Restoran halal pulak belambak-belambak. Kalau agak-agak malas nak masak kau pergilah order “Baia, please deliver one chicken Schewzan fried rice to room 307”. Delivery terus ke bilik. Tiada caj tambahan dikenakan.

Lupa nak roger, actually NRI hostel ni ada Mess (cafe). Tapi masakan dia kadang-kadang jadi bosan sebab asyik rotate menu sama je. Sampaikan kau tengok lauk pun dah boleh agak. Hah! Ni mesti rasa macam ni, sambil air liur nak meleleh tapi tak jadi sebab dah bosan lauk sama. Ini dinamakan Salivary Conditoned Reflex yang terbantut. Sebab itu aku keluar Mess... (Padan muka korang yang amik Mess. Hak3)
* “Kau gelak menganjing pandai, lunch dinner makan jugak kat Mess!” kata Midi dan Sue, Biro Mess USM KLE. Hehehe...

Entry kali ini sebenarnya bertujuan hanya nak inform pada mak yang “Mak! Idil dah makin pandai masak! Hehe” Berbekalkan buku resepi mak, lagi mudahlah Idil main masak-masak ni. Hampir semua resepi dalam buku tu dah try. Asam pedas, masak lemak, masak asam, masak kicap, sup, sambal tumis, masak tomato dan lain-lain lagi. Petik je! Tak pandang buku dah. Sediakan bahan, tumis , hidang dan terus makan.
 Makanan fancy-fancy ni aku tak reti sangat nak masak, contoh macam nasi lemak,nasi ayam, nasi baryani. Tak menyempat nak buat. Rasa tak berbaloi pun ada, masak penat-penat berkecah sana sini just untuk mengisi perut sendiri. Masak asal kenyang sudah. Balik cuti ni InsyaAllah aku nak practice mantap-mantap masak lauk-lauk best.

Aku boleh bayangkan kalau aku still duduk Malaysia sampai grad belum tentu aku pandai masak. Mana taknye balik weekend,k onpem-konpem mak masak lauk favourite. Nak pulak aku sibukkan diri tanya resepi macam mana nak buat semua. Just order je “Mak, harini masak ikan parang masak lemak ey” mak jawab “ Okeh!!!”...Beres....!!
Paling tak menahan haritu aku balik Malaysia seminggu masa weeding Alin, mak siap masak 3 lauk sekaligus just untuk aku! Hak3.. Ikan parang masak lemak, masak pedas lagi satu aku lupa apa. Itu baru main course, belum side dishes. Mantap!! Sayang mak.. (Ikan parang is my favourite)
Sambung balik, sejak duduk single ni semakin rajin aku masak. Semua ikut selera tekak. Agak-agak nak makan ayam masak lemak, bukak buku resepi, tengok-tengok sikit. Kupas bawang putih dan merah, beli santan  tumis itu ini masuk ayam . Nah! Dah siap.

Senang rupanya memasak, tak sampai 1 jam semua siap. Lagilah sekarang ni ada blender yang digelar “Kereta kebal” sebab rupa bentuk dia yang super kukuh dan berkuasa 750 watt. Maka lagi cepatlah masa memasak. Ngennngggg!!!!!! (sampai 6 bilik dengar).Dah kisar semua, terus tumis.
Hebat bukan rupa bentuk ku?
 Aku pun dah hebat estimate bahan. Sekali makan konpem nasi 1 pot habis (maklumlah, perut buaya). Itu konpem , kalau lapar rasa nak melahap 1 pot setengah settle. Lepas tu memang terbaring la aku atas katil. Disebabkan aku bukan pencinta sayur-sayuran jadi wujud penjimatan disitu. Tak perlu beli sayur dan masak sayur. Dalam buku resepi ni pun tiada resepi sayuran. Hehehe.. 
 Yang best India ni, daging lembu murah. Haritu kalau aku tak silap sekilo RM 2.60. Aku tak sure orang tu salah mintak or aku salah budget (Indian mana makan lembu, tuhan dorang). Murah beb, murah.
Cerita pasal daging ni kan, aku teringat satu peristiwa . Sebelum ni aku biasanya pergi beli sendiri (sekali je pun) tapi lepas peristiwa ni aku dah tak pergi dah, aku suruh Mushtar belikan. Untuk pengetahuan korang, kedai lembu dorang tersorok dalam kampung-kampung Muslim sahaja. Tiada  jual tepi-tepi jalan tayang daging ni. Elak jadi rusuhan agama la pulak. Kedai dorang pun tertutup dalam bangunan sahaja. Ko masuk dalam tu baru la nampak banyak gerai-gerai jual lembu.
 Ceritanya macam ni, silap aku jugak la nak beli daging pun pakai ensem-ensem gaya orang kaya. Jadi tokey daging ni seronok la tengok mamat ensem ni, jadi segerombolan tokey lembu kerumun aku suruh beli daging dorang. Awal-awal dorang dah tarik tangan aku suruh beli, sambil tangan kanan dia pegang parang. Lepas tu, ada mamat sebelah pulak tarik, datang yang lain pulak. Dorang gaduh-gaduh sama sendiri suruh aku beli daging dorang. Dah macam tarik tali. Aku jadi macam gamam. Gila kau, time tu memang gelabah abis. Elak dorang semua bertetak-tetakan, mampus semua. Last-last aku dapat daging manusia free. Hak3! Yang tak menahan tu, sambil dorang gaduh-gaduh, dua-dua tangan aku dorang pegang tak kasi lari. Cuak siak. Lama jugak la. Last-last aku decide nak bla terus. Pastu ada mamat sorang ni panggil balik, nak bape kilo? Aku cakap sekilo. Okeh! Bayar aku terus bla. Bhaye-bhaye. 
 Kesian pun ada aku tengok dorang ni, semuanya Muslim saudara-saudara aku jugak. Masing-masing desperate nak duit kerana pasaran daging lembu di India rendah. Siapa nak makan lembu, Hindu.
 Lagi cerita pasal daging lembu (banyak betul cerita ko ni). Memang cabaran untuk masak binantang ni. Aku rebus 2 3 jam still tak empuk. Aku rebus sampai kering, pastu tambah air lagi tapi still tak empuk. Sampai sakit gigi aku makan. Last-last aku tensen, call mak “Mak, apasal daging ni tak empuk-empuk ar, da rebus berjam-jam pun tak empuk?”... “Mungkin rebus dalam ketul-ketul besar kot, tak pun lembu tua (memang pun!). Okeh camni, rebus daging tu balik dengan letak panadol dan rendam sekali sudu stainless stell dalam periuk tu. Ni semua petua”. Hah? Agak terkejut la aku, ada jugak letak-letak panadol ni. At last, lembut jugak daging tu. Huhu...
Kambing harga rasanya standard Malaysia jugak, murah sikit je pun. Aku jarang beli kambing sebab tak reti nak masak apa. Tak berapa minat nak masak, tapi makan suka. Hehe..

Kalau ikan, sotong , udang dan ketam aku rasa lebih kurang Malaysia jugak la. Aku tak reti sangat nak masak-masak binatang jenis ni. Acually aku jarang ke pasar, just order pada Mushtar dia akan hantarkan terus ke hostel, upah dalam Rs 50.

Kalau ayam standard harga Malaysia. Yang best pasal ayam ni kan adalah ayam dorang semua tak ada kulit. Kalau kita bila makan ayam suka simpan kulit untuk dimakan time last kan. Tapi disini harapan la ko. Ayam semua togel  tak ada kulit. Aku pergi Delhi, Mumbai, Hyderabad pun sama jugak. Cuma KFC dorang je ada kulit. Mungkin korang boleh request nak ayam yang berkulit, kalau dia tak reti ko ajar dia sembelih style Malaysia. Hak3!

Kau kalau tengok dia sembelih ayam sumpah kau kagum. Kita di Malaysia ayam after sembelih kita rebus, cabut bulu kan. Then simpan freezer. Bila orang nak baru potong ikut kehendak , potong 8, 12 or 16.

 Tapi India lain, kau order ayam, on the spot dia sembelih pastu dia biar ayam tu guling sana sini (menahan azab datangnya Malaikat maut). Then dia siat kulit ayam tu dari hujung jubur dia. Hak3! Sumpah aku kagum tengok dia cabut. Mula-mula dia potong dulu hujung jubur tu, bila dah terkoyak sikit dia siat terus. Dengan bulu kulit sayap kepak ayam sekali tercabut. Barulah aku tahu, ayam ni bulu dia macam jaket je. Just sarung camtu jer. Hak3!! 

Tujuannya adalah dorang tak mampu nak beli freezer bayar bil letrik bagai untuk simpan ayam. Semuanya sebab nak reduce cost.Kedai ayam dia dah macam reban pun ada. India oh India!!
Interesting about Indian chicken is size potongan ayam dia gunakan S, M, L or XL. Dah macam beli baju pun ada. Aku cakap dengan dia potong 12, dia ajar aku balik “Oh!!! M size” Hak3 siot!
*Aku tak tahu la kalau Malaysia dan negara lain pun ikut sistem sama. Kalau tak malu je tulis “Interesting about Indian chicken”, Kui kui kui...

Dah memang perut buaya, kalau sekor ayam beli tahan 2 3 hari je. Sekali masak mau 6 ketul aku bantai. Hak3!
Telur pun jadi la.Asalkan kenyang.
Rutin makanan harian aku mudah sahaja. 
 Breakfast makan cereal jer.Nak masak nasi goreng, buat lempeng sambal tumis, bubur semua memang harapan la. Paling rajin pun aku goreng telur. Cuma pernah sekali aku termasak nasi goreng. Sebab mengidam sangat. At last, tak sedap pun. Hak3... Lebih bawang. Kalau musim berketak-ketakan workout memanjang, pagi aku bantai protein 1 scoop.  Sini susu kotak Nestle 1litre murah, Rs 45. Kalau nak jimat, minumlah susu Venka yang lemak berkrim disukai ramai tu. Semurah Rs30 seliter jer. Hak3!! 

Lunch macam biasa, aku makan di Mess (tadi dok kutuk Mess!). Agak-agak malam aku malas nak masak tapi bajet nak jimat, time lunch tu aku amik lauk banyak-banyak simpan sampai dinner. Hak3! Mess ni unlimited. Tapi kena ada sifat tolak ansur la. Ambil lauk time last-last, bila semua orang dah settle down. Sampai hari tu Umesh cakap “Hey, please take little!!!” Hak3! 

Tabiat macam ni aku buat sekali sekala jer (actually baru jer start last week sebab baru dapat idea.Hak3). Semua bergantung pada keadaan, rasa haram la pulak makan lebih ni kan. 

Kelas habis pukul 5, balik memang dah lepak. Tapi aku gagahkan juga memasak (bajet la kan). Sebelum tu, ayam aku da siap-siap keluarkan dari freezer time lunch tadi. So petang dia dan cool down sikit. Kupas bawang itu ini, kisar , tumis goreng bagai. Tup-tup!! Tadaaa!! Makan dah siap. Lepas tu makan
.Kadang-kadang bila weekend kami ramai-ramai sepakat masak sama-sama. Setakat ni 4 bilik yang ada dapur, so masing-masing masak lauk sendiri. Then makan beramai-ramai. Lagi seronok. Biasanya kami buat Sabtu malam sebab Mess off. Macam-macam kami masak, tom yam, ayam masak tomato, kari kambing, telur bungkus dan lain-lain. Best makan ramai-ramai ni.
 Yang menjadi cabaran adalah sekarang adalah menu aku amatlah terhad kerana kekurangan sumber bekalan bahan seperti kicap lemak Jalen, sos tiram, belacan, gula Melaka, ikan bilis, ikan kering, serai dan macam-macam lagi tiada disini.
Jadi lauk, kadang-kadang terpaksa di modified sehebat yang boleh. Tambah sikit sos entah pape, letak garam 4 sudu (Amboi! banyaknya). Asal ada rasa aku telan jela. Bestnya masak sendiri adalah sedap tak sedap ko telan je. Nak complain boleh, ko carut kuat-kuat depan cermin. “Bodoh-bodoh nak masak!” Hak3...

 Agak-agak dah tensen, aku order je kedai. Awal-awal masak entah pape je rasa. Paling kerap adalah tawar. Sampai pernah aku bubuh garam takat boleh batu karang kalau ko amalkan untuk 2 tahun berturut-turut. Hak3

Yang mana lauk aku bajet dah power sedap makan aku masaklah lebih. Boleh simpan sampai lunch esok. Jimatlah jugak.
Actually memasak ni boleh kita jadikan hobi. Dari kita sibuk main Facebook, usha blog orang, apa kata kita cuba sikit belajar memasak. Ambil peluang sebaik-baiknya semasa berada di negeri orang untuk belajar memasak. Lagi bagus kau belajar cara masakan local yang mana best-best. 
Benda paling malas aku nak buat after masak.
Biasanya terbiar sampai 2 3 hari. Hak3
Yelah kan, budak medic kerja asyik busy belajar jer. Hidup kita ni  MONOTONE, belajar,belajar, hafal,hafal, exam,exam. Tetapi cuba ambil peluang try main masak-masak. Mungkin bukan sekarang tapi untuk masa akan datang.
  
Pesanan aku pada kawan-kawan yang membaca. Make sure 3 or 5 tahun korang berada di overC wajib pandai masak especially perempuan. Jangan time nak kawen baru nak belajar masak. Haiya!! malu beb. Duit hantaran nak ribu-ribu, tapi masak lauk pun tak reti. 
 Serupa juga pada lelaki kan, waktu sekarang la belajar jadi imam kepada makmum, jangan dah nak kahwin baru terkial-kial kau belajar Al-Fatehah dan Al Quran. Dari sekaranglah buang nervous jadi imam ni.
*Ceh! Cakap pandai. Time jemaah kau jugak tolak menolak suruh orang jadi imam. Hak3!! “Saya bukan apa, belum bersedia sepenuhnya. Huhu”.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada Alin dan Amin yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Lincah betul korang. Hak3!!!



Saturday, April 2, 2011

Sikit-sikit Emotional (18sx)

Best Blogger Tips
AMARAN: ENTRY KALI INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR CARUTAN, LUCAHAN DAN PENGANJINGAN YANG MELAMPAU. BAGI MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH NAK BACA BOLEH, TAPI JANGAN FOLLOW GAYA CARUTAN YANG DITULIS. SEKIAN~

Sejak kebelakangan ni aku tengok semakin ramai yang emotional. Kadang-kadang benda-benda remeh pun nak emo. Bila dah emo apa lagi la kan, dengan lincah kaduk terus post status Facebook atau pun blog.

Contoh:
  1. “Celaka punya paria, sedap-sedap je tipu aku. Patutnya Auto 40 rupee tapi dia pepah sampai 50 rupee. Pukimak!”
    (Aduh ko ni, 10 rupee @ 70 sen je pon. Apa ada hal!! “Takde-takde, nak berkira gak! Aku student, dia dah keje.Hak3”) 

  2. “Bodonye driver Arab.  Tak ada rase bersalah langsung. Sebelah kau tu budak kecik la cibai, agak-agak la nak hisap rokok pun. Bodoh punya anjing arab.”
    (Yang ni contoh emo melampau dari mamat Mesir. Cool kan ayat dia. Hak3!)

  3. “Kalau aku dah benci someone, dia mintak maaf macam mana pun aku takkan terima”.
    (Takut kan? So jangan buat dia emo. Nanti tak dapat maaf, masuk neraka. Hak3)

  4. “Kau tak payah sengih-sengih okeh. Ann0yed tau!”
    (Orang sengih pun tak boleh. Kalau muncung kata sombong pulak kan?)
    *Macam kenal je ayat ni? p/s: kepada owner ayat; "please jangan marah k, I pinjam contoh je ni".

  5. “Saya tak suke melawak dan buat lawak, tolong serius sikit boleh?”
    (Hah, direct kan! After this kalau berbual ada scene-scene lawak dan rasa nak gelak. Tahan dulu, pergi belakang dia baru gelak ramai-ramai. Hahahaha!!) 

  6. “Bodoh-bodoh nak berniaga. Makanan macam haram tak sedap.”
    (emo makanan tak sedap, bayar mahal pulak tu).


  7. "Memang arr emo, boleh sawan aku macam ni"
    (kang dapat sawan babi baru ko tahu. Hak3)

Hah, macam mana? Sedap tak bila baca status-status macam ni dekat Facebook? (I like yang contoh 2 tu.
Super cool beb. Bodoh, cibai, anjing arab semua ada.Hak3!). Kalau kita remaja-remaja yang baca mesti best je kan. Rasa nak tergelak terbaring, lagi-lagi kalau ada unsur-unsur carutan yang cool macam contoh 2 tu. Hak3!
 Bila dah habis baca, benda first kita akan buat ialah cepat-cepat like or bagi comment tanya “Apasal wei? Ko emo dengan siapa? Dah okeh ke belum?” Si emo apa lagi, lagi rancaklah dia meng‘elaborate’ punca ke‘emo’an meraka.
At the end, mereka akan berasa lega kerana luahan perasaan marah mereka di ambil kisah orang.

Comment last si EMO biasanya
“Thanx kawan-kawan kerana tolong sejukkan hati ni. Tak sangka pulak ramai yang prihatin. Thanx again”(sambil terharu gitu). Bajet la ko!! Hakhakhak... (ni biasanya girls lah ni).

T
api pernah tak kita terfikir apa akan jadi bila orang-orang tua yang baca. Contoh macam mak bapak, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan brader-brader usrah yang
super alim. Dorang mesti akan fikir lain.
Si emak:
“Teruk betul bahasa anak aku. Tak pernah aku ajar sebelum ni”... “ Ini semua salah awak lah ni, selalu marah-marah orang depan anak, kan dia dah ikut” marah si emak kepada si suami yang malang.
Cikgu BM:
“Memang terbaek dia meng‘express’kan perasaan. Boleh masuk drama wakil sekolah ni.”
Ustaz dan brader usrah super alim:
“Astaghfirullah Al Azim... Inilah dia apabila emosi ditunjukkan dalam bentuk bahasa. Emosi oh emosi!”
Sebenarnya tak cantik lah kalau kita emo-emo ni kan, lepas tu cuba nak hebah-hebah kan pada orang ramai. Ye tahu, cuma nak luahkan perasaan marah yang membuak-buak dan mohon simpati orang ramai. Tapi itu semua bukanlah caranya.
Sepatutnya apabila kita emotional, kita perlulah banyakkan beristighfar dan mendoakan kebaikan kepada si pemberi emo itu. Sabarlah selagi yang boleh. Jangan kalut nak balas balik. Relax beb, relax.

Tapi kalau dah tak tahan sangat kan. Ko pergi depan orang tu, ko doa depan-depan dia.
“Ya Tuhanku, semoga engkau beri petunjuk dan rahmat kepadanya agar dia tak buat lagi orang lain rasa sakit hati dan emotional”. Lepas doa, ko tiup sembur dekat muka dia. Kalau sempat kan, ko usap-usap sikit ubun dia supaya doa makbul. Hahahahahaha!!! (Itu bukan doa, tapi menganjing! Hak3). Tapi kadang-kadang berkesan woo, tak percaya cuba try tengok apa jadi. Hak3!

Semakin kita meningkat dewasa, semakin mudah untuk kita terasa. Kadang-kadang kita juga tak perasan yang lawak, gurau, teguran, perbualan dan perbuatan kita boleh mengundang sakit hati orang lain,
contoh macam intro aku kat atas tu. Menganjing gila kan? Hak3!
*Siaplah ko Aidil lepas ni, konpem ko kena backfire gila-gila. “ Tak apa, aku dah ready dah!”
Bila kita berbual kan, kita main sedap mulut jer nak cakap apa. Tak fikir lansung perasaan orang. Yang kita tahu hanya nak cerita kita best, kalau boleh nak orang gelak ketawa dan tepuk tangan ‘pap-pap oley’ (style Sheila). Lagi-lagi kalau ada awek cun or classmate pompuan yang kita minat tapi dia tak pernah layan. Hmm! Lagi kuat la suara ko menganjing tu kan? Inilah dia remaja era globalisasi.Kalau kita berbual dengan membe-membe sekepala tak apa, tapi kalau ada orang lain dengar macam mana? Apa pandangan dia dekat kita? Lagilah kalau ko ni kuat menganjing macam aku. Memang silap haribulan lebam mata ko. Lagi satu kan, perempuan tak suka lelaki yang suka mencarut. Tak seksi lansung katanya.
Benda macam ni memang biasa berlaku dan akan sentiasa berlaku. Dah memang sifat manusia, sentiasa lakukan kesilapan, sentiasa bersikap terburu-buru dan sentiasa cuba nak impress diri dihadapan orang lain.

Penganjingan biasanya akan semakin hebat apabila ada campur tangan dari kuasa asing (kawan-kawan) yang kaki nganjing.
Kalau boleh kan, nak menganjing orang biar sampai Nah! satu kampung gelak. Kesian si mangsa nganjing. Kadang-kadang tu isu kecik je, tu pun dia boleh touchy.Mungkin dia nampak relax, tapi hati dia kita tak tahu. Entah-entah dia sumpah ko.
 “Ko tengok lah exam Selanjar ni, konpem ko failed” Takut kan? Hak3!
Nak nganjing boleh, tak salah (mana ko belajar boleh nganjing orang ni. Islam tak ajar pun). Tapi kena berpada-pada la kan, kita jangan sebut nganjing, tapi gurau manja gitu.
 Biasalah kan hidup remaja sentiasa nak bersuka-suka, kacau kawan-kawan, gelak sama-sama, hepi-hepi disko dansa bergumbira (saje nak interframe). Tetapi perlu ada batasannya, jangan sentuh unsur-unsur sensitive yang boleh mengundang kemaluan yang melampau kepada si mangsa nganjing. Kalau dia kawan rapat kita, for sure kita tahu apa benda yang dia sensitive.  Jadi, perlulah behave disitu.Bila rasa nak nganjing kan, cuba ko pause jap niat tu. Tanya pada diri “Apa akan aku rasa bila aku kena nganjing macam yang aku nak nganjing dia ni?” Kalau jawapannya HAPPY, okeh! ko teruskan jer niat ko tu, silakan nganjing puas-puas. Hahahahaha... (apa punya nasihat da... Tak boleh pakai lansung)
Sejujurnya, aku tak tahu apa motif entry kali ni. Nak kata bagi nasihat tak jugak. Semua nasihat tak boleh pakai lansung. Lagi musnah anak bangsa adalah. Hak3...
Sebenarnya aku saje je nak hepi-hepi bagi pembaca semua ketawa (ada ke orang nak baca? Dorang ketawa ke? “Tolong sikit!  Follower I dah naik cecah 31 okeh! Hak3”)
 
Tapi kan, aku nak bagi nasihat serius ni. Hidup ini janganlah kita terlalu emosional, serius dan sensitive sangat. Nikmatilah ia dengan sebaik-baiknya. Bergembira dan senyumlah selalu.
 Pahit manis zaman remaja inilah yang akan mencorak kematangan kita apabila kita benar-benar dewasa nanti. Semua orang tahu yang mana tak semua benda yang kita suka akan kita dapat. Setiap dugaan ini pasti ada hikmahnya. Cuba kenal pasti kekurangan diri dan sentiasa perbaharui sikap diri.Segala silap salah kita masa inilah yang akan menjadi kayu ukur untuk kita menjadi lebih baik nanti. Tak ada manusia di dunia ni yang tak pernah buat silap, semua orang pasti lakukan kesilapan. Cuma apa yang kita perlu lakukan adalah belajar dari kesilapan. Sentiasa perbaharui niat baik kita dari semasa ke semasa.
Yang dah lalu, biarkan lalu. Maafkan kesilapan orang lain dengan hasrat orang lain juga akan maafkan kesilapan kita. Hidup kita umpama roda, sentiasa turun naik. Kalau betul-betul kita sakit hati, tahan je dulu. Luahkan pada rakan-rakan karib dan masing-masing cuba selesai kan hal tersebut. Janganlah sampai bermasam muka sesama sendiri dan tak bertegur sapa. Tak molek lansung. Dah tua-tua ni nak bergaduh memang nampak tak cool beb.
Biarkan yang berlalu, terus berlalu. Mulakan langkah baru.
Paling senang kan, kita buat relax je kalau orang buat apa-apa dekat kita. Kalau tak tahan jugak, ko cuba buat tips yang aku bagi tadi tu. Again, please jangan gaduh-gaduh. Harmonikan suasana hidup anda dengan saling sayang menyayang sesama kita.Yang paling utama adalah jaga hubungan dengan Allah. Lakukan kewajipan kita sebagai Muslim. Jadi contoh pada rakan-rakan. Sentiasalah cuba buat orang lain rasa selesa apabila bersama dengan kita. Jagalah pertuturan, perbuatan dan pergaulan sebaik-baiknya.
 Akhir sekali, aku just nak roger yang  AKU DAH START HOMESICK GILA!! TAK SABAR NAK BALIK MALAYSIA!! LAGI 5 BULAN!!! HAHAHAHAHAHAHAHA...
Sekian~~~