Saturday, March 26, 2011

Lovely Kashmir

Best Blogger Tips

Sudah sebulan tamat backpacking kami ke Kashmir. Tapi baru sekarang aku post cerita pasal Kashmir. Tak apa la kan? Busy study kata kan (yeke?).
Semenjak aku post entry Tercapai Sudah Hasrat INDIA. Ramai yang tanya Kashmir tu India ke? Ada pulak salji? Apa dah korang ni buat malu jer, tak belajar Geografi ke? (Padahal aku pun baru tahu bila sampai sini, ingatkan dekat Pakistan.Hak3)
Ramai yang nak tahu apa ada dekat Kashmir. Apa yang best? Selamat ke? Salji time bila? Apa lagi ada dekat sana? Perempuan sana cun tahap mana? Kashmiri sama level dengan paria India tak?
Sabar ye. Aku cerita step by steps.
1st korang kena tahu sedikit sejarah tentang Kashmir.
Kashmir famous kerana bentuk muka bumi yang serba indah. Ia bertunjangkan Banjaran Himalaya. Suhunya pun amatlah best sekali, max 30 (summer), min -15 (winter). Time summer everywhere was green, whereas winter semua putih.
Jujur aku cakap 1st time sampai rasa macam mimpi. Sangat cantik. Jakun nak mampus bila dapat tengok gunung-ganung dilitupi snow. Pokok pine yang bersepah sana sini lepas tu ada salji atas dia. Tebal-tebal pulak tu. Bumbung rumah semua penuh dengan salji. Memang cantik beb.
Tak perlulah  korang berhabis duit beribu-ribu pergi Switzerland. Datang Kashmir dah cukup. Serba-serbi indah. Kashmir juga di gelar “Paradise on Earth” and “Switzerland of the East”. Dari gambar-gambar ni korang dapat bayangkan betapa indahnya tempat ni. Tengok real lagilah terpegun.
Kalau korang tanya Indian pasal Kashmir, 1st dorang mesti akan buat muka pelik. Macam curious la yang kita nak ke sana. Satu pun lecturer kami tak pernah sampai ke sini. Bila tanya uncle mess, dia cakap Kashmir bahaya, still bergolak. Pengganas bakar bus, bunuh sana sini, kedai meletup la, tembak-menembak, macam-macam lagi la. Apa pendapat korang? Berani nak datang?
Awal-awal dulu kami pun risau nak pergi. Aku ambil masa hampir 2 minggu dok cari maklumat tentang Kashmir. Usha tentang isu keselamatan,pengalaman international tourist, penginapan dan lain-lain. Kawan-kawan lain pulak dok menganjing kami cakap membazir la mahai sangat, bahaya la, 5 tahun di sini nanti-nanti la pergi dan macam-macam lagi. Kami buat dunno jer. At last! Semuanya selamat dan ramai yang jealous. Yang paling penting, kamilah pelajar USM KLE pertama yang pernah main snow Kashmir (bajet r kan?).
Belum sampai satu semester, banyak tempat di India yang aku dah round dan aku amatlah berpuas hati. Puas-puas pun, duit akulah yang paling sikit dikalangan mereka. Hak3.. Lepas ni nak ke Goa pulak, tak tahulah berapa lagi aku akan habis. Adeh..
Kita sambung cerita balik, Kalau cakap bergolak, memang ya. Tempat ni masih bergolak. Tapi kawasan pelancongan still selamat. Ramai tentera yang berjaga. Sumber ekonomi utama Kashmiri adalah sektor pelancongan. So, dorang akan layan kita sebaik yang mungkin demi menaikkan industri pelancongan yang makin parah. Semuanya start dari pergolakan terbesar yang berlaku tahun 2000 something, J&K Tourism hancur teruk. Ramai pelancong tak berani nak datang sini.
Aku tanya guide kami, dia cakap Jammu Kashmir ni terpecah kepada 3 pihak, India, Pakistan dan Independence. Mostly Kashmiri support Pakistan sebab mereka 99% Muslim. Dorang tak suka India (Kapiaq!!!). Time aku pergi tengah sibuk Cricket World Cup. Aku tanya la sokong siapa. Dorang sokong Pakistan dan Bangladesh. Nampak sangat tak suka India. Hak3.. Dorang tak suka India dow. Ni dari pandangan aku la kan, kerajaan India sendiri macam anak tirikan Kashmir.
Kalau Malaysia macam Kelantan la kan (Sudah! Masuk politik pulak dia ni). Kenapa? Korang datang sini dan tengok sendiri. Dari segi infrastruktur dan kemudahan awam agak berbeza dari state-state lain.
Local people said that India letak tentera paling ramai di Kashmir kerana ramai pengganas dari Afghanistan dan Pakistan yang dok lepak sini (lepak isap shisha kot). Actually, terrorist  ni semua askar perisik dari Pakistan. Tapi Paskistan tak mengaku cakap pengganas.
Ingat lagi ada kes ujian peluru berpandu yang Pakistan lancarkan dekat border Kashmir? Kira dorang macam dengki sama dengki la ni. Aku pun tak paham apa masalah dorang semua .Aku just dengar jela dorang cerita.
Mak aih! Panjang la pulak aku merapu pasal sejarah tempat orang. Bukan apa, nak menunjukan backpacking aku bukan sekadar enjoy semata-mata, tapi ada pengisian gitu. Chewah!!
Macam ni, Kashmir ada 4 kawasan pelancongan utama, iaitu Srinagar, Gulmarg, Pahalgam dan Sonamarg. Tak lupa Ladakh. Pernah tengok 3 Idiots? Nak dekat ending ada satu kawasan yang Amir Khan duk lepak buat kajian dia tu. Tempat tu Ladakh la. Jauh beb tempat ni, 400km dari Sri Nagar. Makan masa dalam 5 6 jam nak pergi. Lalu tepi-tepi gunung. Lagi pun time winter jalan tutup, penuh salji.summer je boleh pergi. Tengok gambar cantik tempat ni. Tak silap aku time winter kena pergi naik helicopter.
 Actually, aku nak sangat pergi Kashmir sebab nak merasa main snow.  Selama ni tengok senior dan kawan-kawan di Europe main snow, aku di India dok meleleh jer ayaq liuk. Tapi sekarang tak lagi “Wa tak jakun la! Snow Kashmir lagi hebat dari Europe! Hak3” Tercapai sudah hasratku. Dan kebetulan kena pulak cuti exam time Kashmir tengah heavy snow. Memang rezeki la. Syukur Alhamdulillah.
Ok sambung balik. At gulmarg ada golf course yang tertinggi di dunia. Time winter dia jadi skiing area. Memang cantik dow.Dekat sini la aku rasa hujan snow paling lebat. Sampai nak tengok orang pun tak nampak. Pengalaman beb, pengalaman... Lagi tu, ni lah 1st time aku belajar main ski. Cuak siot! Nasib baiklah kaki aku tak patah sekali lagi. Time last, bole pulak terpelecok.  Satu malam dekat hotel aku seriau. Ngeri~
Gulmarg jugak ada Gondola Cabel Car yang tertinggi di Asia dan terpanjang di dunia. Gempak kan Kashmir? Dia ada 2 phase. Kalau nak naik tinggi lagi boleh, tapi kena naik helicopter. Sebab ada international snowborder yang maha gila nak main sampai atas-atas sana tuh. Dorang semua bawak semua equipment lengkap dari negara masing-masing. Di Gulmarg juga every year dorang akan adakan Gulmarg Winter Festival. So macam-macam la aktiviti dorang buat. Macam snowboarding, winter parachute, snow rugby dan macam-macam la. Kami datang 4 hari awal, tak sempatlah nak join.
Paling adventure adalah masa nak naik gunung ni. “MARG” maksudnya adalah gunung. Nak naik tempat ni kami kena tukar dua kenderaan. Mula-mula naik jeep, then at kaki bukit kena naik 4x4. Dekat situ jugak dorang akan bekalkan boots Phua Chu Kang, snow jacket yang tebal dan sarung tangan. Bayar la dalam Rs 400. 
Masa nak naik ni la paling best. Best dow. Best!!! Aku tak tahu nak cerita macam mana. Kena pergi sendiri. Best, best, best, best, best.. (lek la bro, lu gelabah sangat pahal?).

Okeh sekarang aku cerita pasal Sonamarg pulak. Tempat ni just small village jer. Tak ada apa sangat. Tapi ok gak la. Boleh naik sledge dan kuda pergi gunung-gunung salji. Pahalgam pun ada. Aku actually tak menyempat nak explore semua. Masa singkat. Pergi 4 hari 3 malam jer. Agak rushing. Pesanan aku kalau korang plan nak ke sini, lepak sampai seminggu. Baru puas. Dapat jalan semua tempat. Relax-relax. Shopping pun memang sedap la kan. sini murah. Pasal budget rendah jangan risau. Hotel semua murah. Serendah RM 20 semalam. Selesa dan terbaik. Kalau konpem nak pergi boleh roger aku. Nanti aku bagi tips-tips dan contacts orang sana. Sampai terus tuju jer.
Sejujurnya aku tak puas round Kashmir. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Lepas ni aku mungkin akan datang lagi time summer pulak. Nak tengok sejauh mana kecantikannya. Winter pun dah mantap, apatah lagi kalau summer.The real Kashmir is during summer. Time summer memang ramai tourist datang. Aku masa pergi tak dapat sangat nak hayati betul-betula suasana environment ni. Cuaca  sejuk sangat tak sanggup nak keluar bilik jalan-jalan, masa pulak tu tak mengizinkan.
 
Tapi bila tengok gambar, baru la perasaan PERGH!!! Tak percaya aku da sampai tempat macam ni. Selama ni tengok dalam tv jer. Aku ada tengok beberapa gambar kawan-kawan yang pergi snow area-area Europe, tapi cantik lagi snow area Kashmir. Bukan nak poyo, tapi seriesly, cantik dow. Dah la murah, berbaloi pulak 2..kalau nak ke Swiss bape K ko nk kene abih.Kashmir murah jer. 
Orang cakap bergolak smua aku rasa takde la teruk sangat macam dorang hebohkan tu. In fact dorang kena layan pelancong elok-elok kerana sumber ekonomi utama dorang adalah pelancongan dan juga pertanian- bunga saffron, walnut selain dari fabric Kashmiri Shawll.
Memang heaven tempat ni. Korang wajib datang bagi sape yang melancong ke India. Kalau plan betul-betul datang lah time summer, winter yang best hanya boleh main snow and ski. Tapi kalau summer macam-macam boleh main. Hiking, water rafting, jungle trekking, camping, horse riding dan macam-macam lagi la. Pahalgam is the best untuk outdoor activities.
 
Kalau cerita pasal shopping pulak, memanglah heaven. Dari shawl sampilah carpet pun korang boleh beli disini. Sebelum pergi make sure kumpul duit kepuk-kepuk. Shopping sampai miskin dekat sini.Lagi lah kalau ko memang kaki nego, memang untung besar la.
 
 Soal makan janganlah risau. Kawasan disin 99% Muslim, jadi makanlah dimana-mana yang korang nak makan. Nasi beryani terbaik sepanjang trip ni adalah di Gulmarg Phase 1. Sedap gila, 2 kali aku tambah.
Okeh la itu jela yang dapat aku cerita. Nak tahu lebih datang sendiri, baru stim tak stim kan.hak3..

Sedikit info tentang India boleh baca ni.
Oh India! Part 1 (Airport & Traffic) 

Videoo gedikkk.. Enjoi!!

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR SUKA RIA

"Terima kasih ye anak-anak sanggup datang ke Kashmir. Nanti Summer datang lagi ye?"


Sila klik sini untuk entry terbaru tentang Kashmir. Sini pun boleh.


Satu lagi pakej istimewa yang ditawarkan pelajar Medic di Banglore bagi mereka yang berminat untuk ke kashmir. Boleh like page mereka. Dan jangan lupa pm juga. sila click