Sunday, February 13, 2011

Akibatnya Last Minute Study

Best Blogger Tips



Okeh! Aku sekarang tengah kusut dan tension yang melampau. Semangat nak habiskan semua syllabus CNS, CVS dan Haemo dalam masa seminggu study week masih tak tercapai lagi. Bila tengok past year questions, try nak jawab. Masih ada soalan yang tak mampu aku nak jawab. Ini baru Selanjar 2, belum lagi Pro Exam. Lagi la besar cabarannya.

Silap aku jugak study last minute. Inilah dia akibatnya.

Bila dengar orang discuss aku akan “Ada ke kita belajar benda tu?”
 
What The Heck!!! Apa nak jadi dengan aku ni!!

Aku bertekad, lepas ni tak nak study last minute. CONSTANT.

 Ini yang pertama dan yang terakhir.

Untuk sekarang, aku hanya mampu usaha mana yang boleh. Selebihnya aku serahkan pada Allah. Ada rezeki, apa yang aku betul-betul faham, hafal dan ingat sahaja yang akan ditanya dalam exam. Lagi-lagi soalan-soalan SEQ. Kawan-kawan semua, doakan untuk aku. Semoga segalanya dipermudahkan. 

SELANJAR 2
15/2/2011 10-11am SEQ (short essay question)
16/2/2011 10-11am SSA (spot slide assessments)
17/2/2011 10-11am MCQ

~Setelah berusaha, kita hanya mampu bertawakal dan redha pada ketentuanNya~


 
Masa akan terus berlalu


Tuesday, February 8, 2011

Now : PAUSE

Best Blogger Tips
Hampir seminggu lebih aku tak update blog. Membe-membe semua dah tanya “ Apa citer dengan blog, awal-awal berapi semacam, sekarang apahal senyap jer”. Hak3! Relax beb, wa busy nak exam ni. Aku tahu, korang semua rindu nak baca aku mengarut. Bila bukak blog diskodansabergumbira.blogspot.com masih dengan entry yang lama, Homesick lagi ke?. Dalam hati kata “ Bila mamat ni nak update blog ni? Layan la pulak blog dia”. Betul tak? Sampai ada yang bookmark lagi link. Hak3! (da start nak bajet la tu). Sabar yer kawan-kawan semua.

Actually banyak benda aku nak tulis untuk entry akan datang. Antaranya, Nostalgia Shahputra Part 1 to 4, Backpacking to North India, Mumbai  dan macam-macam lagi la. Idea belambak-lambak la jugak nak mengarut ni. 

Tapi masa pulak tak ada. Sekarang tengah cuti study week. Memang tak bole dibazirkan. Kena focus beb! Haritu end blok assesement aku banyak sangat main. Study sempoi-sempoi, tidur banyak, pergi Mumbai, sibuk dengan FB Blog, workout gila-gila sampai penat. Malam dah ngantuk, tak study. Tengok-tengok, result Mak aih! Teruk sey.
Kurangkan tidur, lebih kan study
Mentor aku, Dr Rajesh dah tanya “ Aidil, what happen to you? You’re not study?” dengan jujur dan yakin aku cakap “Yes sir, I'm not study. I'm sorry sir, indeed I will do better in Selanjar 2!!” Terus dia buat muka marah tapi tak jadi nak marah. India kena la act sikit kan. Tapi betul la. Kena struggle untuk Selanjar 2 ni. Tak nak menyesal dikemudian hari. Tak pasal-pasal kena lecture dengan dia. Tapi bagus woo dia ni, bagi semangat and tips study. Thanx sir...

Tapi aku gembira bila tengok result budak-budak lain. Pergh! Gempak sey korang. Tahniah! Ramai yang semakin meningkat. Aku jer menurun. (Seday-seday)

So, cuti study week ni marilah kita jangan membazir masa. Gunakan untuk cover topic yang berat macam CNS yang maha byk nak kena hafal. Tengok gaya macam tak sempat nak cover semua, tapi InsyaAllah boleh, slow-slow. Pelan-pelan kayuh ye. Try la spot soalan. Bak kata Dr Rajesh, last choice hafal Unlimited Paradigm.

Kesimpulannya, InsyaAllah cuti after selanjar 2 aku akan update entry sebanyak yang boleh. Mana tahu nanti tengah-tengah salji dekat Kashmir aku dapat idea ke.hehe.. 

Kami akan berada disini selama 4 hari 3 malam bermula pada 22 - 25/2/2011. Tak sabar!!
Lastly, doakan kami yang akan exam Selanajar 2 from 15 to 17 /2/2011. Semoga dipermudahkan semasa menjawab exam dan apa yang dibaca dan hafal sahaja yang akan ditanya dalam exam. Amin...
Muka kena selalu macam ni k. Baru awet muda!

~ GUDLUCK EVERYONE~