Wednesday, July 24, 2013

Europe aku datang! Part 1

Best Blogger Tips

Alhamdulillah. Genap sudah dua minggu pulang ke tanah air setelah puas jelajah sakan di Europe. Yerrr, saya tahu ramai yang geram-geram, jeles-jeles, dengki-dengki tengok gambar saya yang asyik keluar dalam news feed fesbuk masing-masing. Nak like segan, nak comment malu, nak add friends takut tak approve. Nanti nampak sangat terhegeh-hegeh?! HAHAHA! Album Europe aku datang! memang saja biar public kasik semua tangkap leleh menahan jeles indirectly termotivate untuk travel jugak.

Baiklah. Memandangkan ada balance cuti lebih kurang dua bulan. Bolehlah nak merajinkan diri merapu meraban dalam blog. Cukuplah dua minggu bermanja-manja dan bermalas-malaskan diri untuk update. Kerja asyik tidur jer sampaikan dah bosan tidur. Maklumlah bulan puasa kann.
*Hah! Itulah dia kalau tak reti-reti lagi nak manfaatkan bulan Ramadhan bulan berkat.

Lepas tu teruja bila nampak Woww! Dah 100000 pageviews??? Boleh tahan. Entah apalah yang korang suka sangat baca blog ni. Hmm… (kau tak payah nak merendah diri sangatlah). 

VENICE. Sistem pengankutan 95% menggunakan air. Unik tempat ni.
Okeh cukup dengan mukadimah meraban diatas. Kita teruskan cerita. Banyak sangat benda nak share. Takpe slow-slow dehh. Setakat ni, Eurotrip lah trip paling bermakna berbanding trip-trip yang lain. Of course la kan. Europe kot. Tapi dia punya penat MasyaAllah. Sampai demam-demam sepanjang 24 hari tu. Iyelah di London, Belgie, Holland, Austria cuaca sejuk masuk Italy cuaca panas then masuk Swiss sejuk balik sampai Paris panas balik. Ajer gila! Mana tak rosak badan. Tapi gagahkan jugak. Beribu dah habis ni. Demam tak deman. Lenjankan ajer.

Its Collaseo. Selama ni belajar jer sejarah. Sekali depan mata la kau.
Honestly in term of enjoyment, kurang berpuas hati kerana tergesa-gesa untuk cover 8 countries within 16 days (Kelana Convoy). Tak dapat nak betul-betul hayati keindahan ciptaan Ilahi. Contoh, di Austria. Two hours to explore Innsbruk?? What? Rushing sangat, tak puas nak explore. Gambar pun tak dapat nak snap yang ngancam-ngancam. Silap jugak ritu banyak habiskan masa di Swarovski sape suruh.

Switzerland memang heaven. Speechless bila sampai sini. Especially Lauterbrunnen.
Geram tau bila tengok kiri kanan jalan ada gunung-ganang yang dilitupi salji. Padang rumput yang luas terbentang sampai ke hujung sana tuh beserta sebijik rumah comel di tengah padang. Nak jer suruh bas berhenti, nak turun pergi tengah padang nak guling-guling gedik-gedik lari-lari ala-ala cerita Hindustan lepas tu nanti ada orang belakang kita pakai saree pun turut sama berjoget reramai sambil nyanyi. Ahaks! But okehlah dah nama pun tour budget. Paling tak menahan masa on the way nak ke Swiss from Italy. View dia pergh!!! Ngancam gua cakap lu. Selalu tengok dalam tv, kali ni betul-betul depan mata la kau. Heerrrr!!!

On the way nak ke Innsbruck from Fussen. Cantik bangat view dia.
Dan saya nasihatkan bagi yang backpacking sampai dua tiga minggu tu better allocate one day to fully recharge yourself. Pilih pada pertengahan trip. Kalau 15 hari, biar hari yang ke-8 kau duduk senyap-senyap atas katil rehat puas-puas. Ramai backpackers mat salleh yang buat camtu. Dia relax ramai-ramai sambil minum beer borak-borak . Malam dorang barbeque. Bila dah segar keesokan harinya dorang teruskan journey. Baru seronok! Relax and steady. But kalau kau ikut trip. Nope, you can’t.

Kalau kau bantai lenjan straight 15 hari nanti akan super penat. Bila badan dah penat apa pun tak jadi. Kepala saru. Kau tak enjoy, tambah serabut jer. Itu belum lagi kalau tetiba batuk sampai demam. Waduh! Batuk ni yang jahatnya bila sampai buat kita tak lena tidur. Badan dah penat lepas tu asyik terjaga batuk. Kecewa! 

Yes, kesihatan sangat penting. Kalau mampu better kau ambil juga vaccine. London tu actually is the centre of Tuberculosis in Europe. Ramai sangat immigrant. Dah tak macam London. Bersepah pak arab, Paki, bangla, Algerian and Asian. Kalau naik TUBE memang bersesak-sesak especially bila peak hour. Air borne disease memang senang sangat merebak. Itu belum lagi train Paris. Waduhh!!

Cuaca di Europe ni tak menentu kejap panas kejap sejuk pastu tetiba hujan. Ingatkan summer ni memanjang panas terik. Tapi tidak. Saya ni pulak dah terbiasa cuaca India yang dingin-dingin manja dan Malaysia yang selalu panas bila sampai sana macam terkena kejutan badan gitu. Tapikan sejuk-sejuk dorang tu best tau. Di Amsterdam, Austria dan Swiss saya relax jer pakai tshirt maklumlah badan kita ni gemuk lemak bergumpal. Free insulator. Yang best tu kan, matahari terik tapi suhu dingin, angin bertiup sayup-sayup lembut jer. Syahdu gittew. Hah! Di Europe ni kalau demam  kau makan paracetamol tak efektif. Dorang suggest Ibuprofen. Mak aih! NSAID terus? 

Hew hew hew!!
Saya nak sangat kalau ada rezeki nak pusing Europe bawak family naik motorhome. Tengoklah camne nanti kalau ada rezeki ada peluang dapat sambung specialist di Glasgow, German or any European country. Nanti nak round balik tempat yang tak puas jalan. Honeymoon sekali dengan anak bini, pastu pastu nak lepak kat Volendam sewa homestay depan laut. Bila senja tengok sunset sambil makan fish n chip, malam pulak lepak bistro tengok live band. Pastukan pastukan nak photoshoot sepuas-puasnya. Ada duit lebih nak sewa kapal layar depan Volendam tu. Pastukan pastukan pastukan. Errrr...
*Kau ni tak sudah-sudah berangan. HAHAHA! Amin…


Bab makanan pun macam biasalah kan. Memang mahal. Syukurlah bila ikut trip KC soal makanan tak perlu risau. Semuanya telah disediakan kecuali ada beberapa tempat, lunch kena makan kedai. Food paling mahal adalah di Interlaken, Swiss. Kau bayangkan burger halal yang seciput besar hamburger McD tu RM16. Ajer giler! Mahal siot! Dah lapar aku ngap ajer. Destinasi lain soal makanan senang. Restoran halal banyak, cuma kena tahu lokasi. Biasanya bedal kebab jer. Kalau nasib baik boleh dapat baryani. Betullah immigrant paki dan bangla ni memudahkan urusan fardhu kifayah umat Islam sekitar Europe. Sebabkan doranglah banyak restoran halal, wujudnya masjid-masjid kecil. 

Inilah fish n chip paling sedap pernah aku makan. VOLENDAM.
AMARAN! Penjagaan mata sepanjang Eurotrip pada musim Summer sangatlah perlu yer adik-adik sekalian. Walaupun saya tahu ianya sangat susah. Habuan jamuan mata itu terlalu indah dan terbuka. Eh! Indah?! HAHAHA! Jagalah matamu leklok dehh. Selama ni yang kau tengok dalam movie tu semuanya berlaku depan mata. Budaya sosial dorang ada yang okeh ada yang tak okeh. Mat salleh ni kalau malam memang kaki mabuk, kaki clubbing and random sex. Di Venice ritu MasyaAllah. Tak nak describe macam mana.

Dan aku pelik mat salleh ni, 22˚C dia kata “It’s hot”. Itu suhu aircond kot. Bila dah hot memang betul-betul hot dorang dressing. Ahaaa! Disinilah peranan iman dan kawalan nafsu itu perlu. HAHA! Bagi mereka yang mata keranjang memang suka pakai sunglasses yang betul-betul gelap legam semacam. Kepala tegak tengok depan tapi anak mata dok meliar usha sana sini. Ngaku cepat!!
*sunglasses saya colour brown boleh nampak anak mata lagi. Saya baik saya jujur. Ehem! 

Ginilah dia bila summer. Berlambak semua depan Eiffel Tower sampai malam.

Aku respect kawan-kawan yang belajar di UK, US, OZ, NZ or mane-mane negara omputeh. Yer betul, cabaran dorang besar. Kalau tak betul-betul kuat, mudah sangat tersungkur. Tarikan jahiliyah tu ada dimana-mana. Dengan persekitaran yang macam ni. Tinggal kukuh tak kukuh jer iman kau. Anytime jer boleh terjebak. Lagilah kalau kau berada ditempat yang you’re the only Malay and Muslim yet you still can survive. MasyaAllah, aku respect. Sampaikan ada yang aku tanya dorang cakap “Hmm, dah lali dah. Tak rasa apa. Dah memang culture dorang macam tu. Asal aku tak terjebak sudah”. No wonder jalinan usrah di UK sangat hebat. Tarbiyah kawan-kawan disini sangat dahsyat. Belajar engineering, medic, accountancy dalam masa yang sama ilmu agama juga tinggi. Boleh bahas bagi talk di masjid. Mahir arab lagi. Hebat dorang ni. Tak dinafikan ramai jugak yang tersungkur dan lalai. 

InsyaAllah. Ada rezeki kita ketemu lagi. Tq akhi-akhi sekalian atas layanan superb.
Okeh, cukup setakat ini. Nantikan entry akan datang. Ikut sedaplah apa nak taram aku taram. Or maybe korang boleh komen dibawah untuk sebarang persoalan.
*macamlah orang kisah. Haha!

Selamat Berpuasa semua. Jangan lupa manfaatkan 10 Ramadhan terakhir.

Salam...

Amacam? Jeles bukan?? Haha!
Juga baca:
Europe aku datang! Intro

Saturday, June 15, 2013

Europe aku datang! (Intro)

Best Blogger Tips

Assalamualaikum semua...

Saat yang dinanti-nantikan bakal tiba. Europe aku datang (16 June – 10 July). Bertahun menunggu dengan sabar. Akhirnya tamat tahun 3, Allah beri peluang.  To let you know, Alhamdulilah kami semua telah passed 100% Profesional Exam II dengan jayanya. Berkat doa daripada kalian semua. Terima kasih. (Sujud syukur)

Backpacking kali ini lebih adventure daripada sebelumnya kerana saya lone ranger. Seriousss?? Penat pujuk kawan-kawan untuk join, ramai yang berminat tapi bila sebut budget cecah RM 10k++ semua diam. Okeh takpe sorang pun layan. Impian ni dah lama terpendam dah lama dirancang. Memang hanya this year sahaja yang ada cuti panjang 3 bulan. Kalau bukan sekarang belum tentu tahun hadapan ada peluang. Kebetulan juga kawan-kawan yang masih di sana sudah final year. Memang inilah masanya. About money, dari awal tahun memang sudah standby.
Basically bukannya pergi seorang diri. Under tour agent Kelana Convoy. Gila jugak kan kalau Eurotrip lone ranger. Memang sesatlah jawabnya. Dengan soal keselamatan, pengalaman dan language barrier lagi. Belum yakin lagi. Maybe next time. 

From KLIA aku pergi bersama abang. Last minute dia cakap nak join. Okeh jom! Tapi hanya seminggu sahaja dia di UK dan Paris. 21 June flight balik Msia. Maklumlah orang dah ada anak bini dan bekerjaya. Sebab itulah tengah bujang kita enjoy puas-puas (dengan had). Nanti dah berumah tangga banyak komitmen dan kebebasan terhad. Chewah!

Kelana Covoy menawarkan pakej Conquest of Europe (8 countries in 16 days). Boleh buka website mereka untuk details dan iternary trip. KC memang terkenal di UK. Ini pun membe yang rekemen sebab aku nak sangat pergi tapi lone ranger. Nak senang kerja ikut jelah tour agent (1st time). Yang best tu sambil backpacking dapat kenalan baru. Boleh kembangkan network. Kot ada rezeki jumpa jodoh. Wah! 

By the way, KC juga menawarkan pelbagai pakej yang sesuai mengikut bajet kita. Ikut kaulah nak choose mana. Janji ada duit dan cuti panjang. Bayaran yang dikenakan juga cukup murah dan berpatutan. Kau usha website dia puas-puas yer. Juga follow page di Facebook.


Hanya trip bersama abang jer aku yang plan sendiri. Ini trip memang gamble punya. 5 hari nak kena cover UK dan Paris. Seminggu jugak aku plan. Nak kena fahamkan map tube London. Nak kena usha train ke Manchester dan flight ke Paris. Memang pack habis. Elak nanti di Paris tidur merempat bawah Eiffel Tower. Pengsan..

Untuk trip singkat ini mungkin sempat cover London, Manchester, Liverpool dan Paris. Bagi trip Conquest akan cover Belgium, Amsterdam, Austria, German, Swiss, Italy, Paris, Vatican City. Aku pun tak dapat bayang dalam 16 hari camne boleh cover 8 negara. Nanti selesai trip aku share lagi.


Ini roughly iternary kami (entah kau boleh paham ke tak)
From London (Hyde Park) - Amsterdam - Belgian Chocs - Volendam - Dutch Fishing - Windmills - Cheese Village - Heidelberg - Heidelberg Castle - Bridge - Fussen - Neuchwanstein castle Built by King Ludwig - Bridge - Austria - Innsbruck - Venice - Island Magical City - Barberino Designer Outlet - Rome - Colosseum - Trevi fountain - Vatican city - Sistine Chapel - The Vatican - Pisa - Swiss Alps – Lauterbrunnen - Jungfrau Mountain - Trummelbach falle – Interlaken (Lake between 2 cities) - Paris - Disneyland - Avenue Des Champs Elysees - Opera - Pompidou - Bateaux Parisien (Eiffel Tower) - Calais - Dover - Back to London

Tengok gaya memang aku pergi Paris 2x. Weehuuu! Teruja…
  1. Short trip UK-Paris (16-21 June)
  2. Conquest of Europe (22 June-7 July)
  3. Discover UK (8-10 July)
Mana tak puas kalau dah 24 hari duduk Europe. Puas-puas pun duit memang mengalir deras. Tutup mata ajelah. Next year saving balik. InsyaAllah rezeki itu ada. Ikutkan plan yang asal-asal dulu sepatutnya akan cover Istanbul selama seminggu barulah ke UK. Bila difikirkan soal budget, slow down bro. Lagi pun memang sengaja nak reserve Istanbul jadi destinasi berbulan madu. Wah! 
*To my future wife. Don’t worry, even though you tak dapat follow I Eurotrip I akan bawak you honeymoon Istanbul. Okeh???

Dalam mengembara, kita kena selalu perbetulkan niat. Bukan tujuan untuk enjoy semata-mata tetapi untuk timba pengalaman, buka minda melihat dunia ciptaan Allah SWT. Kenal pasti 2 tujuan hidup kita sebagai hamba Allah (Ad-Dzariyat: 56) dan Khalifah di muka bumi (Al-Baqarah: 30). Dengan pengalaman yang ada dapat dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan disampaikan pada yang lain. InsyaAllah.

Saya memohon agar kalian semua mendoakan semoga trip ini diberkati dan dipermudahkan. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah selagi mana niat kita semata-mata kerana Allah, selagi itulah kita dibawah peliharaanNya. Amin.

Pray for me. Salam.

p/s: kalau ada instagram meh follow saya aidil_yusof #europeakudatang

Juga baca:
Europe aku datang! Part 1

Wednesday, May 8, 2013

#14 Wordless W.E.D.N.E.S.D.A.Y

Best Blogger Tips
Birthday give for myself 6 May 2013. Europe, aku datang!!!

Friday, April 19, 2013

Exam is there!

Best Blogger Tips


Assalamualaikum semua,

Pejam celik pejam pelik hanya sebulan sahaja lagi sebelum tamatnya Tahun 3. Kemudian cuti panjang 3 bulan. Weehuuu!!! Jangan selesa dulu. Ada exam besar nak ditempuhi, Profesional Exam Phase 2. Lulus exam ini bermakna sudah half passed to become a doctor.

Kawan-kawan yang mana ambil course lain rata-rata sudah grad dan bekerja even dah kahwin. Tapi saya? Masih berjuang untuk 2 tahun lagi. Dah ini jalan yang dipilih. Tahun 3 dugaannya lebih. Betul-betul menguji kesabaran, ketabahan dan keimanan. MasyaAllah.

Walau perit, terbaring, tersungkur, terkehel, ter ter ter… saya janji pada diri akan tetap berusaha sehabis baik untuk lulus dengan cemerlang. Niat dan matlamat utama datang ke sini akan sentiasa diutamakan. Yes, to become a doctor.


Profesional Exam Phase 2 ini sakit sebenarnya kerana perlu cover all topics from 2nd year till 3rd year. Dua tahun punya belajar compress within one examination (like SPM). Beratus disease dan treatment perlu difaham, ingat dan hafal. Subhanallah banyak. Redha.

Ya Allah, permudahkanlah jalan Ilmu ku,
Ya Allah, permudahkanlah jalan Agama ku,
Ya Allah, permudahkanlah jalan Dakwah ku,
Bantulah aku dengan cara yang kau Redhai.


Untuk motivate diri yang kadang-kala down, saya selalu ingat kata-kata Abah. Tanggal 15 March lalu, saya call Abah sempena birthday dia yang ke 67 (Tua dah kan. Yelah saya anak bongsu). Actually ini 1st time saya wish secara call, kalau dulu sms jek (Kami kan lelaki. Saya segan. Heuheuheu).

Then dia cakap Idil sekarang dah tahun 3. Jadi 2 tahun lagi InsyaAllah bakal jadi doktor. Kalau umur panjang, ada rezeki dapatlah Abah tengok Idil jadi doktor” Pergh!! Nak berderai air mata dengar dia kata gitu (tapi control macho lagi) “InsyaAllah Abah, semoga Allah permudahkan urusan ini”.

Lepas letak phone, menitik air mata ini. Betapa besarnya harapan Abah. Oleh itu, janganlah disia-siakan harapan orang tua kita. Biar berpenat bersusah sedikit asalkan kita dapat balas jasa mereka selagi mereka masih hidup. Do your very best!!!

Sheila selalu berpesan “Dell, kau habiskan sekolah dulu, jangan nak main-main sangat enjoy tak tentu hala. Kesian mak abah tu. Dia nak sangat tengok kau jadi doktor tau. Nak sangatttt”. Once again. Berderai.

InsyaAllah, Abah.
Semoga kalian semua mendoakan buat kami, pelajar tahun 3 USMKLE, dipermudahkan dalam menghadapi Profesional Exam Phase 2. Diberi segala keberkatan atas ilmu yang dipelajari. Berlapang dada, tenang, fokus dan sepenuh hati semasa menjawab. InsyaAllah. Exam inilah penentu masa depan kami. Seperti mana dulu kami pernah berjaya, akan kami buktikan sekali lagi. Passed 100%. Amin.

Saya janji akan berusaha sehabis baik. Kalau terpaksa berhempas pulas tak tidur semalaman terbaring terbongkang kepenatan saya sanggup asalkan saya teruskan usaha.

Ya Allah, peliharalah hati ini dari perkara-perkara yang melemahkan isi hati,
Ya Allah, peliharalah jiwa ini daripada pujukan dan godaan hawa nafsu dan syaitan,
Ya Allah, peliharalah diri ini disaat aku lalai mahu pun ingkar,
Bimbinglah daku pada jalanMu Ya Rahman Ya Rahim.

Jika cemerlang exam ini Alhamdulillah memang cuti 3 bulan akan lega selega-leganya. Nak rancang aktiviti pun jiwa tenang. Tiada nak fikir untuk repeat year (Nauzubillah). Saya akan pastikan cuti 3 bulan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi membina diri. Tak mahu dok saja lagha tak tentu hala. RUGI. First month cuti sudah plan baik punya. Ehem ehem! (akan dicerita later). 2nd month, Ramadhan, duduk rumah pertingkatkan ibadah. 3rd month dipenuhi dengan openhouse dan majlis kahwin family dan member yang tak sudah. Yer! Aku mesti datang nak amik berkat tadikkk…


By the way untuk beberapa bulan yang lalu, suatu pengajaran besar saya perolehi. Selagi mana kita meletakkan ALLAH dalam setiap urusan kita, kemenangan pasti milik kita. Selagi mana kebergantungan kita pada Allah itu kukuh disertai sifat tawakal, sabar dan berlapang dada selagi itulah ketenangan milik kita.
Sesungguhnya ujian itu adalah kurnian bukan bebanan. Ia sebagai latihan diri, hati dan akal supaya kita sentiasa meletakkan Allah didalam hati dengan Ikhlas dan Istiqamah. InsyaAllah.

Jagalah diri. Sekian.


p/s: 29th-3rd May kami ada Clinical Long Case Examination. Contribute 10% for Pro Exam 2. Berderet sungguh exam bulan nih. Don't forget to pray for us.