Saturday, January 29, 2011

Homesick lagi ke?

Best Blogger Tips


Bila aku baca blog mimi, aku macam terpanggil nak buat entry pasal homesick. Nak jer aku cakap kat dia “Ko apa nak homesick-homesick ngan touchy lagi ni! Dah masuk 5 bulan dekat sini, tak kan tak dapat adapt kot. Lupakan yang lepas,  study sudah ar!!”. Hahahahaha... tapi tak cakap la macam tu, kang touchy pulak budak kecik ni dengan aku (habis kau post kat blog ingat dia tak baca?hak3!!) Sorry mimi, gurau jer.

Nama saya Digiti Minimi...
Actually, homesick memang selalu kita rasa. Sejak dari zaman sekolah lagi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berasrama penuh. Sekolah tu NAH!!! Jauh dekat hulu Selangor sana tu. Nak ‘fly’ pun tak tahu nak pergi celah mana, semua kawasan kelapa sawit. Bagi yang asrama dekat-dekat, konpem tiap-tiap minggu balik. Mengada tul!!!

Itu semua okeh lagi, sebab masih dalam Malaysia. Jauh mana ko belajar still boleh balik. Tak ada duit, mintak jer mak bapak sponsor tiket.
Gembeng
Tapi bagi pelajar-pelajar overC, homesick memang TERASA GILER! Lagi-lagi time raya. Yang paling kemon, kalau time raya ada exam. Sumpah wa panas! 

Yang ada balak or awek dekat Malaysia pulak lagi la tak tahan. Kalau dulu boleh jumpa-jumpa, geli-geli, sayang–menyayang. Tapi sekarang nak mengeli  dengan sape jer. Jauh sangat. Skype and calling mana puas sangat. Nak kena jumpa, sentuh-sentuh sikit baru puas kan? betul tak?. Inilah dia REMAJA ERA GLOBALISASI.
Perlu banyak bersabar yer. Tahan nafsu tu.
Long distance relationship ni susah sikit. Kena betul-betul saling memahami dan mempercayai baru la boleh survive. Ni kalau awek jenis mengongkong, sikit-sikit nak call, sikit-sikit nak message. Tak reply mengajuk. Muncung sana, muncung sini. Nampak gambar kat fb dengan classmate sendiri pun terus nak marah-marah. Apa benda!!! Lu kalau sayang wa relax-relax suda arr. Kang betul wa carik pompuan lain, baru lu tahu.  Nak jeles pun agak-agak la, kan wa da cakap wa tetap sayang lu lebih. (tak pasal-pasal emo, padahal awek pun tak ada).

Berbalik pada tajuk kita iaitu HOMESICK. Aku tanyalah Erwin macam mana dia atasi benda ni. Caranya, dia buat bilik jadi COMFORT ZONE . Selesa macam dekat rumah. Hias elok-elok cantik-cantik. Bila balik kelas rasa sejuk dan tenang jer. Jangan pulak bilik korang macam sarang tikus. Bersepah sana sini. Kalau lelaki aku maafkan la. Tapi kalau perempuan, ADUH!!! Selekeh dow korang.hak3... 
Kemas bukan? Bilik sapa la nie
 Baju-baju pulak janganlah korang bantai pakai sampai 5 6 hari tak basuh. Mak aih! Yang ni dah melanggar undang-undang pengotor tahap India. Tahulah sekarang tengah winter, kurang peluh. Tapi agak-agak la kan. Jaga bau badan masing-masing. Perempuan kalau badan berbau. Aduh! Aduh! Aku tak tahu nak cakap apa (bajet lu wangi sangat la nie).

Kalau aku pulak, aku prefer jadi UNIVERSAL AND INDEPENDENT. Kawan jer dengan semua orang. Baik buruk orang tu kau terima jer. Awal-awal memang susah kita nak terima kawan-kawan baru. Lagilah sebelum ni belum pernah jumpa. Tapi kalau yang jenis over sangat tu nak jer aku cakap “ Oii mangkuk! Kau OVER sangat pahal?!”

Kami nampak jer berpuak-puak. Tapi kami tetap bersatu.
 Makhluk-mahluk macam ni lama-lama dia akan tersedar sendiri bila ramai orang dah start menyampah dan pulaukan dia. Time tu barulah dia akan behave sikit. Lagipun kita sekarang di negeri orang, INI SAHAJA KELUARGA KITA. Cuba belajar MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN. Nak musuh-musuh buat apa. WE ARE ALL MALAYSIAN!!
We love each other but we are not lesbian okeh!
 Ye betul, tak semua orang kita boleh tahan perangainya. Tapi cubalah bertahan selagi mampu. Takkan lah kau nak memilih sangat. Nak kawan yang cun hot jer, tak nak yang gemuk, nak yang pembersih, nak yang suka travel macam kau, tak nak yang warak sangat nanti rimas. Tak boleh la macam tu bro. Manusia ni perangai pelbagai. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Bersyukur dengan apa yang ada.

Bak kata Prof KJ “ There is no colour in my eyes. I treat everybody in the same way, no biased at all”

"Prof, bila nak balik sini. Kami rindu Prof". This is OUR BELOVED FATHER (right : Prof Kamaruddin Jaalam)

Always being a positive person. Jadikan keadaan sekeliling kita sebagai satu anugerah dan cabaran dari Allah, bukannya bebanan. Jangan terlalu sangat merungut. Contoh, hari-hari makan kari jer, kelas pack nak mampus, exam dah dekat, banyak topic tak cover lagi, Reshma asyik SHHSS!!! jer. RELAX.. Sabar selagi mampu. 
SHHHSSSS!!! I mark you absent!
 Kita kena ingat ada hikmah Allah hantar kita belajar di sini. Kalau dulu kita selalu depends on parents, friends and boyfriend/girlfriend. Tapi bila dah kat overC, pandai-pandai ko la nak hidup. Hanya rakan-rakan sahaja menjadi teman selain Allah. So, jaga hubungan sesama rakan. Sharing is caring.

Yang bagusnya adalah kita menjadi lebih INDEPENDENT. Makan minum, kawan, lecturer, exam,  tempe (local student), shopping dan duit semua kita manage sendiri. Kalau yang kaki shopping (macam aku) memang  kurus la poket kau. Benda-benda macam inilah yang akan mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang. 
Hai saya Franz, orang kata saya independent.
 KEMATANGAN SESEORANG BUKAN DI UKUR DAR SEGI PENAMPILAN DAN PERANGAI SAHAJA, TETAPI DARI SEGI PEMIKIRAN DAN TINDAKAN MEREKA. Walaupun kau kecik atau besar mana pun, tapi perangai macam haram. Kau memang anak haram! haha... Mereka yang berfikiran matang, InsyaAllah boleh survive. BE SMART DUDE!

Sejujurnya, aku SALUTE girls yang INDEPENDENT. Susah nak jumpa wanita macam ni sekarang. Ada tu ada, tapi tak ramai. Oleh itu, ge ‘GIRL’ semua, belajarlah menjadi INDEPNDENT. Macam mana? Semuanya bermula dari PENGALAMAN. Korang kena experience semua benda, bergaul dengan semua orang, belajar dari kesilapan, pergi travel ke serata tempat, cinta pada cabaran, belajar dari orang yang berpengalaman, be positive.(Pergh! Lu bajet dah byk experience la ni?). 

Kalau dulu bila tengok senior-senior fly overC rasa best jer. Pergi UK, US, German, Australia dan Russia. Tengok gambar SALAM PERANTAUN rasa jeles jer. Dalam hati rasa “Bila la pulak aku nak fly macam dorang gak”. Tapi bila dah sampai sini, merungut la pulak. Makan kari la, tempe busuk la, sini kampong sangat la.
Tak jeles pun. Sekarang kami pun dekat overC jugak.
 Jangan macam tu. Terimalah seadanya. Sentiasa betulkan niat kita. Tujuan kita datang ke sini nak menuntut ilmu. Jadi doktor yang berjaya, supaya nanti dapat berbakti pada masyarakat.

Tapi yang bestnye duduk kat India adalah tiket flight murah. Semurah RM 360 bila booking awal. Nak balik tiap-tiap minggu pun boleh. Kesian kawan-kawan kita yang study di US. Tiket flight cecah 5K.

Terima kasih Air Asia perkenalkan tambang murah
 Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah jangalah homesick sangat, sekali- sekala tu takpe. Tipulah kalau kita semua tak HOMESICK.  

Bila homesick call mak abah, mintak nasihat dan doakan kita disini. Bila dengar suara dorang, InsyaAllah sejuk hati. 

Belajar tenang jer, semua masuk.

Semoga kita semua berjaya dalam pelajaran masing-masing. Amin...
Kami janji tak nak homesick-homesick lagi. Nak belajar sungguh-sungguh!

Thursday, January 27, 2011

ebay.com

Best Blogger Tips




Kali ni aku nak kongsi sedikit tentang penggunaan eBay. Seperti yang kita sedia maklum, eBay.com adalah laman internet yang menyediakan pembelian barang secara digital melalui penggunaan internet sebagai medium.
Mat shopaholic
Dulu-dulu kalau orang cakap beli barang dari eBay, kepala aku dah fikir. Barang-barang ni mesti barang 2nd hand, sampai mesti dah hancur, maybe kena rembat dulu dengan posman, entah betul entah tak barang ni sampai sebijik, tak pun dorang rembat duit aku. Memang betul, ramai yang tak yakin dengan pembelian barang melalui eBay.

Tapi disebabkan aku sekarang berada dibumi yang mana manusia sekeliling sentiasa berkulit hitam legam dan rendah kuasa membelinya. Jadi nak beli barang-barang branded ni amatlah sukar sekali. Hitam-hitam sini pun NIKE, ADIDAS, LEVIS, LEE, BASKIN ROBIN, REEBOK, PEPE JEANS still ada. Taklah kuno sangat. Cuma pilihan tak berapa banyak. Design kadang-kadang sumpah bosan. Bese la MADE IN INDIA.
 
Lagi gempak dari Malaysia. Levi's Bangalore
Body Shop pun ada. Mumbai
Reebok, Mumbai
 Senior suggest cuba usha eBay, barang-barang bole tahan jugak. Aku pun usha la tengok. Memang betul, boleh tahan jugak eBay India ni. Barang lebih kurang KL jer. Nak camera, protein, seluar pender, boxer, serbuk kari semua ada la. Tak risau...

eBay ada di dibeberapa negara seperti UK, US, Australia, Italy, Korea, Malaysia dan lain-lain negara (ramai sangat, lu usha sendiri). Jadi depends pada barang dan negara yang korang tinggal.

Agak-agak nak rasa capati India, beli kat eBay India. Nak beli kain batik, beli eBay Malaysia. Agak-agak nak mintak penyepak, meh sini aku bagi.

Pernah kawan aku belajar dekat Australia, tapi beli DSLR guna eBay US coz ada promotion dapat twins lens. Boleh jer, cuma shipping cost maybe mahai sikit kot.

Lagi pun yang bestnyer aku ada DEBIT CARD.hehehe.. Duit pulak bole tahan. Nak beli apa, SELET jer. Pergi Reliance Fresh tak main arr bawak cash, wa main selet-selet jer skang. Lepas selet, sign. Baru nampak loaded sikit. Cashier dalam hati cakap “ Fuiyo, stylo siak mamat Mesia ni, asyik datang sini menyelet jer”.
Ini dia Reliance Fresh
 Tapi kat ebay ko nak selet celah mana.
Tak dibenarkan menyelet (berapa banyak ayat selet da..)
Semua pembelian kena pakai nombor dan password.

Mula-mula tengok membe beli barang dulu, sampi tak sampai.
Dorang try beli pisau Rs 140 @ RM 10. Tengok- tengok betul sampai sebijik sebuntal sama.  
Kalau senior lagi haram, siap beli HTC Desire dari ebay US lagi. 

Aku pun try la jugak. Try beli gym gloves dulu, Rs 145.
Selang 3 hari, Tuk- Tuk!! “Is it yours”. “Yes sir, I’m. Thanx”.
Pak guard hantar parcel. Bagus! lincah kaduk.
Nampak murah kan. RM 10 jer.
Prosedur yang perlu anda tahu jika nak guna ebay: 
  1.  Kena ada akaun ebay
  2.  Kena ada debit card and  verified visa
  3.  Usha barang sedalam yang boleh, beza-bezakan harga
  4.  Order dan tunggu barang
  5.  Bila barang dah sampai jangan lupa inform and gives feedback.
Bila dah sekali jadi, memang silap besar la. Lagi rajinlah aku dok mengusha barang- barang  nak beli. Aku jenis shopaholic sikit.

Tengok punya tengok, nak try beli protein la pulak . MUSCLETECH NITROTECH HARDCORE PRO SERIES 4Lbs. Walaupun harga mahal sikit dalam RM 50 dari Malaysia. Tapi okeh la jugak dari aku nak kena pergi Delhi beli, 24 jam naik bas. Tak dapat arr..
Baik pakai ebay jer. Dekat Russia membe-membe beli lagi mahai, RM 400 coz dorang ada import tax apa entah.
Tunggu punya tunggu, sampai jugak. Bagus betul eBay India ni.  
Lincah dan kemas bungkusannya. 
Ini dia Nitrotech Hardcore Pro Series
Kalau ada masalah, masa feedback nanti korang bole reply message, bagi negative feedback cakap barang teruk, dah terbukak, koyak, calar, salah size dan sebagainya. 
Nanti mesti dorang akan call or reply message. 
Sebabnya, kalau kita bagi negative feedback, eBay akan hold payment (paisa pay) dorang sampai semuanya dah clear dan kita berpuas hati. Kalau still tak puas hati, boleh tukar balik.

Hantar barang semula, kos semua dorang tanggung. Memang berbaloi beb.
Dijamin sampai dengan selamat, puas hati dan terjamin kebaruan barang tersebut.  

Kalau ada jual kicap lemak Jalen dan sos cili, nak jer aku order. 
India takde kicap. Tomato sos je memanjang.

Masuk ni dah, empat barang aku beli. Gym gloves (2), protein dan yang terbaru camera protector bag. Lepas ni beli kapal terbang plak.hahaha..

 Semuanya  Alhamdulillah sampai dengan selamat and in good condition.

Orang panggil, CONDOM CAMERA
Jadi kawan-kawan semua, boleh la try beli barang-barang dari ebay.
Tapi ingat, follow step di atas tu. Lepas ni kalau nak beli barang best-best tak payah buang masa pergi jauh-jauh.  
Guna eBay jer.

Lagi la budak-budak medic macam kita ni, asyik sibuk memanjang jer. Tapi barang-barang elektronik ni aku tak suggest beli sangat. 
Bahaya sikit pasal soal warranty and free gift. 
Kene betul-betul usha barulah beli.

Akhir kata, belilah barang-barang melalui eBay. Hidup eBay, Hidup India, Mati duit kita!!!

Selamat berhabis duit...

Tuesday, January 25, 2011

Jatuh Macam Nangka Busuk

Best Blogger Tips

Bila aku terfikir pasal benda ni aku akan. HAHAHAHAHAHAHA...sengal!!!. Aduh lawak la siak bila fikir balik.

Ceritanya bermula macam ni. Pada pagi 25 haribulan Januari yang lepas (semalam jer), aku bangun pagi lewat coz malam tadi stay up (tapi subuh wa jemaah k ngan hanif). Hari ni best! kelas ada 2 jer, start pun pukul 9. Jadi aku plan nak relax-relax la hari ni. 

Bangun lambat-lambat, mandi sambil memekak. Keluar-keluar toilet dah pukul 8:50. Wak lu!!! Apahai cepat sangat jam ni. Jadi lincah kaduk la aku bersiap. Tengok-tengok labcoat pulak tak gosok lagi. Pokemon tul! Owang dah lambat ni. Gajah kuning pulak dah sampai (bas sekolah), sibuk melalak sana sini. Hanif pun sama lambat. Kami plan jalan kaki jela.

Gajah kuning
Hanip
Okeh, kami pun jalan. Aku dengan baju tak tuck in, labcoat bajet iron mantap, rambut macam Bob Marley, pun terus berjalan laju ke kelas. Kenapa aku rushing? Sebabnya hari ni kelas Dr Raichur. Lu kenal tak siapa, wa pun tak kenal.hak3... kelas Physio belajar Electrodiagram.
"Nama wa Bob Marley, wa dah mati beb"
On the way perjalanan ni best woo cuci mata, kebetulan pulak budak-budak MBBS and Dentistry JNMC  start kelas pukul 9 gak. Jadi segerombolan tempe-tempe (local student) yang hot, comei, cun, tough (asal tough?). Mereka semua memandang-mandang kami yang tergesa-gesa ni (bajett arr). Aku pun senyum sana, senyum sini, senyum situ. Kalau dorang tak reply, malu sendiri jela. 

Tempe-tempe India
Tempe-tempe Malaysia
Macam best je jadi perhatian. Maklumlah budak-budak USM KLE ni kasta tinggi sikit. Macam dewa, orang jumpa sujud kaki.hak3.. takdelah, gimik je.

Jam dah pukul 9, aku cakap kat hanif “apa kata kita lari?” dia cakap “JOM!!”. Kami pun berlari-lari gagah. Nak dijadikan cerita kami lalu kat Botanical Garden, coz ada short cut. 
Lokasi kejadian. Macam kawasan pembalakan Endau Rompin jer.
 Untuk pengetahuan semua, kawasan botanical garden ni akan dijadikan tapak swimming pool Olympic size. Yang ni aku tak yakin akan ke ‘true’annya. Paham-paham jela India. Cakap gebang. Kalau buat pun makan tahun. Nak korek lubang 3 tahun, nak letak simen 3 tahun, nak isi air 1 bulan. Memang sampai aku grad la tak sempat siap. Mane taknya, kerja semua pakai man power, less machine. Kesian-kesian...

Ko tengok, hebat tak hebat. Cat bangunan tak pakai safety belt. (nak nampak jelas, click & zoom)
Okeh, sambung balik cerita. Kami pun berlari masuk dalam tu. Tengah-tengah lari Hanif tiba-tiba stop “oppss!!!, ada becak kat depan” aku yang follow belakang ni antara fikir nak stop or tak, sebab dah lambat aku lenjan jela becak tu (sikit je pun). Yang ni satu tindakan bangang aku di pagi hari.

Dengan macho sekali aku teruskan berlari.  Tak sampi 2 3 langkah, kaki aku tersangkut besi (bahaya dow). Suuuppp!!! Wa terbang macam superman beb, jatuh landing belakang, macam kene tackle rugby.  Hanip cakap aku jatuh macam cerita hindustan, slow motion dan siap guling-guling lagi.hak3..siot! Tapi, Pergh!!!!! labcoat aku, kelas physio, Dr Raichur, tempe hot, USM KLE, mak abah. Semua aku terfikir.
Labcoat ku
 Yang paling tak menahan tu, masa on the way nak jatuh tu (macam matrix) aku dah terfikir. Ni kalau jatuh, kelas physio konpem tak pegi, labcoat kotor, nak kene basuh, dapat malu ada tempe nampak. Macam-macam aku fikir. Bamm!!! Jatuh jugak akhirnya.
Lebih kurang camni aku terbang

Macam ni gaya aku bangun
Alamak!!! Kotor teruk la siak. Aduh! Kusut-kusut. Aku pun bangun dengan gaya baru score goal rugby.

Hanif tengok dengan wajah kesian tapi nak cepat. “ Alamak Nif, camne ni? Ko gerak dulu la kelas. Kotor teruk ni baju aku. Kirim salam jela kat papa Raichur”.

Papa Raichur & Papa Rajashekar
 Aku pun balik dengan hati yang duka berbaur gembira (dapat skip kelas). Bersihkan sikit kesan-kesan lumpur,lepas tu gerak balik hostel. Sampai hostel, check-check balik. Kasut koyak la pulak. Aduh! Kasut baru tu, baru 4 bulan. BATA plak tu (bata je pun, apa ada hal).

BATA tercedera
Balik siap-siap itu ini, lepas tu pergi kelas semula. Tapi masuk next kelas la, cardiac output and venous return. Kelas papa Raichur lagi. Wat dunno suda.

Habis kelas dia amik attendace. “ number 13???” “Yes,sir!!!!” hahaha.. Attendance aku dua-dua kelas dia tanda. Rezeki... USM pelik sikit, attendace penting woo, 95%. Kurang tak dapat pergi exam.

Kesimpulannya, aku amatlah bersyukur kerana tak ada kecederaan lain. Risau jugak kot-kot kepala tertanduk besi or batu, tak pasal-pasal mak aku risau. Cuma kasut BATA je yang koyak.

Sekian~

Pulang dengan hati gembira. Attendance full


Sunday, January 23, 2011

Realiti Pelajar Perubatan

Best Blogger Tips
 Kalau kita cerita pasal budak medic, mesti orang akan terfikir dorang ni semua excellent, skema, nerd, hidup dengan buku study jer. Bosan dow..
USM KLE International  Medical Programme
.
Campus tercinta
Jawapannya YA. Memang kami skema dan kena study lebih. Bayangkanlah kami bekerja nanti dengan nyawa yang bukan boleh dibuat main.

No pain, No gain

Every details of human body we have to know. What are the structures, how they function as well as the metabolism. 

Heart structure
Cranial Fossa
Gastrointestinal

Bagi 1st year student macam aku ni memang la satu cabaran yang dahsyat jugak la. Kelas 6 kali seminggu, 8 a.m to 5 p.m. Pancit jugak la. Sekali lecture tak nak banyak pulak input. Datang sekali sekapal! Lepas tu kena faham dan hafal. Exam tak tahu lagi keluar yang mana. Nak tak nak study jela.

Banyak ni lah buku yang kami kena rujuk. Lagi banyak lagi bagus

Kalau cakap pasal susah, letih, penat dan bosan memang tak payah cerita la. Awal-awal belajar memang susah sikit, banyak term-term baru yang entah apa aku tak pernah dengar. Bunyi pelik-pelik pun ada. Bila mengadu dekat orang, mereka akan cakap “biasalah medic, sabar jela”. 

Dah pancit. Relax dulu

Kesimpulannya, sabar jela. Kita perlu ingat bahawa tugas seorang doctor adalah mulia. Tugas kami sebagai pelajar perubatan adalah satu perjuangan. Jangan putus asa, usaha selagi mampu. Agak-agak dah pancit study RELAX kejap. Layan movie ke, korea ke, pergi gym ke tak pun shopping (ada masa ke?).

Muzik menjadi teman dikala kebuntuan dan stress
Tapi best woo belajar medic ni. Semua benda pasal tubuh badan manusia ko tahu. Orang cerita pasal symptom, PETIK je ko dapat tahu penyakit apa. Macam mana bole sakit, apa ubatnya, langkah mengatasi. Semua ni ko akan belajar.

Bagi 1st year student belajar teori jela. Lek-lek lu, basic core kena kuat dulu bro. Belum masuk clinical site pergi hospital semua. Belajar, faham dan hafal jela selagi mampu. 

Cranial Nerve yang pelu dihafal sentiasa
Yang menambahkan ke‘best’san medic ni adalah aku belajar medic dekat India. Macam-macam penyakit dapat jumpa. Pelik-pelik pun ada. Jadi insaf sikit, rasa bersyukur jer dengan kesenangan yang ada di Malaysia.

Cadaver pilihan. Mane otak dia.

Cadaver kat sini berlambak-lambak. Fresh-fresh pun ada. Awal-awal dulu teruja la jugak tengok mayat. Rasa segan-segan gitu nak tengok pegang. Tapi lepas lecturer cakap silakan men’dissect’. Lincah kaduk la aku keluarkan dissection set, potong sana potong sini. Best!!! 

Semua ni tak dapat di rasai di university di Malaysia kerana bilangan cadaver yang disediakan terhad dan hanya untuk rujukan sahaja. Tetapi di India 1 cadaver untuk 8 – 10 orang. Gilir-gilirlah men’dissect’.

Saat yang paling gila gelabah adalah bila NAK EXAM. Pergh!!! Time ni memang cuak gila beb. Nak kena polish balik apa yang dah dihafal. Ingatkan balik apa yang lupa.

Tanpamu tak dapat aku nak menulis
Bertenang dan berehat
Lagi satu bila PENGUMUMAN RESULT. Yang ni pun lagi satu kecuakan. Kalau failed kena repeat year. Program USM KLE ni tak ada reseat paper. Fail je, repeat year la jawabnya. 

Yeah! kami semua lepas 1st year. Amin...
Sejujurnya exam hanyalah untuk lulus sahaja. Kalau nak dapat result gempak mencanak A+ memanjang, jawabnya memang gugur botak la kepala kau. Ini bukan zaman sekolah yang boleh jadi top scorer. Tapi kalau siapa yang dapat A+, memang genius gila. 

Average mark adalah 52-64 % jer. Lulus pun dah bersyukur sungguh. Yang paling penting bukan teori, tapi practical. Macam mana korang deal dengan patients, study cases dan do diagnoses. Ini yang paling penting. Tapi ni bila dah jadi doctor la.

Menonton video dikelas. Relax

Untuk 1st year aku target lulus dapat masuk 2nd year pun aku dah amat-amat bersyukur. Kalau ada rezeki dapat A+ or A- memanglah aku terlalu sangat amat bersyukur. 

Yang paling penting adalah jangan putus asa, tekadkan semangat dan teruskan perjuangan. Belajar, hafal dan lupa perkara biasa. Bila lupa jangan kalut, revise semula. 

Bak kata Prof KJ “Medicine is a marathon; we have to keep on going steady and steady”.

Kami akan tetap berjuang. Doakan kejayaan kami di sini.
 
Jadi itulah yang dapat aku kongsikan bersama ketika bergelar 1st year student MD USM KLE
 
Just wanna to to share My 1st year story